Assalamu'alaikum Wr,Wb
ISTAGHNA DALAM ILMU SIFAT 20
Perkataan ISTAGHNA yang ada di dalam ilmu sifat 20 adalah suatu istilah yang di perkenalkan oleh ulama ilmu Ketuhanan kepada umat islam di suatu zaman dahulu guna untuk mengenal Tuhan dan mengenal diri, ISTAGHNA juga di kenali sebagai Al Ghani, iaitu Yang terkaya dari segala yang terkaya yang mana Dia tidak memerlukan sesuatu juapun, Al Ghani ini adalah nama Allah s.w.t yang ke 88 dari senarai Asmaul Husna, istilah Al Ghani tidak sama dengan istilah ghani yang bermaksud kaya dari kata jamak Aghniyak (orang yang memiliki harta)
Sifat ini wajib di pelajari oleh semua umat islam supaya dapat membezakan kaya Allah s.w.t dengan kaya makhluk atau di antara Al Ghani dengan Ghani, mengikut adat setiap yang kaya itu tidak memerlukan dengan apa-apa keperluan, yang memerlukan sesuatu itu di namakan miskin, maka sekalian makhluk adalah miskin walaupun kelihatan seseorang itu cukup pada serba serbi hidup
Soalan:
Apakah sifat dan sikap bahawa Tuhan itu bersifat Istaghna ?
Jawapan:
Tuhan bersifat Istaghna atau bersifat kaya ialah kerana Dia memiliki sifat yang tidak ada pada seluruh hambaNya iaitu Dia bersifat Qidam (Sedia Ujud dengan tiada permulaan) Qidam (Kekal Dia sampai bila-bila atau tiada berkesudahan) Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis (Tidak sama keadaan Dia dengan segala makhlukNya) Qiyamuhu binafsih ( Berdiri Dia dengan sendirinya) Sama'a (Dia bersifat mendengar) Bashar ( Dia bersifat melihat) Kalam (Dia bersifat berkata-kata) Sami'un (Dia bersifat Maha Mendengar) Bashirun (Dia bersifat Maha melihat) Mutakallimun (Dia bersifat Maha berkata-kata) kesemua sifat kaya Allah s.w.t mengikut ilmu sifat 20 ini mengandungi 11 sifat
Soalan:
Dia bersifat kaya daripada masa bila kemasa yang bila ?
Jawapan:
Dia bersifat kaya dari permulaan yang tiada permulaan dan bersifat akhir dengan tiada berkesudahan pada batas zaman iaitu Dia bersifat Wujud, Qidam, Baqa dan Dia memerintah, mentadbir seluruh makhluk ciptaanNya
Soalan:
Adakah Dia mentadbir alam ini menunjukkan Dia bersifat kaya ?
Jawapan:
Allah tidak akan hilang sifat kayanya sampai bila-bila, Dia mentadbir sebab Dia memiliki sifat Qiyamuhu Binafsih dan Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis, dengan dua sifat ini Dia tidak mengharapkan makhluk membantunya untuk mentadbir alam, ini bererti Dia bersifat Qiyamuhu Binafsih (Berdiri Dia dengan sendiriNya) dan Dia juga mentadbir seluruh alam tidak sama seperti apa yang di lakukan oleh manusia kerana itu Dia mempunyai sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis (Tidak sama Dia dengan segala yang baharu) ertinya Dia bukan di bawah takluk La hawla wala quwwata Illa Billah
Soalan:
Jika demikian mengapa Dia memerlukan Malaikat menjalankan urusanNya ?
Jawapan:
Pada dasarnya memang Allah memerintahkan para Malaikat menjalankan Urusan Tuhan tetapi pada Hakikatnya semua itu adalah daripada perintah Tuhan kerana Dia bersifat Qiyamuhu Binafsih, setiap Malaikat wajib mematuhi perintah Tuhan dan di gerakkan oleh Tuhan, demikian juga dengan manusia, yang mana manusia di tetapkan oleh Allah tugas menjalankan urusan Tuhan, di sinilah martabat Rohani itu di tetapkan oleh Allah sebagai Ammar Rabbi dan kerana itulah juga Tuhan menetapkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Tuhan
Untuk mendapatkan nas yang menetapkan demikian maka kita hendaklah merujuk kepada surah An Nisa ayat 78, An Anfal ayat 17, Al Baroah ayat 51, At Takwir ayat 29, Ash Shaffat ayat 96 dan lain-lain ayat
Soalan:
Adakah maksud menjalankan urusan Allah itu meliputi tugas menjadikan, mematikan, mengurus, mengawal dengan peraturanNya ?
Jawapan:
Benar ! Apabila ujud Tuhan yang bernama Allah maka dengan sendirinya ujud tugas mentadbir, menguasai, mengawal, ujud makhlukNya, dan degala kerja mentadbir itu mestilah dengan ketetapan yang telah di sediakan, tidak boleh dengan peraturan makhlukNya
No comments:
Post a Comment