Monday, July 30, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 84

Salam

MENGENAL ILMU LA ILAHA ILL ALLAH (1)

Didalam Al Quran ayat 35 dari surah As Soffat Alah berfirman:



أنهم كا نو ا أذا قيل لهم لا اله الا الله يستكبرون

Maksudnya :   Sebenarnya dahulu apabila dikatakan kepada mereka (ketahuilah) Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, (kemudian) Mereka bersikap takbur mengingkarinya

Ayat yang diatas menunjukkan unjud nas yang mengesahkan adanya terdapat kalimah syahadah, berbagai-bagai andaian manusia tentang ayat syahadah ini, ada yang berpandangan yang ada hanya ayat yang menyebut  لا اله الا هو  sahaja dan ada yang sebut  انا الله  sahaja, walau apapun semua itu ada didalam Al Quran, apa yang penting ialah jangan kita jadi orang jahiliyah yang ketandusan ilmu yang suka membuat olah kerana ketaksuban kita atau kelemahan kita

Orang jahiliyah tidak menerima kalimah  لا اله الا الله  kerana mereka merasakan bahawa kalimah Tauhid yang dibawa oleh Baginda Rasullullah s.a.w itu berlainan bunyinya dengan loghat bahasa arab iaitu bahasa Quran selain mereka mempunyai Tuhan yang datuk nenek mereka sembah lalu mereka menuduh Baginda Rasullullah s.a.w sebagai seorang penyair yang gila, mereka hina rasul walaupun rasul yang perkenalkan kalimahTuhan, mereka hina Rasul walaupun Rasul perkenalkan Al Quran

Saya menganggap  ILMU MENGENAL LA ILAHA ILLALLAH  ini adalah sebagai mukaddimah kepada pengertian huruf dan kalimah tauhid  yang wajib difahami oleh semua lapisan dan golongan umat islam kerana kalimah ini adalah kalimah yang melahirkan asa-asas ilmu yang sangat meluas yang meliputi langit dan bumi sama ada ilmu asas kepada yang nyata mahupun yang ghaib, tentunya saya akan menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan dalan kontek istilah namun apa yang penting ialah ia akan melahirkan suatu kefahaman ilmu dan penilaiannya

Saya mungkin akan menggunakan kaedah sifat 20 dalam menganalisa kalimah Tauhid ini kerana saya tidak nampak cara yang lain untuk memburaikan maksud kalimah tersebut yang membawa kepada ketamadunan kehidupan manusia dan istilahnya, tidak ada umat islam yang berani mencari rahsia ilmu kalimah Tauhid itu melainkan hanya menyalahkannya sahaja seperti kaum Jahiliyah di Makkah dan Madinah dan disekitarnya yang tidak mahu menerima kalimah tersebut setelah diterangkan oleh Baginda Rasullullah s.a.w

Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dua ayat yang sama ma'ana akan tetapi berlainan maksudnya, ATAU  Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada tuhan melainkan Allah, mengapa boleh jadi begini ? Persoalannya mudah, kerana boleh jadi Tuhan itu bukan tuhan dan boleh jadi tuhan itu sebenarnya adalah Tuhan oleh sebab itu adalah penting kita mengenal huruf, ayat dan pengertiannya


Bersambung .....

No comments:

Post a Comment