Assalamu'alaikum Wr,Wb
Sekarang kita masuk membincangkan sifat Ma'anawiyah, sifat ini juga di kenali sebagai Asmaul Husna, sifat Ma'anawiyah ini mengandungi tujuh sifat, iaitu sifat Qadirun,Maridun,'Alimun,Hayyun,Sami'um,Bashirun dan Mutakallimun, dengan tujuh sifat Asmaul Husna ini Allah s.w.t menyempurnakan segala takdirNya kepada seluruh alam ciptaanNyaSoalan:
Mengapa sifat Ma'anawiyah ini di namakan Zat?
Jawapan:
Sifat Ma'anawiyah di namakan Zat ialah kerana ia adalah nama-nama yang indah dan baik bagi DiriNya, Allah s.w.t memerintahkan sekalian makhlukNya memohon kepadaNya dengan menyebut nama-nama tersebut, ertinya jika Allah s.w.t memerintahkan makhluk memohon kepadaNya dengan menyebut nama-namaNya tersebut maka sudah tentu sifat Ma'anawiyah itu bertaraf Zat
Soalan:
Mengapakah sifat Ma'ani itu lazim melazimi dengan sifat Ma'anawiyah?
Jawapan:
Kerana sifat Ma'ani itu tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa Zat, kerana ia adalah bertaraf makhluk dan sudah menjadi fitrah setiap makhluk wajib memerlukan Zat
Soalan:
Bolehkah sifat Ma'anawiyah itu berdiri dengan sendiriNya?
Jawapan:
Sifat Ma'anawiyah itu tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa Zat Nafsiyah, jika ia berdiri dengan sendirinya maka berlakulah banyak Tuhan, ertinya atas dasar nama sahaja, bukan atas dasar ke Esaan Tuhan, kerana itu berlaku pengakuan Tuhan sebagai KAMI di dalam Al Quran, ia bermaksud KAMI ke Esaan
Soalan:
Adakah Zat Nafsiyah itu lazim melazimi dengan Zat Ma'anawiyah?
Jawapan:
Tidak boleh di sebut lazim melazimi di antara dua Zat tersebut kerana yang Wujud hanya ke Esaan Zat sahaja, mungkin boleh di anggap lazim melazimi tetapi bukan atas dasar KASRAH (banyak) dan ini adalah atas alasan Ma'anawiyah itu di ujudkan oleh Allah bersebab
Soalan:
Berapa sifatkah yang terkandung dalam sifat Nafsiyah,Salbiyah,Ma'ani dan Ma'anawiyah?
Jawapan:
Sifat Nafsiyah ada satu, Sifat Salbiyah ada lima,Sifat Ma'ani ada tujuh dan Sifat Ma'anawiyah ada tujuh, semuanya mengandungi 20 sifat
Soalan:
Mengapakah sifat Ma'anawiyah itu hanya tujuh sahaja sedangkan ia adalah Asmak Allah?
Jawapan:
Sebab Manawiyah tujuh sifat ialah kerana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Ma'ani yang tujuh, jika konsef sifat 20 ini menetapkan sifat Ma'ani ini lebih daripada tujuh maka sifat Ma'anawiyah akan mengikut sejumlah sifat Ma'ani
akan kita terangkan seterusnya,,,,......
No comments:
Post a Comment