Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 30

Assalamu'alaikum Wr,Wb

MASIH BAB IFTIQAR

NUR YANG MENGUBAH SIKAP

Tiada manusia yang merasa beruntung melainkan kepada orang yang di berikan oleh Allah hidayah, hidayah itu di letakkan oleh Allah pada Akal dan akal pula berasal daripada Nur, dan Nur itu sebenarnya adalah ilmu, dan ilmu sebenarnya adalah kalam Allah, dan kalam Tuhan itu hanya di milikki oleh orang islam yang beriman dan mukmin

Kadangkala manusia tidak menyedari apa yang di perolehinya itu sesuatu yang menjamin kehidupannya menjadi kekal di Syurga kerana terlalu lama ia hidup dalam keadaan jahiliyah, akalnya tidak terfikir mahu hidup sebagai seorang mukmin, sebagaimana kaum Yahudi yang tahu mereka telah melakukan kesilapan dan mereka tahu bahawa mereka telah mengakui kebenaran akan tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah diri mereka kerana takut di pulau oleh bangsanya yang sesat

Mereka telah membaca kitab taurat dan zabur dan mereka dapat memahami kebenaran daripada Allah dan mereka faham bahawa alam di keliling mereka semuanya tidak benar dan mereka juga faham bahawa mereka adalah salah dan kasbi ( orang yang terhijab dari kebenaran) dan mereka juga sangat faham bahawa keturunan mereka ramai yang di angkat menjadi nabi, dan mereka tahu bahawa bangsa mereka pernah di muliakan oleh Allah akan tetapi mereka tetap sesat kerana akal mereka tiada Nur

No comments:

Post a Comment