Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 41

Assalamu'alaikum Wr,Wb

TERKELIRU ATAUPUN DI KELIRUKAN

ILAHIYAH
Ilmu Ilahiyah ini di katakan berkait rapat dengan ilmu martabat tujuh iaitu salah satu dari jurus ilmu kebatinan yang selalu di perkatakan oleh orang-orang yang mempelajari tarikat atau tasauf. Bukan semua ilmu tasauf itu benar dan bukan pula semuanya salah melainkan jika ada di kalangan pengamalnya melanggar atau menafikan perkara yang telah di putuskan oleh hukum syarak
Ilmu ini misalnya WAHDATUL WUJUD, fahaman ini di katakan oleh kebanyakan para ulamak ahli sunah sebagai menyeleweng kerana di katakan semua benda pada hakikatnya adalah Tuhan yang masuk ke dalam tubuh manusia, ertinya Tuhan itu manusia dan manusia itu Tuhan, Tuhan itu boleh di lihat di mana-mana, fahaman ini juga di katakan di anuti oleh syiah, tidak pula di katakan syiah yang mana satu di antara golongan syiah tersebut kerana golongan syiahpun ada golongan yang tertentu misalnya:
1. Golongan Ghulat
Golongan ini di katakan telah melakukan perkara yang melampau dan suka membuat huruhara
2. Golongan Imamiyah
Golongan ini adalah golongan yang sederhana, boleh bertolak ansur dalam semua perkara
3. Golongan Zaidiyah
Golongan kaum syiah yang terbesar dan paling dekat dengan golongan yang memegang ahli sunah wal jama'ah
Ketiga-tiga golongan syiah ini di katakan menganut fahamanWahdatul Wujud dengan maksud di atas. Di Makkah golongan ini semasa mengerjakan ibadat haji mereka di tanya sama ada mereka berfahaman bahawa Allah itu bersatu dengan manusia dan Tuhan menjelam di dalam batang tubuh mereka ? Mereka menjawab agak panjang lebar dan menggunakan nas Al Quran di antaranya:

Maksud firman Allah:

Dan Dia beserta kamu di mana juga kamu berada, dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan (Al Hadid ayat 4)
Di terangkan kepada penulis maksud ayat yang di atas tidak menunjukkan Allah dan manusia bersekutu akan tetapi beserta, jika kami berfahaman bahawa antara Allah dan kami bersekutu maka apa perlu kami datang ke mari mengerjakan ibadat haji jika kami sendiri Tuhan yang bersekutu, di antara mereka pula ada yang menjawab agak keras " Janganlah membuat fitnah dan mengecap kami sebagai kafir"

Kemudian mereka membacakan ayat Al Quran dari surah Qof ayat 16 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dan Kami mengetahui apa yang di bisikan hatinya kerana Kami lebih dekat kepada daripada urat leher"
Mereka terangkan bahawa ayat yang di atas menerangkan bahawa manusia di jadikan, ertinya kami adalah makhluk yang di jadikan, dan mazhab kamu jangan salah sangka dengan kami dan kamu jangan taksub dengan mazhab kamu kerana mazhab kamu sendiri yang tidak cenderung dengan hukum Tuhan dan mempermainkannya, penulis terpaksa diam kerana telah terbukti dengan tuduhannya

Apabila di tanya tentang Tuhan berada di mana-mana, lalu mereka membacakan ayat Al Quran yang bermaksud:

" Kepunyaan Allah lah timur dan barat, lantara itu kemana saja kamu menghadap maka di sanalah ada wajah Allah" (Al Baqarah ayat 115)

Kemudian mereka terangkan tentang WAJHULLAH dengan maksud penyaksian wujudnya Allah di mana-mana di seluruh alam langit dan bumi tanpa ada prangsangka buruk dan mereka memberi contoh ayat Al Hadid 3 yang bermaksud:

" Dialah yang awal dan Dialah yang akhir,Dialah yang Zahir dan dialah yang Batin "
Ayat yang di atas mereka fokuskan pada perkataan Waz Zahiru (Dialah yang Zahir) iaitu penyaksian Allah yang Zahir yang berprinsipkan keyakinan yang di tanam di dalam hati bahawa yang Zahit itu sangat hampir di sekeliling kamu iaitu apabila kamu dapat melihat Af'alNya di mana-mana saja apa yang bergerak adalah kerja Tuhan sambil mereka bertanya kepada penulis:

" Apakah kamu mampu bergerak jika tanpa di gerakkan oleh Allah ? Maka yang bergerak itulah Qudrat dan Iradat Tuhan (Af'al Allah) namun bukanlah alam-alam itu af'al Tuhan akan tetapi gerak tersebut, maka di sinilah penulis di beritahu bahawa konsef musyahadah (penyaksian) yang mereka katakan menambahkan kita lebih hampir kepada Tuhan, lalu mereka bacakan konsef musyahadah kepada penulis yang bermaksud: " Penyaksian yang satu kepada yang banyak, dan penyaksian yang banyak kepada yang satu "
Apabila ayat tersebut di bacakan maka penulis mula berhati-hati kerana ia akan berfahaman Wahdatu Wujud, ini kerana penulis masih lagi terbelenggu dengan momokan Wahdatul Wujud, mungkin ada di kalangan kaum syiah yang melampau iaitu golongan Ghulat namun mereka tidak membawa kepada fahaman Wahdatul Wujud pada kefahaman ayat yang di atas akan tetapi di nyatakan kepada Wahdatul Syuhud yang membawa kepada Al Wujud 'Ain aiaitu Al Wujud adalah kenyataan maujud ertinya adanya alam-alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan adanya Penciptanya, kemudian barulah penulis menarik nafas yang panjang tanda kelegaan dan kamipun berpisah bersalam-salaman tanda bermuktamar di bumi Makkah

Pada pandangan penulis jika mereka dari golongan syiah ini kafir maka tiada hak bagi mereka menunaikan rukun haji dan kerajaan Arab saudi boleh menghalang mereka dan seluruh umat islam patut membantah

No comments:

Post a Comment