Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 34

Assalamu'alaikum Wr,Wb

INSAN adalah diri sebenar diri manusia, ia menjadi nyawa kepada jasad manusia, ia berbentuk nafas yang tidak berupa apa jugapun atau di katakan sebagai rahsia atau Sirullah (rahsia Allah) di sebut juga oleh orang yang mempelajari ilmu ini sebagai Al Insani sirri wa ana sirrahu (Insan itu rahsiaku dan Akulah rahsianya)
Adapun Insan atau nyawa itu pada awalnya tidak di sertai oleh nafsu, ertinya ia bertaraf malaikat, ertinya hanya dia semata-mata, ia adalah rahsia kepada jasad dan tidak mati, yang mati itu adalah jiwa dan hawa, selain itu ia tidak tidur-tidur atau berehat, dia mengenal rupa wajah jasad tempat dia tinggal

ASAL USULNYA

Nyawa berasal daripada Allah iaitu Nur Zat Allah, kemudian dia di kenali sebagai nyawa Nur Muhammad ertinya Nur yang terpuji yang bersifat sempurna yang kemudiannya di kenali sebagai Ruhul Quddus yang bersifat Roh, ertinya menjalankan urusan TuhanKu, daripadanya di kenali sebagai nyawa Insan (yang tidak berkait dengan jasad manusia)

Daripada nyawa insan di jadikan pula nyawa malaikat, daripada nyawa malaikat di jadikan pula nyawa jin, kemudian jika ia tidak patuh maka di jadikan pula nyawa syaitan, daripada nyawa syaitan di jadikan pula nyawa sekalian binatang, daripada nyawa binatang di jadikan pula nyawa sekalian tumbuh-tumbuhan

Adapun anasir Muhammad itu ialah dari wujud, Ilmu, Nur, Shuhud, asal wujud berasal daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada asmak, dan asal shuhud daripada Af'al, ertinya semua itu adalah daripada Allah

Soalan:

Apakah yang di maksudkan Sirri?

Jawapan:

Maksud Sirri itu ialah rahsiaKU, ini membawa kepada maksud keadaan Insan itu tidak berupa apa jugapun, ibarat rupa angin secara kefahaman yang kasar, ertinya kita tidak dapat nak menyatakan bagaimanakah rupa angin tersebut, akan tetapi angin bukanlah Tuhan, samalah istilahnya dengan Jisim dan Jirim yang terdiri dari Jauhal Fardhi ( benda yang tersangat kecil yang tidak dapat di bahagi-bahagikan kerana tersangat kecilnya)

Soalan:

Mengapakah ia di katakan bertaraf malaikat?

Jawapan:

Ia bertaraf malaikat kerana ia tiada nafsu beserta dengannya

Soalan:

Bilakah ia berserta dengan nafsu?

Jawapan:

Apabila ia di namakan atas satu nama iaitu Rohani, namun walau apapun ia ada kerja yang wajib di laksanakan dengan tersendiri tanpa nafsu dan nama ini di kenali sebagai Ruhul Hayat, demikianlah jika mengikut adat (Fitrah asalnya)

Soalan:

Boleh ataupun tidak jika katakan dia sebagai raja segala nyawa?

Jawapan:

Benar, sebab daripadanyalah asal usul segala nyawa sekalian makhluk yang Allah jadikan

Soalan:

Adakah segala gerak dan diamnya datang daripada Allah?

Jawapan:

Benar, segala gerak dan diamnya adalah daripada Allah sebab dia adalah makhluk, walaupun ia bertaraf zat La yakh luqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu)

Soalan:

Dalam keadaannya yang tanpa sifat bagaimanakah ia mengenal jasadnya?

Jawapan:

Dia memang mengenal wajah sarangnya atau jasadnya ini kerana ia masih mempunyai sifat sama'a, bashar dan kalam inilah secara rengkasnya ilmu ini

No comments:

Post a Comment