Thursday, July 26, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 43

Assalamu'alaikum Wr, Wb

APA DIA NUR MUHAMMAD ?

Seorang ulama yang di segani di Asia Tenggara iaitu al marhum Prof Dr Hamka yang terkenal dalam bidang agama dan pentafsir Al Quran Al Azhar atas kajiannya mengikut ajaran Al-Halaj dan Ibnu Araby dalam kitabnya "Tasauf Perkembangan dan Pemurniannya " halaman 97 dan 98 atau Tasauf dari abad ke Abad Pak Hamka mengatakan Al-Halaj yang mula-mula menyatakan bahawa kejadian sekalian alam ini daripada Hakikatul Muhammadiyah atau Nur Muhammad, itulah asal segala kejadian, hampir samalah pandangan ahli falasafah yang menyatakan bahawa yang mula-mula di jadikan ialah akal pertama, mengikut katanya Nabi Muhammad itu terjadi dari dua rupa, rupanya yang qadim dan azali

Nur Muhammad terjadi sebelum terjadinya segala yang terjadi (alam) daripadanya di sauk segala ilmu dan irfan, rupanya sebagai manusia (jasad) dan Nabi tetap menempuh maut sementara rupanya yang qadim tetap ada meliputi seluruh alam, maka dari Nur rupanya yang qadim itulah di ambil segala Nur buat menciptakan segala nabi-nabi dan rasul-rasul serta segala aulia Allah

Dalam segala kejadian dialah yang awal, dalam hal kenabian dialah yang akhir, Al Haq adalah dengan dia, dia pertama dalam hubungan, dia yang akhir dalam kenabian, dialah yang batin dalam hakikat dan dialah yang zahir dalam makrifat, Nur Muhammad itu pusat kesatuan alam dan pusat kesatuan membuat segala nabi dan nubuahnya pancaran dari sinarnya (kitab halaman 146dan 147)

Dalam membicarakan Hakikat Muhammadiyah oleh Ibnu Araby beliau menyatakan " Tuhan itu adalah Allah adalah satu dan satu, Dialah wujud secara mutlak, maka Nur Allah (Nurullah) itu sebahagian daripada diriNya (Nur Muhammad) Itulah hakikat Muhammadiyah kenyataan pertama dalam uluhiyah, dan apabila Muhammad telah mati sebagai seorang nabi (jasmani) namun Hakikatul Muhammadiyah tetaplah ada, jadi, Allah Adam dan Muhammad adalah satu, dan Insan Kamil adalah pada hakikatnya

Demikian kumpulan yang berfahaman ini jika kita hendak popularkan, tetapi jika kita selidiki kedalam kitab Ibni Araby maka kita akan bertemu dengan berbagai-bagai liku untuk memahamkannya, begitu juga untuk jalan keluar bagi memahaminya telah tersedia iaitu kata-kata rumus dan isyarat

Fahaman di atas jika kita tidak mempelajari akidah secara mendalam dan ilmu baloghah maka sudah tentu kita akan berhadapan dengan kekeliruan dan kesesatan, tambahan lagi jika tidak pernah mendengar istilah-istilah di atas, namun jangan ada di antara manusia mengambil mudah perkara Nur Muhammad ini kerana terdapat ayat-ayat Allah di dalam Al Quran yang menyentuh tentang Nur dan di kaitkan dengan Rasullullah saw dan juga akidah.

Demikianlah petikan fahaman Ibnu Halaj yang jika sekali lintas fahaman tersebut memang terlalu sukar untuk difahami, akan tetapi sebagaimana yang kita katakan bahawa untuk mentafsirkan fahaman itu adalah mereka yang terdiri dari ahli-ahli sufi yang memahami ilmu Baloghah dari Al-Qur’an sahaja yang dapat memahamkan maksud Ibnu Halaj tersebut. Jika setakat ilmu biasa sahaja maka pendapat dari ilmu Halaj tersebut, pasti ianya ditentang siang-siang lagi, tambahan pula apabila beliau berpendapat bahawasanya apabila seseorang itu meningkat kepada maqam yang tinggi iaitu maqam yang paling hampir kepada Allah, maka timbullah asyik dengan masyuknya sehingga bersatu dengan Tuhannya iaitu ketuhanan telah menjelma pada dirinya. Oleh kerana itu tidak lagi ia berkehendak melainkan kehendak Allah belaka dalam keadaan fana kerana zouknya maka tercetuslah kalimah Anal Haq dan kalimah Allah didalam jubahnya (wama fil jubbati ilallah).
Dan pada kemuncaknya ia berpendapat bahawa menunaikan haji ke Mekah itu tidaklah perlu dikerjakan malah boleh digantikan dengan haji yang lain dengan berkhalwat untuk membersihkan dosa sehingga Kaabah datang sendiri didalam khalwatnya. Kesan dari pandangannya itu, maka ramailah diantara ulama’-ulama’ mempertikaikannya sehingga ada yang mengkafirkannya terutama ulama’ feqah seperti Ibnu Tayyimah, Ibnu Qayyim dan Ibnu Nadim. Sementara ulama’ yang berkecuali dari kalangan feqah ialah Ibnu Shuraih dari mazhab Maliki (ulama’ terkemuka), dan ulama’ yang bertaraf sufi yang membelanya ialah,
1. Imam Al-Ghazali (Hujatul Islam) 450 hijrah – 505 hijrah. Katanya perkataan Anal Haq yang diucapkan Ibnu Halaj itu adalah kerana tersangat cintanya kepada Allah. Apabila cintanya tersangat mendalam maka merasakan tiada berantara dirinya dengan Tuhannya (dia beserta Allah).
  1. Jalaludin Rumi, 604 hijrah – 672 hijrah. Katanya kerana cintanya kepada Tuhan tersangat mendalam, maka rindu dan kasih sayanglah mendorong beliau menyatakan Anal Haq.
  1. Abdul Kadir Jailani. Beliau berkata sekiranya saya berada pada zamannya, maka sangguplah saya menjadi pengiringnya.
  1. Ad-Damiri, 181 hijrah – 255 hijrah (seorang ahli hadis, ahli tafsir dan ahli feqah yang terkenal). Beliau berkata bukanlah mudah menuduh seseorang itu menjadi kafir, kerana menuduh seseorang itu kafir adalah suatu perkara yang amat besar, dan menuduhnya adalah perbuatan orang yang jahil.
Demikianlah perkara-perkara yang menjadi pertelingkahan diantara para alim ulama’ yang jurusannya berlainan.

No comments:

Post a Comment