Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI KE 11

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Pelajaran yang ke 11 ini kita perkenalkan istilah TAKLUK di dalam ilmu sifat 20, ilmu ini kita buat satu analisa dalam bentuk soal dan Jawab

Soalan:
Apakah yang di maksudkan Takluk tersebut?

Jawab
Maksud Takluk ialah menuntut sifat kepada perbuatan yang bertambah

Soalan:
Mengapakah ujud istilah Takluk dalam ilmu sifat 20?

Jawapan:
Maksud istilah Takluk ujud pada ilmu sifat 20 ialah kerana fitrah sifat (makhluk) yang sentiasa berkehendakkan peningkatan segala perbuatan kerana ujudnya nafsu pada manusia

Soalan:
Takluk itu melibatkan kepada sifat apa?

Jawapan:
Takluk itu melibatkan kepada sifat ma'ani yang tujuh, iaitu Qudrat,Iradat,Ilmu, Hayat, Samak, Basar dan Kalam

Soalan:
Melibatkan yang bagaimana sifat Ma'ani itu pada istilah Takluk?

Jawapan:
Takluk melibatkan:

1. Sifat Qudrat dan Iradat itu tidak ter Takluk bagi DiriNya akan tetapi ter Takluk kepada yang lain

2. Sifat Ilmu dan Kalam ter Takluk bagi DiriNya dan ter Takluk juga kepada yang lain

3. Sifat Hayat tidak ter Takluk bagi DiriNya dan tidak ter Takluk kepada yang lain

4. Sifat Samak dan Basar ter Takluk ia kepada sekalian yang maujud

Soalan:
Apakah maksudnya sifat Qudrat dan Iradat itu tidak ter Takluk bagi DiriNya tetapi ter Takluk kepada yang lain

Jwapan:
Di sebabkan sifat Qudrat dan Iradat itu adalah makhluk, maka wajar makhluk menuntut kepada perbuatan yang bertambah, lagipun kedua sifat ini ada beserta nafsu dengannya

Soalan:
Di mana letaknya nafsu pada kedua sifat ini?

Jawapan:
Adanya nafsu pada sifat ini ialah pada sifat Iradat

Soalan:
Bukankah kedua-dua sifat ini lazim melazimi dengan sifat Ma'anawiyah?

Jawapan:
Sekalipun kedua-dua sifat ini lazim melazimi dengan sifat Ma'anawiyah akan tetapi dalam ilmu Takluk ini hanya membicarakan tentang masalah istilah sifat Ma'ani sahaja

Soalan:
Bukankah Allah s.w.t itu memiliki sifat Qadirun dan Maridun, Apakah kedua sifat itu tidak perlu di tngkatkan?

Jawapan:
Kedua-dua sifat Allah itu bukannya makhluk akan tetapi sifat Tuhan, hanya makhluk sahaja yang perlu di tingkatkan perbuatannya kerana mereka memiliki Tuhan yang berhak menilai mereka, jika Tuhan memerlukan peningkatan kepada perbuatan yang bertambah maka tentu ada Tuhan lain selain daripadaNya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Pada pelajaran ini kita sambung bab Takluk (menuntut sifat kepada perbuatan yang bertambah)

Soalan:
Mengapa Ilmu dan Kalam tertakluk bagi DiriNya dan tertakluk juga kepada yang lain?

Jawapan:
Setiap manusia Allah kurniakan kepada mereka Akal, Akal adalah tempat Ilmu, dan ilmu pada setiap manusia itu wajib di pertingkatkan dari masa kesemasa, dan jangan belenggu Akal untuk di isi ilmu di dalamnya, dan ilmu pula wajiblah daripada kalam Tuhan, apabila manusia berilmu maka ia wajiblah di hayati dan di amalkan, dari perbuatan mengamalkan ilmu itu maka Allah akan memberikan ilmu yang belum mereka ketahui, ertinya Allah juga meningkatkan ilmu untuk sekalian hambaNya yang soleh seumpama ilmu taufik,hidayah dan laduni
Soalan:
Bukankah Allah memilikki ilmu yang banyak, sehinggakan tujuh lautan di jadikan dakwatpun ilmu tersebut takkan habis di tulis?

Jawapan:
Bukan perkara habis ataupun tidaknya ilmu Allah, soalnya Allah juga menuntut kepada ilmu yang bertambah untuk hambanya, sama ada di berikanNya kelebihan atau Allah mempertingkatkan ilmuNya kepada manusia
Soalan:
Apakah alasan yang paling menesabah Allah perlu meningkatkan ilmuNya?

