Assalamu'alaikum Wr,Wb
IFTIQAR Sambungan soal dan jawab pada bab nafsu
Soalan:
Apakah Nafsu yang ada pada manusia itu semuanya tidak baik?
Jawapan:
Sebenarnya bukan Nafsu itu yang tidak baik akan tetapi Hawa kepada nafsu itu yang tidak baik, samalah dengan Jin yang mengacau manusia itu, Nafsu dan Jin itu adalah baik akan tetapi sikap mereka yang tidak baik, dalil yang kita boleh guna pakai ialah beranikah manusia mengatakan bahawa segala makhluk yang Allah ciptakan itu sebagai jahat dan tidak baik ? termasuklah Nafsu dan Jin
Soalan:
Mengapakah terlalu ramai orang berkata bahawa Nafsu dan Jin itu jahat ?
Jawapan:
Sebenarnya jika kita kata bahawa Nafsu dan Jin itu tidak baik maka kita menyanggah ciptaan Tuhan, apa yang tidak baik pada dua jenis makhluk itu ialah sikap mereka yang tidak mahu mengikut perintah Tuhan, samalah dengan manusia, bukan semua manusia yang jahat atau bukan semua manusia yang baik, baik dan jahat itu adalah sikap dan perangai mereka, maka perangai merekalah yang perlu di cuci
Soalan:
Jika demikian Nafsu itu ada yang bersikap baik dan jahat ?
Jawapan:
Pada Nafsu itu ada yang bersikap baik dan ada yang bersikap jahat, Nafsu yang bersikapkan Hawa Amarah,Al Lawamah, Sawalah dan Natiqah adalah sikap Nafsu yang tidak baik, sementara Nafsu yang berhawakan baik ialah Nafsu Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamaliyah, oleh yang demikian Nafsu itu wajib mencuci Hawanya
Soalan:
Berapa banyakkah Hawa Nafsu yang baik dan yang tidak baik ?
Jawapan:
Nafsu yang berhawakan tidak baik ada empat iaitu Amarah,Al Lawamah, Sawalah danNatiqah.sementara hawa Nafsu yang baik ialah Muthmainnah, Radhiyah Mardhiyah dan Kamaliyah , hawa Nafsu yang tidak baik adalah tempat yang sering di ganggu gugat oleh jin sementara hawa nafsu yang baik di jaga oleh malakat, anadai tiada malaikat yang menjaga hawa Nafsu yang baik itu maka semua hawa Nafsu itu akan di sesatkan oleh jin
Soalan:
Apakah nama Jin dan Malaikat yang menjaga dan seteru bagi manusia?
Jawapan:
Nama Jin tersebut ialah Qarin dan nama Malaikat ialah Hafazah
Soalan:
Apakah setiap manusia itu ada memiliki Qarin dari Jin dan Hafazah dari malaikat?
Jawapan:
Benar ! Setiap manusia di temankan oleh Allah dengan Jin dan malaikat sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w Ma minkum illa waqod wu killa bih Qoriinuhu minal jinna wa qoriinuhu minal mala ikatihi, maksudnya: Tiadalah salah seorang daripada kamu melainkan dia telah di pertemankan dengan seorang kawan daripada jin dan seorang malaikat
Soalan:
Adakah Syaitan mengenali kelemahan Nafsu ?
Jawapan:
Sebenarnya Syaitan mengenali kelemahan hawa Nafsu setiap manusia itu kecuali hawa Nafsu itu di siram dengan keimanan yang datang daripada Allah, di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya ( An Nahl 99)
Soalan:
Apakah konsef bertawakkal kepada Allah dan adakah ilmu bertawakkal tersebut ?
Jawapan:
Ilmu bertawakkal itu seseorang perlu mengenal dirinya dan perlu mengetahui perhubungannya dengan Allah (ini perlu di pelajari) Jika semua ini tidak di ketahui maka tawakkal itu adalah sia-sia kerana hasil tawakkal itu adalah kosong ! Twakkal adalah membolehkan seseorang itu memilikki kekuatan dan keupayaan yang luar biasa kerana segalanya adalah menjadi kerja Tuhan, ertinya menyerahkan diri zahir dan batin ke atas kuasa Tuhan
Ilmu hawa nafsu ini akan di sambung pada bab lain ...
No comments:
Post a Comment