SAMBUNG DARI MENGENAL DIRI YANG KE 86 (Masih dalam membicarakan ilmu Nafi dan Menafi)
Didalam ilmu ini selain dari yang telah diterangkan diatas maka sifat-sifat yang terdapat didalamnya termasuk juga dengan istilah Ujud (Nafsiyah) Tuhan pada kalimah لا dan istilah Qidam, Baqo, Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis, Qiyamuhu binafsih (Salbiyah) Dan sifat yang lain yang didalam ilmu اله ialah sifat Sama'a, Bashar dan Kalam (Ma'ani) dan sifat Samiun, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah) Jadi semuanya mengandungi 11 Sifat Kaya Allah (Istaghna)
Adalah diingatkan bahawa kesemua 11 sifat tersebut disebut sebagai sifat kerana ulama ilmu Tauhid tidak benarkan membicarakan soal Zat takut nanti manusia tidak akan kesampaian kepada memahamkan ilmu Zat tersebut sebab itu kita masih menyebut ilmu ini sebagai sifat, walau apapun jika kita teliti 11 sifat diatas maka kedudukannya adalah menjadi begini:
Nafsiyah itu adalah diri Tuhan yang bertaraf Zat (Laisa kamislihi syai un)
Salbiyah itu adalah sifat keagungan Tuhan (taraf zat) yang mutlak bagi dirinya sahaja (Asmaul Adhom)
Ma'ani itu adalah makhluk sebab dia berdiri kepada Zat (Tuhan) atau sifat berkehendakkan kepada Tuhan
Ma'anawiyah itu adalah sifat kebesaran Tuhan yang tarafnya zat yang ujudnya disebabkan (Asmaul Husna)
Timbul persoalan tentang wujud sifat Ma'ani diatas, mengapa ujud sifat Ma'ani didalam kumpulan Nafsiyah, Salbiyah dan Ma'anawiyah yang semuanya bertaraf Zat ! Disinilah kita perlu faham bahawa sifat Ma'ani diatas mempunyai rahsia yang sangat besar kerana ujud perhubungan diantara sifat makhluk dan juga sifat Tuhan yang menyebabkan ujudnya istilah Uluhiyah pada kalimah اله iaitu tauhid Uluhiyah yang mana perhubungan ini berdasarkan perhubungan asas yang awal iaitu sifat Sama'a, Bashar dan Kalam yang kemudiannya lazim melazimi dengan sifat Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah)
Sifat perhubungan awal diantara Tuhan dan makhlukNya disandarkan kepada fitrah bahawa Tuhan itu adalah PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI iaitu segala fitrah ilmu adalah berasaskan kepada sifat Mendengar, Melihat dan Berkata-katanya Allah yang kemudian dimuatkan didalam Kalamullah iaitu Al Quran iaitu Tuhan sangat memahami kerenah manusia dan hambaNya yang lain melalui rintihan sekalian makhlikNya sebelum sekalian makhlukNya dijadikan ini bererti segala-galanya adalah didalam ilmu Allah bagi sekalian urusan sebagaimana firmanNya: (Surah Ar Rahman ayat 29)
يسئله من فى السموات والأ رض كل يوم هو فى شأ ن
Maksudnya: Sekalian makhluk yang berada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)
Ayat diatas memungkinkan bahawa Allah mencipta dan mentadbir makhlukNya dengan amar KUN dengan ujudnya dua sifat iaitu sifat Jalal dan juga sifat Jamal yakni apabila bertemu diantara sifat Jalal dan sifat Jamal maka disanalah di isyaratkan Kun dan Fayakun, ini bererti dengan sifat Nafi dan menafi itulah ujud Tuhan yang menjadikan sesuatu (Tauhid Rububiyah)
Sambung ....
No comments:
Post a Comment