Assalamu'alaikum Wr,Wb
MASALAH TENTANG ROH
KITA TERUSKAN PELAJARAN KITA YANG MASIH DI SEKITAR ILMU IFTIQAR, PADA KALI INI KITA AKAN BERBINCANG TENTANG ROH YANG ADA DALAM BATANG TUBUH MANUSIA
Lazimnya apabila kita bercakap tentang Roh maka di sana ada pro dan kontra, ada yang berpandangan ia tidak boleh di perkatakan kerana ia URUSAN ALLAH, ada lagi satu kumpulan mengatakan boleh di perkatakan kerana ia adalah makhluk Allah yang di letakkan oleh Allah di dalam badan manusia kerana itu manusia boleh mengenal dan membincangkannya
Saya dengan cara yang terbuka dan baik sangka kepada semua pehak sama ada yang mengatakan tidak boleh bincang kerana ia urusan Tuhan atau boleh bincang kerana ia adalah makhluk Tuhan, bagi saya ia boleh di bincangkan dan saya tidak mahu ilmu berkenaan Roh ini di sempitkan sebab itu orang islam mundur
Alasan boleh di bincangkan:
1. Kerana Roh ada di sebut dalam Al Quran Bani Isroil ayat 85
2. Kerana ayat Al Quran adalah HUDAN (petunjuk) Al Baqarah ayat 2
3. Kerana ada perintah supaya manusia tahu daripada ap ia di jadikan At Thoriq ayat 5
Cukup lah dengan 3 alasan tersebut
ROH DAN PERANANNYA
Roh adalah makhluk yang Allah jadikan berunsur ghaib, ia adalah salah satu makhluk yang berada pada komponen ROHANI, setiap manusia ada mempunyai Roh, tugas Roh di dalam batang manusia ialah untuk memberikan tenaga kepada jasmani, ertinya jika pada batang tubuh manusia tiada Roh maka tubuh manusia menjadi kaku dan lemah
Roh yang berada di dalam batang tubuh manusia menyebabkan manusia dapat bergerak, asal kejadian Roh daripada Allah (NUR) kejadian yang sebenarnya tidak di sebut oleh Allah di dalam Al Quran, Roh ada awal permulaan kejadiannya, dengan adanya Roh juga maka daging, tulang, urat, rambut dan roma menjadi berkembang dan menumbuh biak serta mematangkan sekalian batang tubuh, Roh tidak akan mati dan rosak selagi Isrofil tidak meniupkan sangkakala
Sekiranya batang tubuh manusia menjadi cacat ataupun rosak atau cacat semula jadi maka Roh tetap tidak mengikut rosak dan cacat, Roh memenuhi setiap ruang jasmani manusia dan Roh di kuasai dan di gerakkan oleh sifat Qudrat Allah s.w.t. Apabila Roh bergerak maka ia pasti berkait dengan nafsu dan juga akal manusia, ketiga-tiga makhluk ini di namakan RUHUL YAQAZAH
Soalan:
Adakah Roh boleh bergerak dengan sendirinya ?
Jawapan:
Roh tidak boleh bergerak dengan sendirinya tanpa di gerakkan oleh Allah
Soalan:
Adakah Roh akan bersendirian di dalam batang tubuh manusia?
Jawapan:
Roh tidak akan bergerak jika tiada di dorong oleh nafsu dan akal, dan akallah yang menjadi pengarah kepada Roh tersebut
Soalan:
Adakah Akal itu lebih mulia daripada Roh?
Jawapan:
Akal lebih mulia daripada Roh sebab akallah yang menilai kerja Roh
Soalan:
Apakah benar Roh tidak boleh di bincangkan ?
Jawapan:
Tidak benar kerana agama memerintahkan "fikirkanlah tentang makhluk dan jangan kamu fikirkan tentang Zat dan Roh bukan Zat
Soalan:
Apakah maksud Roh Urusan Allah?
Jawapan:
Maksudnya Roh itu di uruskan oleh Allah, demikian fahaman yang soheh, ini kerana Roh itu adalah berasal dari ilmu sifat Qahar ertinya di kuasai, ini bererti Roh di ibaratkan sebuah handphone yang tidak berdaya dan upaya, demikian juga dengan akal dan nafsu
No comments:
Post a Comment