SAMBUNGAN BAB AKAL DALAM ILMU IFTIQAR
Soalan:
Siapakah yang menggerakkan ilmu yang tersimpan di dalam manik ?
Jawapan:
Segala ilmu yang tersimpan di dalam lembaga Akal yang bernama manik akan di gerakkan oleh hawa nafsu, sudah tentu hawa nafsu yang berperanagi kurang baik akan menggoda ilmu yang tidak hak yang ada di dalam lembaga akal untuk di laksanakan dengan tujuan supaya manusia itu melakukan yang mungkar sementara nafsu yang baik akan menggerakkan ilmu yang baik, akan tetapi jika sekiranya ilmu yang baik itu dapat di laksanakan maka ketika mana ia di praktikkan maka nafsu yang kurang baik itu akan menghubungi syaitan supaya ianya di ganggu gugat, ertinya musuh ilmu yang baik itu tersangat banyak keculai manusia itu tahu cara yang sempurna beribadat
Soalan:
Adakah Roh akan terlibat apabila berlaku tindakkan dari keputusan akal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan?
Jawapan:
Apabila hawa nafsu berjaya menggoda lembaga akal maka lembaga akal yang bernama fikir akan membuat keputusan melakukan sesuatu perbuatan maka sudah tentu Roh akan turut serta terlibat kerana setiap perbuatan itu memerlukan tenaga, sementara tenaga itu datang daripada wujudnya Roh di dalam badan manusia
Soalan:
Boleh atau tidak berlaku segala gerak yang di lakukan oleh manusia tanpa dorongan nafsu ?
Jawapan:
Tidak boleh, kerana segala punca segala pekerjaan adalah memerlukan dorongan dan kecenderungan, tanpanya ia tidak akan berlaku, sedangkan dorongan tersebut datang kerana adanya nafsu
Soalan:
Apakah yang di maksudkan akal yang kotor dan akal yang bersih ?
Akal yang bersih itu datang daripada ilmu yang benar dan sentiasa ia memikirkan kebesaran Tuhan dan kebenarannya, ini di namakan akal yang bersih sementara akal yang kotor datang daripada ilmu yang kotor dan sentiasa ia memikirkan perkara yang maksiat
Soalan:
Berapa banyakkah cerita yang di reka oleh Akal ?
Jawapan:
Akal mampu menghasilkan berbagai cerita yang bercampur baur di dalam akal malah ia mampu melahirkan 7 x 24,000 perkataan dalam masa satu hari atau lebih daripada itu
Soalan:
Adakah akal mampu mengubah sesuatu objek ?
Jawapan:
Akal mampu mengubah sesuatu objek sekiranya manusia itu duduk pada kedudukan INSAN KAMIL dan tahu ilmu yang di sebut sebagai TAWAKKAL, ia melibatkan ilmu sifat QAHAR dan sifat KAMAL
Soalan:
Adakah akal mampu melahirkan sesuatu tindakkan dengan sendirinya ?
Jawapan:
Akal tidak berkemampuan bertindak dengan sendirinya tanpa dorongan daripada nafsu
Soalan:
Apakah kerja akal semasa di dalam ibadat ?
Jawapan:
Kerja akal di dalam ibadat ialah merangkumi hukum qalbi qauli dan fi'li, ia menjalankan tugasnya mengingat maksud yang di baca serta tujuannya, di samping itu ia perlu juga memikirkan kerja nyawa dan Roh yang menggerakkan tubuh dan bacaan di dalam masa beribadat
bersambung.............
No comments:
Post a Comment