Salam
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 92
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 92
Berhubung dengan kalimah لا اله الا الله dan ilmu yang terkandung didalamnya. maka sebenarnya didalam kehidupan manusia di Planet dunia ini manusia belum lagi cukup untuk memahami ilmu yang Allah sediakan yang tidak terhingga banyak dan luasnya dan manusia belum lagi sampai ketahap memahaminya dengan berkesan, ini kerana disebabkan kita jarang mendengar pengkaji ayat-ayat Allah dan rahsianya maka tamadun umat manusia teraba-raba hendak menyelesaikan sesuatu masalah ilmu
Kali ini kita focuskan pada kalimah الا pada kalimah لا اله الا الله kerana dari kalimah inilah banyak ilmu yang belum lagi kesampaian dengan sempurna dan kepada pengkaji ilmiah islam sendiripun belum lagi termampu membongkar istilah dan mengenalinya, mengikut maksud huruf kepada kalimah الا ini ialah melainkan, ertinya sesuatu yang tidak mutlak atau tidak berdaya upaya, jadi mengikut ilmu sifat dua puluh الا ini adalah sifat qahar iaitu sifat kekerasan atau sifat penaklukan (Berkuasa mutlak) Tuhan yang mengandungi sifat ma'ani iaitu sifat qudrat, Iradat, Ilmu dah hayat, sedangkan sifat ma'ani itu ialah sifat makhluk
Didalam al quran sifat ini disebut sebagai وهو القا هر فوق عباده (Al An'am ayat 61, ini bermaksud bahawa Allah menguasai seluruh hamba ciptaanNya, ia bukan sahaja mencipta akan tetapi menentukan segala keperluan hambaNya di langit ataupun di bumi, ertinya Dia sentiada dalam urusanNya sebagaimana firman Allah didalam surah Ar Rahman ayat 29 يسئله من فى السموت والارض كل يوم هو فى شأن (Sekalian makhluk yang ada di langit dan juga bumi sentiasa berhajat denganNya, setiap masa Dia dalam urusanNya iaitu mentadbir dan menjadikan)
Apa yang penting pada N3 ini ialah mengenal asas makhluk didalam sifat qahar ini yang berpunca daripada empat sifat iaitu qudrat ataupun kuasa atau tenaga, Iradat ataupun berkeinginan atau cenderung,atau berkehendak Ilmu atau pengetahuan atau mengetahui, dan Hayat atau kehidupan atau menghidupkan atau sumber kehidupan, didalam ilmu sifat dua puluh disebut sebagai kuasa roh kepada sifat qudrat, kuasa berkehendak kepada sifat Iradat, sifat mengetahui kepada sifat Ilmu dan sifat menghidupkan kepada sifat Hayat, persoalannya adakah sifat tersebut berbentuk jirim ataupun Jisim atau jauhar Fardhi atau Jauhar Basit ?
Andainya ia bersifat tersebut maka makhluk itu tentunya bukan dari sumber yang nyata namun ia diujudkan Tuhan untuk menjadi asas makhluk yang ghaib seperti Roh, Nafsu, Akal dan Nyawa kerana dari sumber inilah yang menjadi kesempurnaan kehidupan semua makhluk ciptaan Tuhan tidak kira makhluk yang di bumi ataupun di langit, jadi bolehkah kita membilang berapa billion makhluk yang Allah telah jadikan hanya dengan asas ilmu makhluk yang ada hanya pada empat sifat ma'ani pada sifat qahar didalam ilmu sifat dua puluh ?
Pengkaji atau penyelidik sumber makhluk dari empat sifat ini tentunya tidak akan berjumpa dengan suatu cara untuk mencungkil rahsia asal sumber kejadian alam (makhluk) selagi mereka tidak mengkaji arah tuju ilmu sifat dua puluh yang telah lama dibuang oleh orang berfahaman wahabi dan kemudiannya di ikuti pula oleh manusia di zaman ini, dan ilmu inilah yang sangat dimarahi oleh golongan sekular barat dan anak didiknya diseluruh bumi ini
Asal semua makhluk pada peringkat awalnya disebut oleh Allah sebagai KULLUM MIN 'IENDILLAH (setiap sesuatu adalah datangnya daripada Allah) demikian Al Quran menyatakan pada ayat An Nisa 78 dan daripada Allah inilah para ulama yang muktabar didalam ilmu akidah ini menyatakan bahawa setiap sesuatu itu Allah jadikan daripada Nur dan dari nur inilah dijadikan pula Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa dan dari sumber ini pula Allah jadikan ia sebagai keperluan semua makhlukNya
Apa yang perlu kita kaji tentang sumber ini ?
Sepatutnya kita perlu memahami erti maksud Jirim, Jisim, Jauhar Basit dan Jauhar Fardhi, mengikut agama bahawa Jirim itu ialah setiap benda yang memenuhi ruang, sama ada kecil ataupun besar, dan setiap Jirim ada permulaanya, Allah bukan Jirim, Maksud Jisim pula ialah Jauhar atau benda yang tersusun dari Jauhar Fardhi, Jisim adalah benda yang dapat dibahagi-bahagikan, Allah bukan Jisim, Jauhar pula membawa kepada maksud gambaran sesuatu benda yang tidak dapat dipecah-pecahkan atau dipisah-pisahkan, Jauhar Fardhi adalah benda yang paling halus yang tidak dapat dibahagi-bahagikan kerana terlalu kecilnya dan Jauhar Basit adalah sesuatu yang melapangkan kehidupan
Sambung ...
Alhamdulillah sampai kat blog ni..banyak info menarik
ReplyDeleteSekadar koleksi bacaan saya, betul atau salah, sila rujuk blog asal.
ReplyDeletehttp://umarakdagang.blogspot.com