Assalamu'alaikum Wr,Wb
MEMBICARAKAN MASALAH AKAL MANUSIA DAN LEMBAGANYA
Akal adalah makhluk Tuhan yang tersangat tinggi nilainya ia mampu membawa manusia ke Syurga ataupun ke Neraka, Akal dan lembaganya adalah membezakan di antara kemanusiaan dan kehaiwanan, Akal jika di isikan di dalamnya dengan ilmu yang hak serta mengamalkannya maka manusia akan menjadi selamat, sebaliknya jika ia di isikan dengan ilmu yang batil atas godaan Syaitan walau tidak di amalkan sekalipun maka ia akan merosakkan manusia
Manusia hendaklah sedar bahawa lembaga akal yang ada pada setiap manusia itu di antara satu dengan yang lainnya adalah bekerjasama dengan rapat di antara satu dengan yang lainnya, sebagai contoh jika manik menerima isyarat daripada panca indera sama ada secara melihat, merasa, penciuman (bau) , percakapan, sentuhan, atau mendengar maka ia secara langsung akan melahirkan ilmu sama ada ilmu yang batil ataupun hak, demikianlah luasnya sumber ilmu yang di perolehi oleh akal tersebut sehinggakan daripada desiran angin dari pokok dan sebagainyapun akan melahirkan ilmu
Soalan:
Adakah Akal itu makhluk ?
Jawapan:
Akal adalah makhluk yang tinggi nilai kejadiannya, ia di ibaratkan sebagai makhluk yang tersangat mustahak di dalam kehidupan manusia, dia juga di katakan sebahagian makhluk yang awal Allah jadikan
Soalan:
Bagaimanakah ia memperoleh ilmu ?
Jawapan:
Ia memperolehi ilmu melalui penglihatan, pendengaran, penciuman (bau), sentuhan dan sebagainya
Soalan:
Berapa jenis ilmu yang tersimpan di dalam akal ?
Jawapan:
Ada empat jenis ilmu yang terdapat di dalam akal, Ilmu yang hak dari sumber yang hak, ilmu yang batil dari sumber yang batil, ilmu yang ragu kesahihannya dan ilmu dari ilham dan laduni sama ada di perolehi secara laduni,taufik dan hidayah atau mimpi yang benar
Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu di tempatkan pada satu tempat ?
Jawapan:
Setiap ilmu di simpan mengikut perjenisan ilmu, ia tidak di simpan di satu tempat secara bercampur gaul
Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan yang batil itu sentiasa aktif ?
Jawapan:
Ilmu yang tersimpan pada lembaga akal Manik adalah mengikut katagori yang terdahulu dan terkemudian, ada kalanya ilmu yang terdahulu ada berkait dengan ilmu yang terkemudian, apabila ini berlaku maka ilmu tersebut menjadi aktif berganda jika tiada berkait maka ilmu yang terkini saja yang aktif, demikianlah keadaannya sama ada ilmu yang hak atau yang batil dan ini bergantung pada dorongan hawa nafsu sama ada hawa nafsu yang baik ataupun hawa nafsu yang tidak baik
Soalan:
Adakah ilmu yang hak dan batil itu akan melahirkan tindakkan ?
Jawapan:
Tidak semestinya ilmu yang hak dan yang batil itu akan melahirkan tindakkan yang di ikuti dengan perbuatan kerana setiap ilmu ada dengan keperluan dan ilmu penangguhan serta ilmu yang tidak perlu di laksanakan kerana tiada keutamaan, ia bergantung kepada kebebasan atau halangan yang mungkin membawa resiko, dan ada ilmu yang telah terlalu lama tidak di laksanakan kerana menghadapi sebab-sebab namun ia tetap mengikut jangka masa ia di lakukan atau tetap di simpan di dalam manik dan ia menjadi sentiasa di ingati, ilmu ini termasuk dalam katagori azam yang tergendala
No comments:
Post a Comment