Wednesday, July 25, 2012

ETIKA YANG KE 5

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ETIKA yang ke lima ini saya bawa tuan,puan kepada perkara perhubungan di antara manusia dan peraturan Allah s.w.t

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan, di antara makhluk-makhluk yang Allah jadikan hanya manusia yang di jadikan oleh Allah sebagai makhluk yang sempurna kerana manusia di kurniakan Tuhan dengan Akal, dengan Akal manusia dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil, yang hak di ambil dan di terima dan yang batil di jauhi dan di buang

Apabila manusia menyedari bahawa mereka sebahagian daripada makhluk maka mereka perlu keluar daripada sifat makhluk kepada sifat manusia, kerana selagi manusia terus kekal sebagai bersifat makhluk maka tarafnya tetap sama seperti makhluk-makhluk yang tidak mempunyai Akal dan berfikir, kita terpaksa mengakui berapa ramai manusia yang hidupnya setaraf dengan makhluk yang tidak mampu berfikir dan membezakan yang hak dan yang batil

Adapun perhubungan di antara manusia dan peraturan Allah s.w.t adalah perhubungan ETIKA, ertinya perhubungan yang semula jadi yang tidak mungkin di pisahkan, perhubungan inilah yang mesti di kaji dan di lihat kerna Allah s.w.t tidak akan membiarkan hambanya melakukan aktiviti hidup tanpa ETIKA yang sewajarnya kerana itulah Allah menyediakan peraturan yang sempurna bagi manusia

Dengan adanya Akal yang terhad maka Allah menyediakan PeraturanNya untuk di muatkan di dalam Akal manusia, hanya pada Akallah ilmu peraturan itu di muatkan, iaitu peraturan di antara Pencipta dan di cipta, sejauh mana peraturan itu di fahami itu terpulang kepada manusia untuk menilai mengikut kemampuan Akalnya, sesungguhnya manusia tidak akan termampu untuk menandingi peraturan Allah tersebut

Al Quran adalah sesuai untuk manusia dan alam yang lain kerana semua itu adalah ciptaan Tuhan, memalingkan daripada apa yang telah tersedia adalah di anggap kafir,zalim dan fasik, itulah ketetapan Allah s.w.t, namun apapun yang hendak di letakkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang engkar dengan ETIKA daripadaNya maka manusia tetap berdegil dan melampau batas, kadangkala manusia begitu hairan dengan pandangan dirinya sendiri tanpa memahami segalanya adalah datang daripada Allah

Tidak sedikit manusia mendabik dada dengan pendapatnya sendiri tanpa menyedari itu semuanya juga daripada izin Allah, tanpa izinNya manusia tidak akan begerak walau sedetikpun, kadangkala manusia apabila memahami teknoloji Allah menjadikan sesuatu maka di antara manusia ada yang menyatakan bahawa apa yang di ciptanya adalah juga daripada ciptaan Tuhan, lalu mereka membusungkan dadanya tanpa memahami perkara IZIN redha dan IZIN tanpa redha lalu mereka tersungkur dengan kemurkaan Allah s.w.t

Orang islam tidak semuanya memahami ini semua, orang yang bukan islam lagilah mereka tidak terfikir langsung, lalu mereka mencipta peraturan yang di izin tanpa redha Allah dan mereka hidup dengan peraturan izin tanpa redha daripada Allah tersebut dengan sombong malahan mereka tambah berbangga jika ada di antara manusia mencontohi apa yang mereka cipta, lalu dengan tidak secara langsung mereka sudah melakukan syirik kepada Tuhan

Allah,manusia dan peraturanNya adalah perkara yang perlu di fahami oleh manusia, tanpa memahaminya adalah kufur, maka kufurlah manusia terus menerus selagi nafasnya keluar dan masuk sehingga mereka di cabut oleh Allah nyawanya dalam keadaan jahiliyah, adalah lebih malang lagi apabila manusia tidak tahu apa yang ia perlu tahu seolah-olah mereka hidup sebagai se orang yang bertaraf makhluk, dan kadangkala manusia itu sendiri tidak faham apa itu makhluk dan apa itu manusia

Di dunia ini mereka kelihatannya selamat dan di akhirat nanti mereka bagaikan makhluk yang melata, ketika itu hilang sifat kemanusiaan mereka jika semasa hidup dulu mereka pernah hidup sebagai manusia yang memekakkan telinga dan mentulikan mata mereka apabila dakwah di sampaikan sedangkan mereka memalingkannya

Apa yang lebih malang lagi ialah apabila ada di antara orang-orang kafir yang hidup di bawah pentadbiran orang yang mengaku islam mahukan Kod Etika hidup yang sepatutnya mereka lakukan lalu Kod Etika tersebut tidak dapat di sediakan kerana orang islam itu sendiri hidup dalam keadaantidak ber ETIKA

No comments:

Post a Comment