Assalamu'alaikum Wr,Wb
MENILAI ALAM YANG BERNILAI
Setiap kumpulan alam yang Allah jadikan masing-masing mempunyai nilai dan ETIKA yang tersendiri, hanya manusia yang dapat menilainya, sementara Allah telah menetapkan nilai dan ETIKA nyaMENILAI ALAM YANG BERNILAI
1. Adapun nilai alam Jamaad itu terletak pada kualiti, cara penggunaannya, nilai harga, cahaya, solidnya, warnanya dan juga ketahanannya
2. Adapun nilai alam Nami itu terletak pada penggunaannya, warnanya, ketahanannya, khasiatnya, alam ini banyak di gunakan dalam kehidupan manusia seharian dan ia mempunyai ETIKA yang tersendiri
3. Adapun alam Haiwan itu nilainya pada sifat dan sikapnya yang dapat di gunakan oleh manusia untuk memberi kesetabilan, ia ada mempunyai ETIKA yang tersendiri dan perlu pemantauan
4. Alam manusia terletak pada sikap dan sifatnya dengan mengambil kira pemikirannya, nilai perasaannya, nilai nyawanya, nilai nafsunya, nilai Rohnya dan juga nilai jasmaninya ia mempunyai ETIKA yang di tetapkan oleh Allah tanpa bantah
Berdasarkan apa yang di sebut di atas nyatalah manusia itu menguasai tiga jenis alam yang sepatutnya di pergunakan dengan sebaik-baiknya, penggunaannya adalah suatu amanah daripada Allah kepada manusia
KEGUNAAN TIGA JENIS ALAM
Manusia apabila telah mengenal alam yang bakal di gunakan untuk di pelihara dan di gunakan bagi keselesaan kehidupan maka sudah pasti alam tersebut menjadi rebutan manusia, dan dengan alam tersebut manusia jika tidak memahami ETIKA nya maka manusia akan menjadi bermusuhan sesama manusia
Kita dapat saksikan bahawa sering berlaku pembunuhan, perompakan, peperangan, yang hanya di sebabkan merebut alam yang bernilai tinggi tersebut juga akan berlaku perbuatan salah guna kuasa yang meruntuhkan nilai hidup manusia hingga ketaraf haiwan
Kita telah mengenal pasti kandungan alam Jamaad dan alam Nami yang menjadi rebutan, di antaranya ialah logam Emas, Perak, Suasa, besi, minyak, gas, Uranium, batu permata dari laut dan darat yang bernilai tinggi dan sebagainya dari alam Jamaad, sementara dari alam Nami ialah kayu kayan serta herba dari tumbuhan yang menjadi sumber pakaian dan makanan dan perubatan namun awas ! ada di antara yang telah tersedia itu yang halal dan haram sebagaimana firman Allah s.w.t menerangkan di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Katakanlah: Sudahkah kamu nampak baik dan buruknya sesuatu yang telah di turunkan oleh Allah untuk di manafaatkan sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagiannya adalah halal " (Surah Yunus ayat 59)
No comments:
Post a Comment