Monday, July 30, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 78

Salam

ولا تقربا هذه الشجرة

Dan jangan kamu berdua mendekati pohon itu (Al Baqarah 35)

Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan, Adam dan juga siti Hawa di peringatkan oleh Allah s.w.t supaya JANGAN mendekati pohon itu, ayat di atas samalah juga dengan ayat larangan Allah kepada bani Adam "Jangan kamu hampiri zina"

Adam dan siti Hawa di berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan makanan apa saja dari syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan siti Hawa merdeka di situ, namun kemerdekaan yang di berikan tidak bermakna jika tiada peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh dan ada larangan supaya mereka dapat kemerdekaan seratus peratus

Andai semua kebebasan itu ada penghalangnya maka kebebasan akan hilang dan kerugianlah yang akan di tanggung dan penyesalanlah yang akan dapat, ini adalah suatu fitrah yang perlu di fahami sampai bila-bila demikianlah juga dengan erti kemerdekaan dan kemerdekaan tidak menjadi sempurna jika tiada pantang dan larang

Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ? Jawapannya mudah kerana fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan dan kepercayaan, di sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan oleh Allah untuk menguji Adam dan Hawa

Iblis yang berdendam terhadap Adam dan Hawa berjaya menjalankan tugasnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang akhirnya dia berjaya mengeluarkan mereka daripada syurga kerana mengikut kata Iblis dan mengabaikan larangan daripada Allah, maka di sinilah Iblis menunjukkan sifat takbur kali yang kedua, sekali ketika bangga dengan asal usulnya daripada api dan kedua kerana berjaya menyesatkan Adam dan Hawa

Di tipunya Adam dengan kata-kata هل اد لك على شجرة الخلد وملك لا يبلى ( Wahai Adam, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang berkekalan dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan bujukan Iblis itu maka Adam dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal dan tidak binasa

Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka berdua lalu berlakulah apa yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di fahami, namun ingat ! bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar perintah Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa pohon yang di maksudkan adalah Adam dan Hawa itu sendiri

LURUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:

* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa
* Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa
* Sudah menjadi fitrah bahawa jika buah dan pohon di maka maka pakaian boleh lucut
* Buah itu sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis
* Di larang mendekati lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
* Berhati-hati dengan janji syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia
* Fahami dengan erti kebebasan dan kemerdekaan

Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan menjadi fitrah hukum untuk anak cucunya

No comments:

Post a Comment