Assalamu'alaikum Wr,Wb
PELAJARAN KITA MASIH PADA BAB IFTIQAR (sambungan)
Sambungan bab Nafsu
Soalan:
Adakah pada nafsu itu tempat Syaitan menggoda manusia ?
Jawapan:
Sebenarnya Nafsu yang ada pada manusia itu adalah tempat yang telah di kenal pasti oleh Syaitan bagi mereka menyesatkan manusia, Syaitan mengelilingi hawa nafsu kerana ia sesuai dengan fitrah asal kejadian nafsu itu ialah untuk melakukan kecenderungan, minat, meransang, dan berkeinginan. dengan sifat ini maka sudah tentu Syaitan memerlukannya untuk di tunggangginya
Soalan:
Adakah kerana nafsu maka Adam dan Hawa serta orang lain menjadi musnah ?
Jawapan:
Pada dasarnya memang kerana hawa Nafsu akan tetapi dalam soal Adam dan Hawa Allah telah memperingatkan mereka terlebih dahulu tentang bahaya godaan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan Adam dan anak cucunya
Soalan:
Bolehkah Nafsu itu di persalahkan ?
Jawapan:
Nafsu itu adalah fitrah yang semula jadi yang Allah kurniakan kepada manusia, dia asalnya suci, dan dia tidak boleh di persalahkan seratus peratus, mana mungkin dia di salahkan demikian pada hal jika dia tidak di goda oleh iblis maka dia adalah bersih cuma nasibnya sahaja menjadi tempat yang di sukai oleh iblis, ertinya kerana iblis, bukan kerana nafsu
Soalan:
Jika demikian mengapa ia di letakkan oleh Allah di dalam jasad manusia ?
Jawapan:
Sebenarnya hawa Nafsu itu adalah punca manusia di tugaskan oleh Allah menjadi Khalifah di bumi, jika tidak kerana nafsu maka manusia tidak di katakan manusia dan tidak kita menjadi Khalifah dan sebagai makhluk yang semprna
Soalan:
Jika demikian secara total maka iblislah yang salah ?
Jawapan:
Memang iblis yang salah dan manusia hanya menerima takdir, walau apapun manusia boleh berikhtiar untuk menjauhkan bahaya dari serangan daripada iblis tersebut, selain dari amaran Allah kepada manusia tentang bahaya iblis tersebut Allah juga telah membekalkan Al Quran kepada manusia untuk panduan berbagai-bagai panduan selain daripada untuk melawannya
Soalan:
Adakah Adam telah di goda oleh iblis atau kerana nafsunya?
Jawapan;
Masalah Adam adalah kerana iblis yang menghasutnya supaya memakan pohon khuldi, walaupun pada peringkat awalnya Adan telah di peringatkan Allah supaya jangan hampiri pohon itu (khuldi) ertinya Adam telah di peringatkan oleh Allah dan akhirnya Adam terjerumus dengan hasutan iblis dan dia tidak mengindahkan amarah Allah, pada dasarnya jika Adam ingat akan larangan Allah maka ada kemungkinan dia tidak dapat di pengaruhi oleh iblis
Soalan:
Pada hawa nafsu Adam yang manakah telah di sentuh oleh iblis?
Jawapan:
Pada hawa Nafsu Amarah, Al Lawamah, Sawallah dan Natiqah
Soalan:
Adakah nas yang menunjukkan bahawa Allah telah memberi Amaran kepada Adam ?
Jawapan:
Amaran Allah itu seperti yang terdapat pada ayat 6 dari surah Al Fathir yang bermaksud " Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuhmu,kerana sesungguhnya Syaitan-syaitan itu hanya mengajak supaya menjadi penghunu Neraka Jahim
Bersambung......
No comments:
Post a Comment