MENCARI TERSIRAT 2
Dalam mencari yang tersirat peringkat kedua ini penulis bawa kepada konsep mengenal diri jenis makhluk yang bernama manusia yang menjadi khalifah di bumi secara ringkas, sebagaimana yang di ketahui umum manusia adalah makhluk yang di jadikan Tuhan sama dengan makhluk yang lain, asal usul awalnya di katakana daripada Nur, ertinya daripada Allah sebagaimana firmanNya menyatakan KULLA MIN INDALLAH (setiap sesuatu itu daripada Allah), sedangkan Allah itu adalah Nur, memandangkan manusia ini adalah jenis makhluk yang berdarjat tinggi jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain, dengan pengurniaan akal kepada mereka maka manusia perlu membuat penilaian kepada dirinya sendiri, iaitu dengan membandingkan diri mereka dengan makhluk Allah yang lain, oleh kerana itu manusia perlu keluar daripada sifat makhluk kepada sifat manusia, dan daripada sifat manusia kepada sifat Insan Kamil, dan dengan taraf Insan Kamil lah baru manusia itu menjadi sempurna sebagaimana firman Allah menyatakan:
Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat tang hina
(At Tin 4, 5)
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah swt telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang sempurna jika di bandingkan dengan makhluk yang lain, dan kemudiannya akan di kembalikan di sisi Allah swt sebagai makhluk yang hina, ini menunjukkan bahawa ada perbezaan pada darjat manusia itu kerana setelah Allah jadikan dengan sempurna mana mungkin di kembalikan pada tempat yang hina? inilah bukti yang kukuh yang menunjukkan manusia itu mempunyai darjat tertentu, sebagai satu contoh adakah manusia beribadat kepada Allah masih berdarjat makhluk atau berdarjat manusia ataupun berdarjat Insan Kamil, itulah sebabnya para ulama’ membezakan taraf manusia itu kepada beberapa darjat supaya dengan memahami darjat tersebut dapatlah manusia melaksanakan tugasnya kepada Allah dengan sempurna sejajar dengan kesempurnaan tersebut, dan kerana itulah manusia perlu mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang sempurna dan kerana itulah ulamak menyatakan (Sesiapa mengenal dirinya ia mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal dirinya maka binasalah ia) ayat ini menunjukkan bahawa Man ini secara am sama ada manusia ataupun bukan manusia jelasnya Man ini adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia mengenal dirinya Nafsahu maka barulah ia mengenal TuhanNya yang bernama Rabbahu, iaitu Tuhan yang bertaraf Laisa kamislihi syai un (Yang tidak berupa apa juapun) ini bererti manusia Man ini jika kita bawa kepada pengertian manusia maka ia akan membawa kepada manusia yang jenis Laisa kamislihi syai un iaitu manusia yang batin atau di kenali sebagai Insan atau di kenali juga sebagai diri sebenar diri yang bertaraf nyawa atau Nafas, ia adalah sebahagian daripada diri Rohani, fungsinya adalah sebagai menghidupkan diri jasmani ataupun diri yang bernama diri terperi yang fungsinya di dalam batang tubuh sama ada yang turun dan naik ataupun yang keluar dan masuk pada jasad manusia yang anasirnya yang terdiri daripada Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas dan yang sentiasa mengingat Allah tanpa henti-henti, sesungguhnya diri manusia yang bertaraf Man dan Nafsahu ini wajib di kenali, dan ibadahnya pun wajib juga di kenali, inilah nilai sebenar manusia, dan pada garis kasar mengenal diri ini adalah patut di huraikan juga taraf diri yang lain, iaitu diri kedua penting didalam kehidupan yang diberikan nama diri terperi yang terdiri dari komponen rohani yang di kenali sebagai Roh, Akal dan juga nafsu, ia juga di kenali sebagai Ruhul Yaqazah yang fungsinya menentukan jasmani manusia berdaya dan berupaya kerana itu orang sofi dan juga orang yang memahami jalan diri menyatakan
Maksudnya: Bahawa tiap-tiap jasad itu ada dua Roh, salah satu dari keduanya ialah Roh Yaqazah (Roh menjagakan) yang di tentukan oleh Allah adat, jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga, maka apabila ia keluar daripadanya (jasad) maka tidurlah manusia itu, dan berlaku lah mampu, yang lagi satu ialah Ruhul Hayat (Nyawa) yang di tentukan Allah adat, jika ia berada pada jasad maka hidup lah jasad, apabila ia berpesan daripada badan mati lah manusia (jasad) dan kedua-dua jenis Roh ini berada dalam jasmani manusia, tiada yang mengetahui tempat ketetapannya melainkan Allah atas urusan itu
