Assalamu'alaikum Wr,Wb
PERHUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SUFLI
"ANTUM A'ALAMU BI 'UMURIDDUNYAKUM"
(Kamu lebih tahu hal urusan dunia kamu)
Apabila manusia memahami bahawa mereka adalah Khalifah dan menjadi pentadbir planet bumi maka mereka perlu memahami kategori alam-alam yang berada di sekeliling mereka dan menilai dengan sewajarnya kerana ia adalah faedah buat mereka sepertimana firman Allah yang bermaksud:PERHUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SUFLI
"ANTUM A'ALAMU BI 'UMURIDDUNYAKUM"
(Kamu lebih tahu hal urusan dunia kamu)
" Dan Dia memudahkan untuk kamu (faedah dari kegunaan) segala yang ada di langit dan juga bumi " (Surah Al Jaathiyah ayat 13)
Dan firmanNya lagi
" Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang terdapat di langit dan bumi dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin " (Surah Luqman ayat 20)
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa manusia adalah mewarisi apa yang terdapat di langit dan juga bumi yang telah menjadi fitrah bagi manusia untuk memilikkinya tanpa ragu, cuma dari kalangan manusia dari bangsa manakah yang menyedari hakikat ini dan dari manusia yang berfahaman apakah yang berkesedaran tentang tujuan Allah menyediakan segala-galanya
Sebelum manusia memiliki semua apa yang telah tersedia maka manusia perlu menilai terlebih dahulu alam-alam ciptaan Tuhan yang terdapat di bumi bagi faedah mereka supaya manusia tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakkan, di antara alam-alam tersebut ialah:
YANG TERDAPAT PADA ALAM SUFLI (ALAM PLANET BUMI)
1. ALAM JAMAAD
Alam ini adalah alam yang beku yang tidak bersifat tumbuh dan berkembang secara jelas seperti air, batu, benda-benda padat (jenis emas,perak,tembaga,suasa dan lain-lain) cecair,gas,uranium dan lain-lain
2. ALAM NAMI
Alam ini adalah alam yang bersifat tumbuh dan berkembang akan tetapi tidak bernafas seperti segala tanaman dan tumbuhan
3. ALAM HAIWAN
Alam ini adalah makhluk yang terdiri dari golongan yang bernafas seperti haiwan yang terdapat di air,daratan dan juga udara
4. ALAM MANUSIA
Alam ini adalah alam yang hidup bernyawa dan bernafas dan mempunyai akal untuk berfikir dan dapat bergerak bebas mengikut niat
Demikian alam-alam ciptaan Tuhan yang terdapat di alam Planet Bumi, di antara alam-alam tersebut maka alam manusialah yang lebih istimewa, kerana itulah Tuhan memberikannya menguasai,mentadbir,melaksanakan segala yang terbaik mengikut kehendak Tuhan
Setiap alam-lam ada di sediakan oleh Allah dengan ETIKA masing-masing dan di sinilah tugas manusia menyelidikki ETIKA tersebut supaya manusia dapat memelihara apa yang di amanahkan oleh Allah kepada mereka
Apabila kita teliti alam ciptaan Allah di atas maka kita dapati setiap alam ada mengandungi faedah yang sangat besar bagi kegunaan manusia cuma manusia hanya memerlukan sedikit berfikir tentangnya bagi di laksanakan untuk faedah seluruh alam
5.ALAM JIN
ReplyDelete