Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI 10

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Kita teruskan pelajaran hari ini dengan perbincangkan sifat 20 di bahagikan kepada 4 bahagian dan maksud di dalamnya

Soalan:
Mengapakah sifat 20 itu di pecahkan kepada empat bahagian?

Jawapan:
Di pecahkan kepada empat bahagian ialah kerana hendak mengenal yang mana satu yang qadim dan yang baharu, ertinya hendak mengenal yang mana satu Zat, Asmak dan sifat
Soalan:
Apakah maksud empat bahagian tersebut?

Jawapan:
Maksud empat bahagian itu ialah:

1. Nafsiyah = Erti Nafsiyah ialah menunjukkan ujud diri Tuhan
2.Salbiyah =Menunjukkan ujud sifat ke Agungan Tuhan yang membezakan keadaan makhluk dan Tuhannya
3. Ma'ani = Ma'ani menunjukkan makhlukNya
4. Ma'anawiyah = Menunjukkan ujud nama Tuhan yan baik (Asmaul Husna)
Soalan:
Apakah maksud Salbiyah yang menunjukkan keagunganNya?

Jawapan:
Dengan adanya sifat Salbiyah itu menunjukkan bahawa Dia adalah berbeza dengan makhluk ciptaanNya
Soalan:
Apakah perbezaan antara Asmaul Adhom dengan Asmaul Husna?

Asmaul Adhom adalah sifat ke Agungan yang mutlak bagi diri Zat, sementara Asmaul Husna adalah sifat yang baik yang di timpakan oleh Allah untuk melaksanakan takdirnya
Soalan:
Apakah Asmak Tuhan Yang Paling agong?

Jawapan:
Asmak Tuhan yang paling agung ialah kalimah Allah kerana ia merangkumi maksud Zat,Asmak,sifat dan juga af'al

1 comment: