MENCARI YANG TERSIRAT (sambungan)
MENTAUHIDKAN ZAT
Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan bahawa tiada seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan tentang penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah di anggap sudah gila atau pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingkan dengan segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya sekalipun, yang cuba mencari-cari rahsia Zatnya atau menyelidik keadaanNya pasti akan kecundang dan tersungkur kerana ada larangan daripadaNya sebagaimana firmanNya
Maksudnya: Allah mencegah kamu daripada mengenal Dirinya (Zatnya)
(Ali Imran 30)
Dan sabda Rasullullah saw menyatakan dalam sebuah hadisnya:
Maksudnya: Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jangan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan sebab itu kamu Akan binasa
(HR Abu Naim dan Tabrani)
Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikki tentang perkara yang tersurat dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan umatnya supaya tidak menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana bagaimana hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah swt maka hasilnya adalah kosong kerana tiada seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada surah Asy Syam ayat 11 Allah berfirman
Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha melihat
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu (Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada lagi yang memerah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang tidak mahu membazirkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujudnya bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya dengan Zat Nafsiyah itu paling hampir dan tidak pernah bercerai
TAUHIDUL ASMAK
Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan nama-nama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami akan setiap kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang paling agong ialah ALLAH, yang mana nama tersebut mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau nama-namaNya yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’alNya, kesemuanya ini wajib di ketahui supaya manusia khususnya terelak daripada melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini kerana dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak Allah untuk mentadbir makhlukNya, dan ia adalah bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki kebesaran dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al A’araf ayat 180
Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka kerjakan
Ayat di atas menunjukkan kuasa yang telah di tetapkan oleh Allah swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut nama-namaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh “ Ya Allah Ya Rahman” (Wahai Tuhan yang amat Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah ganti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman adalah sikap sifat Zat yang Pengasih, jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah kita akan melupai akan diriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja untuk kepentingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan mengqadamkan Asmak Allah tersebut
No comments:
Post a Comment