Jawapan:
Alasan yang paling menesabah ialah apabila ada permohonan do'a daripada seseorang hamba untuk di makbulkan maka itu bermakna Allah meningkatkan ilmuNya kepada manusia, ertinya di sinilah peranan sifat melazimi sifat ilmu itu turut di sertakan oleh sifat 'Alimun Allah s.w.t
Soalan:
Mengapa sifat Hayat tidak tertakluk kepada DiriNya dan tidak Ter Takluk kepada sekalian hambaNya?

Jawapan:
Sebab sifat hayat tidak tertakluk kepada diriNya ialah kerana Allah s.w.t tidak memerlukan nyawa untuk hidup dan di pertingkatkan, pada diri manusia demikian juga, ini menyebabkan manusia perlu menilaikan dirinya serta mengenal dirinya, ini kerana manusia ada mempunyai empat istilah diri, pertama diri TERDIRI, kedua diri TERPERI, ketiga diri SEBENAR DIRI, dan yang ke empat DIRI TAJALLI

Soalan:
Di antara diri yang di atas diri yang mana sifat hayatnya tidak perlu di pertingkatkan?

Jawapan:
Setiap diri sifat hayatnya tidak perlu di pertingkatkan kerana sifat hayat tersebut melibatkan soal zurah-zurah yang tidak dapat di lihat dan bertaraf zat yang tidak menjadikan, mungkin ia terdiri dari mulikul-mulikul yang bertaraf tidak memerlukan peningkatan, pada bab ini akan kita bawa kepada pelajaran yang akan datang kerana perkara nyawa ini melibatkan soal ke imanan dan makhluk yang bertaraf SIRULLAH
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sambungan takluk kepada sifat Hayat...........

Soalan:
Apakah sifat Hayat yang di atas bersifat makhluk?

Jawapan:
Sifat Hayat di atas adalah bersifat makhluk akan tetapi bertaraf zat
Soalan:
Apakah nama makhluk tersebut dan bagaimana dia boleh bertaraf Zat?

Jawapan:
Nama makhluk yang bertaraf Zat tersebut ialah RUHUL HAYAT dan dia bertaraf zat kerana keadaannya TIDAK MENYERUPAI APA JUAPUN dan dia pula di kenali sebagai LA YAKHLUQU iaitu zat yang tidak menjadikan sesuatu

Soalan:
Jika dia bertaraf zat apakah ia sebahagian daripada Allah atau Zat Allah?

Jawapan:
Sebenarnya ilmu ini perlu di pelajari dengan berjumpa dengan guru yang arif tentangnya, sebenarnya dia bukan sebahagian daripada Zat Allah akan tetapi dia adalah datang daripada Allah dan dia adalah beserta dengan Allah, dia berada di dalam setiap jasad manusia yang di kenali sebagai NYAWA atau nafas (Nafs)

Soalan:
Adakah dia menanggung dosa?

Jawapan
Dia tidak menanggung dosa kerana besertanya tiada nafsu

Soalan:
Adakah dia beribadat kepada Tuhan?

Jawapan:
Dia wajib beribadat kepada Tuhan, dan dialah yang di kenali sebagai DIRI SEBENAR DIRI kepada manusia, dia beribadat kepada Allah dengan mengamalkan SHUHUD iaitu mengingat Allah tanpa henti-henti semasa berada di dalam tubuh manusia, amalan itu di namakan MUSHAHADAH iaitu Pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu

Soalan:
Adakah nyawa itu mempunyai darjat?

Jawapan:
Nyawa mempunyai darjat apabila ia memahami ilmu shuhud, ilmu shuhud ini di kaitkan dengan istilah sain dalam pelajaran yang berkait dengan istilah Atom,Neutron,Molikul, Elektron,Proton,Neukles dan sebagainya, ia sangat menarik jika kita pelajari dengan bersunggoh sungguh, dan dari ilmu ini lah seseorang itu boleh berhubung dengan seseorang tanpa alat hand phone, sila rujuk pelajaran yang lepas TEKNOLOJI HAND PHONE ZAMAN DULU

Soalan:
Adakah Ruhul Hayat dengan Ruhul Yaqazah ini berlainan darjat?

Jawapan:
Kedua-duanya mempunyai darjat yang berlainan, Ruhul Hayat bertaraf Zat La Yakhluqu dan Ruhul Yaqazah adalah bertarah Ruh semata-mata (Zurah-zurah) atau molikul-molikul dengan ketetapan daripada Allah ia bertaraf Ammar Rabbi

Soalan:
Bagaimana dengan sifat Samak dan Bashar?

Jawapan:
Sifat Samak dan Bashar ter Takluk kepada sekalian yang ujud dari seluruh makhluk ciptaan Tuhan kerana ia adalah sebahagian alat mengkukuhkan perbuatan yang bertambah untuk meninggikan darjat setiap hamba

No comments:

Post a Comment