SAMBUNGAN DARI MENGENAL DIRI YANG KE 85 BERHUBUNG DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH BERKONSEFKAN SIFAT 20
Memahami ilmu لا اله الا الله mengikut kaedah sifat 20, pelajaran yang lepas kita telah sentuh ilmu Nafi dan Asbat yang berasal dari kalimah لا اله الا الله dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Asbat kerana kedangkalan mengenal ilmu لا اله الا الله dan sikap terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka
Kita mulai dengan memahami ilmu لا اله iaitu ilmu لا Nafi dan اله ilmu menafi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan menamakannya hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA TUHAN YANG DISEMBAH, andainya itulah pengertian yang diberikan mengikut maksud bahasa arab maka tidaklah ujud istilah kafir nafi, namun apabila ujud sahaja kafir nafi tentulah ia bersebab bahawa nafi itu mempunyai ilmu kewujudan Yang Maha Pencipta pada kalimah tersebut, kerana itu dikatakan:
لا itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang mengandungi lima sifat iaitu sifat Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan Qiyanuhu binafsih sementara kalimah اله itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan) yang mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11 sifat, sifat ini juga dinamakan sifat kaya Allah s.w.t jadi jelaslah sekarang walaupun kita sekarang membicarakan bab Nafi akan tetapi Nafi yang ada, bukan Nafi yang bermaksud tidak ada Tuhan, sebab itu kita kena faham ilmu bagaimana hendak menafikan Tuhan yang wujud didalam ilmu لا اله (Tiada Tuhan Yang Disembah)
Contoh bagaimana ilmu menafi itu ialah:
Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia memiliki 11 sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang WUJUD telah ujud juga disitu, ini menunjkkan bahawa pada kalimah Nafi itu menunjukkan adanya Tuhan BUKAN tiadanya TUHAN kerana itu konsef menafi itu adalah MENAFIKAN TUHAN TIDAK BERSIFAT WUJUD MELAINKAN DIANYA WUJUD, demikian juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis .... dan seterusnya kepada 11 sifat kesemuanya
Sambung .....
No comments:
Post a Comment