Assalamu'alaikum Wr,Wb
Merujuk kepada Al Quran surah Al Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang bermaksud Allah dengan izinNya memasukkan Al Quran ke dalam hati manusia dan dada manusia maka kali ini kita menyingkap suatu rahsia yang tidak pernah atau selalu di perkatakan oleh kebanyakan para alim dalam keilmuan Al Quran ini kerana Al Quran yang di maksudkan oleh Allah s.w.t ini bukanlah berbentuk kitab yang berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk jauhar yang sukar untuk di lihat dengan mata kasar akan tetapi ujud dengan fungsinya sebagai IMAM atau pemimpin sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur atau berbentuk Hablillah (tali Allah)
Pada pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah berbentuk Jirim,Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah berbentuk bentuk dalam istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka kita lebih cenderung menyatakan bahawa Al Quran tersebut adalah berbentuk zat, kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di ujudkan oleh Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di samping ia adalah IMAM atau pemimpin sebagaimana jawapan yang tepat kepada soalan Mungkar dan Nangkir, oleh kerana ia IMAM maka ia adalah makhluk yang bertaraf zat
Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya oleh Allah s.w.t (Bani Isroil ayat 85 dan 86) Maka yang menjawab soalan tersebut ialah yang menjadi ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu, ia adalah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali sebagai nyawa atau Nafsin kepada sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka dialah juga di kenali sebagai makhluk La Yakhluqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu) An Nahl ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah ataupun diri kebatinan manusia yang sebenar ataupun di kenali sebagai diri sebenar diri yang tidak menanggung dosa, ini jika kita faham tentang istilah Ruhul Hayat ataupun Sir kepada Allah
Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari guru yang faham tentang ilmu yang khusus ini, di sebabkan ia adalah makhluk bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu maka ia tidak terkecuali dari beribadat kepada Allah s.w.t , kerana itu ia beribadat dengan nama shuhud kepada Wahdah dan juga kasrah dan sir ini jugalah yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat mengenal diri dan Tuhan, dan dia jugalah yang di kenali seagai INSAN yang sempurna yang tidak ada cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang lebih luas tentang ilmu ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu di mulakan dengan istilah yang bersangkut dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas yang menjadi sumber ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur dan Shuhud dan berkait rapat pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af'al, ertinya ia datang daripada istilah Asmak Allah
No comments:
Post a Comment