Assalamu'alaikum Wr,Wb
Sambungan dari pelajaran yang ke 39
QADAR QADIM
Satu istilah yang di wujudkan oleh Allah mengikut AsmakNya yang ke 69 iaitu Al-Qadir yang membawa maksud "menimpakan sesuatu takdir mengikut apa saja yang di kehendakkiNya dengan tiada batas masa dan keadaan"
Konsef takdir ini berasaskan Al Quran: Inna kulla syai in kholaq na hu bi qadari" yang bermaksud " Sesungguhnya Kami telah menjadikan sesuatu menurut ketetapan" Al-Qamar 49
Qadar qadim terbahagi kepada dua bahagian:
1. Kadar Allah yang tidak ada kaitan dengan usha makhluk seperti Allah s.w.t menjadikan sekalian alam-alam atas fitrah alam itu sendiri, misalnya putaran bulan, mata hari dan bintang-bintang dan planet yang lain (alam Jamaad) menjadikan pasang dan surutnya air, embrio manusia jasmani seperti penciptaan Adam dan perkembangan bayi dalam kandungan, menidurkan dan membangunkan manusia dari tidur, hidup dan matinya manusia dan perkembangan alam yang lain yang mana keadaan embrio itu tidak di kaitkan dengan dosa dan pahala, kadar ini di anggap qadim
2. Kadar daripada Allah s.w.t yang di timpakan Allah terhadap alam ciptaan Nya yang lahir dari daya dan usha (ikhtiar) seperti makan, minum, bekerja, nikah kahwin, beranak pinak yang datang dari daya usha yang di gerakkan oleh Allah kerana fitrah hidup kerana menunaikan kewajipan hajat yang hidup yang di kaitkan dosa dan pahala setelah cukup akal baligh untuk di tanggung sendiri, nafsu yang di pandu dengan aktiviti gerak dan diam yang melibatkan takdir Allah bagi menentukan keizinanNya dan keredaanNya, qadar ini di anggap muhaddas (baharu) dan kerana wujudnya kadar inilah wujudnya balasan daripada Allah atas perhitungan dan catatan dari MalaikatNya, kedua-dua kadar ini di kaitkan dan di sempurnakan oleh Allah atas Al-QadirNya
MENILAI TAKDIR
Di dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan boleh jadi kamu kurang menyukai sesuatu (takdir) sedangkan ia adalah ia lebih baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu (takdir) pada hal ia tidak baik bagi kamu, Hanya Allah saja yang mengetahuinya, sedangkan kamu tidak mengetahuinya" Al-Baqarah 216
Ayat yang di atas sebenarnya adalah satu ketetapan daripada Allah s.w.t kepada manusia dan ia berada di dalam ilmu Allah s.w.t , manusia juga perlu memahaminya dengan akal yang di kurniakanNya kepada manusia cuma manusia tidak dapat memahami segala yang baik pada manusia itu sebenarnya tidak baik bagi dirinya dan yang tidak baik itu sebenarnya baik bagi dirinya, ini kerana manusia kebanyakkannya tidak memahami ilmu hikmah yang sepatutnya di makrifatkan dengan banyak membaca Al-Quran, dan kerana itulah juga Dia menjadikan manusia itu menjadi ketawa dan menangis sebagaimana firmanNya;
Wa in nahu huwa adh haka wa ab ka ( Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (sesorang itu berdukacita) menangis Al-Najm ayat 43
Soalan:
Adakah segala takdir itu mempunyai hikmah ?
Jawapan:
Berpandukan ayat Al Quran di atas maka segala takdir itu mempunyai hikmah, namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya
Soalan:
Bagaimana hendak mengetahui hikmah ?
Jawapan:
Ilmu hikmah datang dari pengertian yang tersirat yang datang dari jiwa yang bersih yang dapat menduga gerak dan diam serta suri dan tauladan dari peristiwa yang silam atau cerita yang telah di ceritakan Tuhan terhadap kaum yang terdahulu sama ada baik ataupun buruk
Soalan:
Bolehkah takdir itu berubah ?
Jawapan:
Segala takdir itu boleh berubah hanya dengan do'a, walau apapun manusia tidak akan tahu apa yang akan terjadi terhadap dirinya sebagaimana yang tersurat di lauhil mahfuz, apa yang penting manusia hendaklah sentiasa baik sangka dengan urusan takdir kerana ia dapat menyembuhkan kerisauan, dan yang paling penting pulangkan segala takdir yang telah di timpa kepada urusan Allah
Soalan:
Dapatkah takdir yang kita tidak suka itu di selesaikan dengan cepat ?
Jawapan:
Terpulang kepada keikhlasan kita menerima takdir itu, jika kita berbaik sangka dengan takdir maka kita hendaklah berdo'a kepadaNya supaya takdir itu cepat berlalu, sesungguhnya takdir yang kita kurang senangi itu adalah untuk menyelamatkan kita atau untuk mengurangkan segala dosa yang kita telah lakukan
Setengah orang ada yang mengeluh kerana ia merasakan dirinya baik kerana tidak melakukan apa-apa maksiat akan tetapi mereka tidak sedar hakikat akidah mereka telah rosak binasa, dan akibat kesalahan akidah inilah yang menyebabkan kebanyakan manusia menjadi rosak sekalipun dia bersembahyang, puasa , haji , membayar zakat dan sebagainya
No comments:
Post a Comment