Assalamu'alaikum Wr,Wb
KITA MASIH LAGI DALAM BAB IFTIQAR DALAM MEMPERKATAKAN SOAL ROHANI DARI ASAL SIFAT QAHAR PADA ILMU IFTIQAR
Pada pelajaran yang ke 22 yang lalu kita telah bercakap tentang ROHANI pada bab Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat dan dalil-dalilnya, pada bab ini pula kita menyambung pelajaran kita dengan lebih dekat lagi dalam soal Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat dalam bentuk soal dan jawab, sebelum itu kita hendak ingatkan kembali tentang Ruhul Yaqazah yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu yang mana ia di istilahkan juga sebagai HATI, Hati di sini bukanlah yang di maksudkan seketul daging yang bakal hancur di makan ulat dan cacing akan tetapi Hati yang berbentuk asal yang di jadikan Allah daripada Nur bukan daripada tanah
Soalan:
Banyak ayat di dalam Al Quran menyebut tentang Hati, terutama Hati yang berpenyakit, Di manakah letaknya penyakit Hati tersebut ?
Jawapan:
Dalam ilmu kedoktoran yang di maksudkan hati itu ialah berupa daging yang terletak pada sebelah kanan di bawah susu kanan kira-kira empat jari akan tetapi pada ilmu ini ia di tujukan kepada sifat nafsu sama ada nafsu Amarah atau Al Lawamah, Sawallah atau Natiqah dan cabang dari sikap nafsu tersebut seperti nafsu Bahimiyah,Fardiyah,Subuiyah, Syaitaniyah dan sebagainya
Soalan:
Mengapakah terlalu banyak nafsu yang di kurniakan oleh Allah kepada manusia ?
Jawapan:
Allah hanya mengurniakan hanya satu nafsu kepada setiap manusia, yang banyak itu hanya Hawanya atau sikap kepada nafsu tersebut, sebab itu ada orang menyebut sebagai HAWA NAFSU, ertinya Hawa itu adalah menunjukkan sikap atau perangai, sementara Nafsu itu adalah diri nafsu tersebut
Soalan:
Jika ada yang menyebut Hati si anu itu busuk, Apakah ia di tujukan kepada Ruhul Yaqazah ?
Jawapan:
Walaupun ia di tujukan kepada Ruhul Yaqazah atau Hati akan tetapi maqamnya adalah pada nafsu dan sifatnya, ia tidak wajar di kaitkan dengan Roh dan Akal kerana fungsi makhluk ini berlainan dan setiap makhluk yang ghaib itu ada sifat masing-masing, umpamanya ayat 10 dari surah Al Baqarah yang bermaksud "Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakit tersebut, demikian juga dengan ayat 22 dari surah Al Mujaddalah yang bermaksud "Allah telah menetapkan keimanan di dalam hati mereka dan ayat-ayat yang lain, ertinya penyakit itu adalah pada Hawa kepada nafsu tersebut
Soalan:
Apakah fungsi Roh, Akal dan nafsu di dalam tubuh manusia ?
Jawapan:
Adapoun fungsi Roh di dalam jasad manusia ialah untuk memberikan daya tenaga kepada seluruh jasmani, adapun fungsi Akal ialah untuk berfikir dan fungsi nafsu ialah untuk mendorong atau meransang keinginan, itulah secara rengkasnya, oleh itu kita tidak boleh katakan bahawa Roh itu meransang atau berfikir atau kita tidak boleh katakan bahawa Akal itu bertenaga atau meransang atau kita tidak boleh katakan bahawa Nafsu itu berfikir atau bertenaga, walau apapun di antara satu sama lain ada fungsi bekerjasama
Soalan:
Berapa jenis Hawa kepada nafsu yang ada di dalam batang tubuh manusia ?
Jawapan:
Di dalam batang tubuh manusia ada empat Hawa kepada nafsu baik dan ada empat pula Hawa kepada nafsu yang tidak baik, Hawa nafsu yang baik itu di namakan Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamaliah, sementara Hawa nafsu yang tidak baik itu di namakan Amarah, Al Lawamah, Sawalah (Sawiyah) dan Natiqah, dan setiap Hawa Nafsu itu ada cabang-cabangnya dengan istilah yang berlainan di panggil orang
Soalan:
Adakah Hawa nafsu itu yang membolehkan manusia menjadi khalifah ?
Jawapan:
Benar ! dengan adanya Hawa Nafsu maka ia di tugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah, jika manusia tidak mempunyai Hawa dan Nafsu maka ia di namakan Malaikat itulah sebabnya Malaikat tidak di tugaskan sebagai Khalifah kerana ia tiada inisiatif untuk mendorong dan berkeinginan bagi melakukan kecenderungan melaksanakan amanah Allah dan ia hanya menurut perintah Allah apa yang di tugaskan sahaja
Soalan :
Adakah Hawa nafsu in terikat dengan wama utitum minal 'Ilmi illa qolilla ?
Jawapan:
Di sebabkan masalah ROH ini ada kaitannya dengan Nafsu maka nafsu juga terikat dengan Wama utitum minal 'Ilmi illa qolilla (Kamu tidak di beri ilmu melainkan sedikit) Bani Israil ayat 85, perlu di ingatkan bahawa kedudukan Hawa nafsu ini ataupun ROHANI ia hanya mampu tinggal di dalam batang tubuh manusia selepas sahaja jasmani di lengkapkan oleh Allah dengan anasir daripada tanah,air api dan angin, iaitu empat anasir yang dapat menampung ketahanan jasmani apabila ROHANI di tempatkan kedalam jasad manusia, ertinya dengan adanya empat anasir itu bagaikan ada ketahanan cooling sistem pada jasad manusia itu jika tidak maka jasad mungkin akan terbakar atau berkecai hancur luluh, demikian fitrah sistem yang di tetapkan bagi orang yang berfikir
No comments:
Post a Comment