Monday, July 30, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 80

Salam

TERSEMBUNYI

Apa-apa yang tersembunyi yang di ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia yang mesti di selidiki oleh umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan sehingga ia dapat di fahami dan menjadikannya ilmu untuk di amalkan serta pengakuan, sebagai contoh yang nyata apabila semua makhluk yang di jadikan Tuhan termasuk manusia maka manusia perlu mengkaji dirinya supaya mereka benar-benar faham bahawa mereka adalah manusia walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk yang Allah jadikan

Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan dengan menilai darjat-darjat yang ada, contohnya ialah dari makhluk menjadi manusia, dari taraf manusia menjadi insan, dari insan menjadi insan kamil, dari insan kamil menjadi insan kamil wa mukamil, Allah sentiasa melapangkan akal untuk memahami sesuatu, seterusnya sesuatu itu jika ada suruhan ataupun larangan maka di sana akan dapat kita jadikan batas dan sempadan ini tertakluk kepada keimanan seseorang

Istilah yang di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun bermunajat mengikut nas al quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan menghasilkan sesuatu yang dapat membawa faedah kepada manusia dalam hidup bertamadun mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan sesuatu yang kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah datang daripada Allah asalkan tidak bercanggah dengan asas quran dan hadis rasullullah saw

Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini:

Manusia terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang penting di antara keduanya ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah (Kullum min 'indillah) setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, sedangkan Allah itu adalah NUR kepada cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya, akan tetapi jika kita bawa kepada diri kita maka pengertiannya adalah lebih meluas lagi istilahnya

Sebagai contoh: diri manusia itu di sebut sebagai diri terdiri (jasmani) diri terperi (Ruhul Yaqazah) diri sebenar diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli (Insam Kamil) Apa yang kita fahami ialah apabila di sebut Ruhul Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil maka ia memahamkan kepada kita pada bab zat dan juga soal roh, yang inilah perlu di fahami oleh manusia

Persoalannya ialah adakah yang ghaib yang bertaraf zat dan roh itu terdiri daripada listrik positif (proton) ? atau listrik negatif (electron) ? yang mana kedua-dua ini apabila berpadu akan menghasilkan butiran-butiran atom, dan apabila ia dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen yang terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan neutron ?

Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton dan neutron juga dapat membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan perkara yang ghainb dan tersembunyi yang terdapat di dalam diri manusia sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan af'al Allah hasil dari penguasaan Zat Allah terhadap sekalian hambaNya

Kerana itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama ada menyebuat jika kita tak kenal diri maka mereka akan menjadi tidak sedar diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka ada cita-cita nak jadi Allah (syirik)

Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang salah

No comments:

Post a Comment