Ayat yang di atas menerangkan bahawa didalam jasad manusia itu terdapat dua jenis Roh, satu dikatakan bernama Ruhul Yaqazah yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, yang mana Ruhul Yaqazah ini juga di kenali sebagai hati, ia memberikan fungsi kepada manusia supaya hidup bererti, dengan adanya Roh di dalam jasad maka ia dapat memberikan kekuatan dan keupayaan kepada setiap komponen jasmani, Akal pula dapat memberikan kuasa berfikir, mengingat, dan berperasaan dan menyimpan segala maklumat masa silam dan semasa, sementara fungsi yang terdapat pada anasir hawa Nafsu pula ialah untuk melahirkan sikap berkeinginan, berkecenderungan dan mempengaruhi serta mendorong kepada sesuatu pergerakan untuk menyempurnakan niat yang datang daripada akal, Ruhul Yaqazah ini jika dia masih berada didalam jasad maka manusia akan menjadi aktif dengan berkesedaran sebagaimana manusia semua maklum, dan apabila ia keluar daripada jasad maka jasmani menjadi hilang keupayaan aktifnya secara total semua ini adalah atas ketentuan Allah yang mentadbir dan mengatur alam ciptaanNya, di dalam Al Quran pada surah Az Zumar ayat 42 Allah menyatakan bahawa Ruhul Yaqazah ini di tahan kemudian di lepaskan, jika di lepaskan bermaksud jasad menjadi aktif dan peranannya dapat di lihat dan apabila ditahan maka jasad menjadi hilang berkeupayaan, hilang fungsi minat, dan hilang keupayaan untuk berfikir, maka jadilah jasad tidak bermaya dengan istilah tidur, sebagaimana yang telah di terangkan Allah di dalam surah Al An’am ayat 60, sementara satu lagi jenis Roh dinamakan Ruhul Hayat atau di kenali sebagai nyawa kepada jasad, atau dikenali juga sebagai Insan batin, Ruhul Hayat (Roh menghidupkan) ini selagi ia tidak keluar daripada jasmani maka jasad tidak akan mati, ertinya manusia tidak akan mati-mati selagi ia tidak keluar daripada jasad, akan tetapi apabila ia keluar maka jasad manusia akan mati dan menjadi busuk atau hilang ghaib, sementara Ruhul Yaqazah akan mengikutinya kemana saja ia berada. Sebenarnya Rohani yang terdiri daripada anasir Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa adalah makhluk yang tersirat dan yang berhak di istilahkan sebagai diri yang sebenar kepada manusia, dialah yang lebih awal Allah jadikan sebelum Allah ciptakan manusia dari jenis yang tersurat dan yang menjadi kepada rumah Rohani tersebut, kaedahnya samalah juga dengan kita memilikki tempat kediaman yang mana kita boleh keluar dan masuk dan memeliharanya dengan baik supaya dapat tinggal lama di situ, kerana itulah kita perlu selalu berdo’a kepada Allah atas rasa syukur apabila Rohani itu di kembalikan Allah kedalam jasmani supaya dapat meneruskan kerja khalifah di bumi ini (Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku kepadaku, dan yang telah menyegarkan pada tubuhku) do’a ini menunjukkan bahawa Rohani (Ruhul Yaqazah) itu boleh keluar dan masuk kedalam jasad manusia atas keizinan Allah swt. Rohani dan komponennya mempunyai istilah yang tersangat banyak sehingga ia memeningkan akal manusia untuk memikirkannya, pada pandangan penulis istilah yang berbagai-bagai itu adalah cara seseorang itu berguru mengikut fahaman tarikat-tarikat yang tertentu sahaja, apa yang lebih penting ialah meyakini ianya ada di dalam jasad manusia dengan dalil-dalil nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw, ini bererti jika orang yang tidak selalu merujuk kepada Al Quran atau berwirid dengannya maka ia tidak akan berjumpa dengannya malah ada yang menafikan atau membuat tuduhan yang tidak ada asas terutama pada golongan yang athies dan tiada keimanan yang kukuh dan melulu atau mencegah daripada membincangkannya kerana ia di katakan itu hanya urusan Allah walaupun ia di muatkan di dalam Al Quran yang menjadi asas panduan kehidupan manusia yang di turunkan daripada langit oleh Allah kepada manusia. Sememangnya manusia buat zaman akhir ini terlalu meragam dengan istilah kerohanian ini malah ada yang tersangat takut dengan istilah tersebut kerana di katakana tersangat bahaya kepada kepentingan mereka walaupun ianya benar mengikut Nas, dan tidak kurang pula yang mengatakan yang ghaib hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, dalam masa yang sama mereka percaya pula kepada Allah yang Maha ghaib dan di tuntut pula untuk mempercayainya serta mengenaliNya, demikian juga kepada malaikat yang ghaib serta syaitan yang ghaib, bagi penulis orang yang sedemikian rupa tinggalkan saja mereka itu, nanti di akhirat mereka boleh menyaksikan apa yang benar dan yang salah dan manusia bukanlah terus hidup dan hidup terlalu lama untuk membuktikan fahaman mereka itu. Hanya orang yang Allah tunjukkan jalan saja yang memahami dan meyakini perkara yang ghaib itu kerana mereka dapat melihat dengan mata hatinya yang di izinkan oleh Allah swt (Hati orang yang arif mempunyai mata memandang, matanya dapat melihat apa yang tidak dapat di lihat pandangan biasa)
No comments:
Post a Comment