Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 35

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Dalam pelajaran ini kita akan membincangkan peranan Akal, Roh, Nafsu dan Nyawa di dalam tubuh manusia, sebagaimana kita maklum bahawa ke empat-empat makhluk ini di berikan atas satu nama iaitu ROHANI, ia di cipta oleh Allah di bawah peraturan KUN di alam ulwi oleh Allah swt

Setelah di cipta maka Allah telah menempatkan Rohani itu di alam Roh, dan semasa di alam Roh itulah ia di ambil saksi oleh Allah s.w.t sementara menunggu Allah menjadikan Adam (jasmani) bagi membolehkan dia beribadat kepada Allah, tanpa jasmani dia tidak boleh beribadat kerana tiada penyaksian kerjanya

Rohani mempunyai sikap yang cukup sempurna untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang khalifah di bumi kerana cukup sifatnya untuk menjalankan amanah Allah, ini kerana ia memiliki akal, nafsu,Roh dan nyawa yang mana makhluk tersebut mampu untuk berjuang kepada jalan Allah, ertinya ia di jadikan oleh Allah di alam yang tinggi dan beribadat di alam yang rendah

Komponen Rohani bertugas atas dasar bekerjasama di antara satu dengan yang lainnya, setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab yang seimbang dalam menjalankan tugasnya tiada kelebihan di antara mereka, namun darjat mereka adalah berlainan di antara satu dengan yang lain, umpamanya jika mengikut susunan maka ia akan menjadi begini: nyawa, Akal, nafsu dan Roh, ini bererti di antara mereka tidak boleh tiadak ada di antara mereka

Semasa masih di alam Roh maka Nyawa menjadi wakil Roh,Akal dan Nafsu untuk menjawab soalan daripada Allah, yang mana Nyawalah yang menjawab bagi pehak Roh,Akal dan Nafsu untuk mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka dengan menjawab Qolu bala shahidna.........(Al A'araf ayat 172) namun di bumi maka akal pula yang menjadi ketua bagi mereka terutama dalam soal ibadat kepada Allah atau menjalankan aktiviti hidup sebagai khalifah

Dalam masa menjalankan aktiviti hidup di bumi ini maka nafsu pula menjadi penentu corak aktiviti tersebut kerana dia penentu ke arah mana yang hendak di tuju sama ada ke neraka ataupun ke Syurga, dan dia pula adalah sebagai penentu untuk mengenalpasti sikap jasmani manusia yang mana anasir jasmani itu adalah seimbang dengan sifat hawanya, ini bererti hawa kepada nafsu itu menyebabkan berlakunya gerak dan gerit yang di kendalikan oleh Roh pula

Soalan:
Apakah peranan Rohani di dalam tubuh manusia ?

Jawapan:
Peranan Rohani di dalam tubuh manusia ialah menggerakkan tubuh sesuai dengan tanggungjawab masing-masing, ertinya Roh bertanggungjawab untuk memberikan daya kekuatan tenaga kepada jasad sehingga jasad dapat bergerak dan bertenaga. Nafsu pula memberikan ransangan kepada akal supaya akal membuat keputusan untuk bergerak dan melakukan sesuatu gerak dan diam kepada jasad mengikut sifat nafsu (hawa) sama ada baik ataupun sebaliknya. Akal pula berfungsi untuk menerima dan mengumpulkan maklumat ilmu sama ada ilmu yang hak ataupun yang batil ini bergantung kepada pendidikan. sementara Nafas pula ia tidak terikat kepada mana-mana ransangan atau dorongan dari akal atau nafsu ataupun Roh, dia sekadar berfungsi untuk tugas menghidupkan setiap sel-sel darah, air, daging, tulang, rambut dan bulu serta kuku dan lainnya

Soalan:
Apakah maksud di ambil kesaksian di alam Roh itu ?

