SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 90
Telah dimaklumkan bahawa kalimah الا itu adalah makhluk kerana ia tidak mutlak dari segala aktiviti pergerakan yang menggunakan qudrat,Iradat, Ilmu ataupun Hayat segala makhluk ciptaan Tuhan melainkan dengan bantuan Allah sebab itu dinamakan Tidak Mutlak, ini bererti segala yang ujud yang merupakan makhluk ciptaan Tuhan adalah mengharapkan kepada bantuan Tuhan الله jadi kalimah الله yang terdapat pada kalimah tauhid لا اله الا الله itu adalah matlamat pada pengertian mutlak
Kalimah الله itu adalah kalimah kesempurnaan ammar Tuhan yang mentadbir segala yang wujud dari ciptaanNya kerana disanalah berkumpulnya maksud keilmua tentang ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya dan pada kalimah الله inilah lahirnya keilmuan asa-asa Rububiyah dan juga Uluhiyah dan disinilah juga lahirnya maksud firman "Allah beserta kamu dimana saja kamu berada"
Jadi kesimpulan kalimah لا اله الا الله itu ialah :
Pada kalimah لا itu menunjukkan ilmu yang menceritakan Wujudnya Tuhan yang bersifat sempurna yang tidak menyamai dengan makhluk ciptaanNya sekalipun Allah mengujudkan alam yang lain sebagai bukti tanda-tanda wujudNya bagi memudahkan makhlukNya untuk mengenali akan diriNya dan beriman kepadaNya
Adapun kalimah اله itu menunjukkan ujudnya aktiviti penyembahan sekalian makhluk ciptaanNya dengan membekalkan segala keperluan dan kefahaman iaitu dengan mengutuskan beberapa kitab melalui malaikatnya kepada makhluk pilihanNya seperti nabi dan juga RasulNya, ini bererti semua perkara yang berkait dengan pengibadatan dan keilmuan terkumpul pada pengertian اله tersebut
Adapun kalimah الا itu menunjukkan ujud makhluk ciptaanNya yang tidak mempunyai daya dan upaya kerana itulah kalimah الا itu bermaksud melainkan dengan erti ia tidak mutlak melainkan dikaitkan dengan sesuatu kuasa iatu kekuasaan Allah, kalimah الا ini jugalah yang memperlihatkan ujud ciptaan Tuhan dari berbagai jenis makhlukNya رب العلمين (Tuhan yang mencipta sekalian alam) baik alam yang ghaib ataupun alam yang nyata, sama ada yang halus ataupun yang kasar, sama ada yang dapat dilihat ataupun yang tidak dapat dilihat dengan mata, ini bererti pada kalimah الا inilah berkumpulnya keilmuan segala-gala jenis makhluk
Adapun kalimah الله itu menunjukkan ujud kekuasaan Allah yang mutlak yang mentadbir, mengurus dan menentukan segala takdir qadha dan kadarNya dan disinilah manusia perlu mengingati bahawa segala keilmuan dari ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya berkumpul pada kalimah الله ini. Demikian secara rengkasnya mengikut keilmuan sifat dua puluh jadi tidaklah hairang mengapa kalimah tauhid ini disebut sebagai gudang segala sesuatu ilmu yang meliputi seluruh planet bumi dan langit, ini bererti juga bahawa segala keilmuan untuk tamadun manusia mereka perlu mengkaji kalimah لا اله الا الله
No comments:
Post a Comment