Wednesday, July 25, 2012

ETIKA YANG KE 12

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Etika yang ke 12 ini kita membicarakan MENGAPA KERTAS DI NILAI DENGAN EMAS ?
Apabila Akal manusia mengatasi ketamakan maka mereka yang dari golongan yang berada dan menguasai Akal manusia akan dan telah merancang satu gerakkan untuk memperkenalkan Kertas sebagai barang yang bernilai senilai emas dan perak dengan tujuan supaya emas dan Perak tidak terlepas pada tangan orang ramai

Golongan ini yang terdiri dari kaum Kapitalis berhasrat supaya kertas di jadikan alat untuk membodohkan manusia supaya mereka dari golongan ini dapat mengumpul sebanyak mungkin sumber kekayaan bumi dan terus melakukan penjajahan terhadap manusia, kerana itu mereka mempengaruhi pemikiran manusia supaya menerima kertas senilai emas dan juga Perak

Atas pengaruh kumpulan Kapitalis ini maka kebanyakan negara umat islam terutamanya umat islam menjadi akur dan tunduk dengan golongan Kapitalis ini kerana kebanyakan pemimpin umat islam telah berada di bawah ketiak Barat dan Timur, mereka di pujuk rayu supaya menerima kertas sebagai senilai emas dan Perak

Walaupun kebanyakan umat islam menyedari akan nilai emas dan Perak akan tetapi mereka tidak berupaya bersuara untuk membantah, oleh yang demikian di sebabkan kertas sudah bersifat laku maka emas dan Perak dan sebagainya menjadi berkurangan kerana telah di bolot oleh kaum pemodal yang sangat jahat

Sebab itu apabila ada di antara negeri yang di bawah kuasa sebuah negara yang hendak memperkenalkan mata wang dinar emas maka mereka di halang melakukannya kerana yang menghalang itu sebenarnya adalah dari golongan kapitalis tersebut walaupun kelihatannya sebagai seorang islam yang arif tentang kedudukan emas dan perak

Bangsa yang mundur dari kalangan bangsa-bangsa di dunia ini adalah dari kalangan umat yang beragama islam, mereka lebih memburu kertas dari memburu emas dan perak kerana mentalitinya telah di jajah oleh golongan Kapitalis, pada hal apalah nilai sekeping kertas yang berharga tinggi dengan secubit emas yang berharga rendah

Emas tidak akan runtuh harga dan warnanya sekalipun ia tersimpan di dalam limbah, ia tetap bernilai dan berharga dan di minati oleh orang yang mampu menilai emas dan perak akan tetapi jika kertas di nilai dengan harga yang tinggi mana sekalipun apabila ia di letakkan di tempat selamat sekalipun maka ia tetap pudar di makan zaman tambahan lagi jika di dalam limbah

Oleh yang demikian adakah di antara manusia yang mampu untuk memperjuangkan nasib golongan yang kurang bernasib baik ini sehingga mereka mampu milik emas dan perak sebagai sumber kekayaan kepada mereka atau sekurang-kurangnya mereka mampu hidup sedikit kelapangan untuk meneruskan kehidupan

No comments:

Post a Comment