Jawapan:
Maksudnya ialah Rohani di ambil kesaksian supaya membuat pengakuan bahawa mereka bertuhankan kepada Allah dan tidak kepada yang lain selain Allah, maksudnya ialah LA ILLA HA ILLALLAH (tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah) atau atas dasar pengakuan ana 'abduka ibni a'bduka la ma'abud ghoirika illa Anta (aku hamba Engkau anak-anak hamba Engkau tiada kami mengabdikan diri melainkan dengan Engkau)
Soalan:
Apakah tanpa jasad maka Rohani itu tidak boleh beribadat?

Jawapan:
Rohani itu tidak boleh beribdat tanpa jasad kerana jasad adalah berfungsi menjadi saksi terhadap kerja buat Rohani sepertimana maksud firman Allah "Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri" Al Qiyamah ayat 14 dan ayat 15 pula dari surah yang sama menyatakan "walaupun ia (Rohani itu) memberikan berbagai-bagai alasan untuk membela diri"

Soalan:
Mengapakah Rohani itu di tempatkan ke alam yang rendah untuk beribadat ?

Jawapan:
Inilah perancangan Allah, yang mana pada mulanya makhluk jin di tugaskan sebagai khalifah di bumi akan tetapi ia membuat kerosakan di planet bumi lalu di perangi oleh bala tentera Allah, kemudian ia kalah dan hilang kuasa, lalu Allah tugaskan pula kepada Rohani menjadi pengganti, lalu Allah jadikan Adam (jasmani) daripada tanah pilihan bagi menempatkan Rohani itu untuk menjadi khalifah (pengganti) di planet bumi, sebagaimana firman Allah menerangkannya yang bermaksud "kemudian Kami turunkan manusia ke tempat yang terendah" At Tin 4

Soalan:
Apakah dalilnya bahawa planet bumi ini alam yang rendah ?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: ......Kesenangan dunia ini hanyalah bagi memburu kemewahan yang palsu (terpedaya) Ali Imran 185dan firmanNya lagi: ..Penghidupan dunia itu hanyalah permainan dan godaan" Al An'am 32 dan lagi firmanNya yang bermaksud: Perhatikan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan, godaan, perhiasan, dan bermegah-megah di antara manusia serta berlumba-lumba dalam menimbunkan harta ekayaan dan memperbanyak anak untuk kesombongan diri Al Hadid 20 dan lagi firmanNya: Sesungguhnya Kami telah jadikan di muka bumi sebagai perhiasan, kerana Kami hendak menguji mereka siapa di antaranya yang lebih baik amalannya (Al khaf 7)
Soalan:
Apakah dasar Rohani itu menjadi khalifah Allah di bumi ?

Jawapan:
Dasarnya ialah SEBAGAIMANA apa yang telah di ikrarkannya semasa di alam Roh iaitu LA ILAHA ILLALLAH, ERTINYA SECARA TEGAS IALAH LILLAHI TA'ALA

3 comments:

  1. Terimakasih, kepada Tuan Guru yg empunya blog ini. Saya sdh membaca semua ETIKA dan bab mengenal diri hingga bab yg ke-35 ini. Saya sdh sedaya upaya cuba memahami maksud setiap huraian pelajaran ini sebaik dan sedaya upaya sesuai dengan maksud kandungan setiap penjelasan Tuan Guru.

    ReplyDelete
  2. Hingga ke bab ini, saya mempunyai satu soalan, Apakah setelah tubuh jasad manusia mati dan apabila tiba hari perhitungan/pembalasan di (akhirat) nanti, maka yang menanggung segala amal perbuatan (dihisab) adalah DIRI INSAN SEBENAR MANUSIA DAN BUKAN DIRI JASAD JASMANI? Diri jasad jasmani hanya bertindak sebagai saksi kepada semua amal perbuatan DIRI INSAN. Dan diri INSAN itulah yg diri sebenar2 diri (Ruhul Hayat). Diri sebenar dirilah yg akan akan dihisab untuk ditentukan tempatnya ke SYURGA atau NERAKA. Mohon penjelasan TUAN GURU. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Jangan berguru dengan internet, Harap maklum...Blog ini sekadar koleksi saya..
    betul atau salah saya berlepas tangan...sila rujuk blog asal...
    http://umarakdagang.blogspot.com

    ReplyDelete