Assalamu'alaikum Wr,Wb
Daripada sifat Ma'anawiyah kita berbincang pula dengan sifat Salbiyah, sifat ini menunjukkan tanda keagungan Tuhan yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNyaSoalan:
Apakah maksud sifat Salbiyah?
Jwapan:
Maksud sifat Salbiyah itu ialah sifat yang menunjukkan ke Agungan Tuhan yang tiada pada makhluk atau di maksudkan juga sebagai sifat menafikan perkara yang tidak layak bagi diri Tuhan
Soalan:
Apakah perbezaan sifat Salbiyah dengan sifat Ma'anawiyah?
Jawapan:
Sifat Salbiyah ini menunjukkan sifat ke Agungan Tuhan khusus bagi diriNya dan Sifat Ma'anawiyah ini menunjukkan sifat ke Besaran Tuhan yang mana sifat ini untuk di timpakan kepada sekalian makhlukNya
Soalan:
Adakah sifat Salbiyah ini ujud serentak dengan Ma'anawiyah?
Jawapan:
Sifat Salbiyah ini tidak ujud serentak dengan sifat Ma'anawiyah, ini kerana sifat Salbiyah ujud beserta wujud Zat sementara sifat Ma'anawiyah ujudnya bersebab
Soalan:
Berapakah sifat Salbiyah yang menunjukkan ke AgunganNya?
Jawapan:
Sifat yang menunjukkan ke AgunganNya ada lima sifat iaitu Qidam,Baqa', Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadis,Qiyamuhu Binafsih dan Wahdaniyah
Soalan:
Adakah sifat ini pada makhluk?
Jawapan:
Sifat ini tiada pada makhluk, jika sifat ini ada pada makhluk maka ia adalah mustahil, kerana sifat ini adalah sifat mutlak bagi diri Zat itu
No comments:
Post a Comment