Wednesday, July 25, 2012

MENGNAL DIRI YANG KE 18

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sambungan dari pelajaran 17
Setelah sekalian Rohani di tempatkan di alam ROH maka Allah jadikan makhluk dari jenis Malaikat dan Jin yang anasirnya daripada cahaya dan pucuk api, ertinya Allah jadikan makhluk dari jenis yang ghaib dahulu, demikian juga dengan makhluk ghaib kepada haiwan yang Allah jadikan daripada Nur haiwani, selepas itu barulah Allah jadikan pula makhluk yang dapat di lihat yang Allah jadikan pula daripada anasir tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul Adhom, ertinya makhluk yang nyata juga Allah jadikan daripada Nur juga sebagai asasnya

Adapun istilah yang sangat mashur yang menjadi kajian oleh para kajian keilmuan sekarang seperti Atom, Molikul, Elektron, proton, Neutron, ion, zarah-zarah, Hidrogen, Nitrogen, Oksigen Fluorin dan sebagainya adalah berasal daripada empat anasir tersebut di atas, demikian juga dengan warna-warna yang dapat di lihat dengan nyata

Soalan:

Apabila Rohani di tempatkan di alam ROH , Adakah ia beribadat ?

Jawab:
Rohani di alam Roh belum lagi di tugaskan beribadat

Soalan:

Adakah Rohani di alam ROH itu adalah Rohani yang ada di dalam jasad kita sekarang ?

Jawab:
Benar, Rohani yang berada di alam ROH itu adalah di antara Rohani yang terdapat di dalam jasmani kita sekarang

Soalan:

Jika demikian Rohani kita itu sudah berusia beribu tahun ?

Jawapan:
Benar Rohani yang berada di dalam jasad kita sudah beribu tahun umurnya dan kita sebenarnya sudah hidup beribu tahun

Soalan:

Jika demikian kita sudah beribadat kepada Tuhan sudah beribu Tahun ?

Jawapan:
Tidak, semasa kita berada di alam ROH kita tidak beribadat kerana kita belum lagi mempunyai jasad

Soalan:

Apakah tanpa jasad kita tidak boleh beribadat ?

Jawapan:
Benar , tanpa jasad kita tidak boleh beribadat kerana jasad adalah makhluk yang akan menjadi saksi atas perbuatan ibadat kita, dan manusia tidak boleh beribadat tanpa penyaksian

Soalan:

Apakah dalilnya jasad kita menjadi saksi atas perbuatan kita ?

Jawapan:
Dalilnya ialah seperti yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam Al Quran pada surah Al Qiyamah ayat 14 yang bermaksud " Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri

Soalan :

Dengan ayat dari surah tersebut adakah Rohani itu menjadi diri sebenar manusia tersebut ?

Jawapan:
Benar, Rohani itu menjadi diri sebenar manusia tersebut malah ada lagi istilah diri yang sebenar yang terdapat pada Rohani tersebut, demikian juga pandangan Saidina Ali r,a yang di paparkan oleh ulamak mutakhirin Yusuf Al Qardawi

Soalan:

Apakah lagi dalil yang mengatakan bahawa Rohani itu sebagai manusia yang sebenar ?

Jawapan:
Dalilnya adalah seperti yang terdapat pada muka surat 1465 pada bab Tauhid yang menyatakan bahawa "Ikrar manusia ber Tuhankan Allah di alam ROH," penjelasan di dala tafsiran Al Quran Pimpinan Ar Rahman ini adalah keluaran negara Malaysia

Soalan:

Jika demikian mengapa tidak ramai ulamak yang menyatakan ilmu Rohani ini adalah diri manusia sebenar ?

Jawapan:
Ilmu ini adalah ilmu khusus dalam bab akidah, ilmu ini bukan ilmu orang awam, lagipun ulamak agama ramai yang tidak sekata dalam masalah akidah islam, lagipun kebanyakkan ulamak faquha memandang bahawa Rohani itu tidak boleh di bincangkan kerana ia adalah URUSAN ALLAH, atau JANGAN tanya kerana ia adalah urusan Allah

Soalan:

Jika tidak boleh tanya mengapa Al Quran itu dikatakan HUDAN atau petunjuk bagi orang islam ?

Jawapan:
Sebabnya mereka tersangat takut hendak mengkaji maksud Ammar Rabbi itu kerana mereka hanya mengaji bukan mengkaji, kerana takut tersalah tafsir atau mereka memang tidak pernah mempelajari aliran ilmu tersebut, akan tetapi cuba menyempitkan isi kandungan Al Quran itu dan cara kebetulam mereka adalah orang awam saja

Bersambung....

No comments:

Post a Comment