Thursday, July 26, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 54

Assalamu'alaikum Wr,Wb

HAQIQAH SOLAH

Atas permintaan ramai maka inilah saya perturunkan maksud HAQIQAH SOLAH, Haqiqah berasal daripada perkataan HAQ, ertinya yang sebenar dan perkataan ini juga berkait dengan nama Allah (Asmak) Allah yang ke 52 yang bererti Yang amat benar, sementara perkataan SOLAH ( As Salah) yang membawa erti menyembah Tuhan Yang Maha Esa, jika di rangkulkan dua perkataan ini ia di namakan HAQIQAH SOLAH yang bermaksud YANG BENAR MENYEMBAH TUHAN, Haqiqah salah banyak sekali di gunakan oleh golongan tasauf dan tariqah atau golongan yang mendalami ilmu menyembah Tuhan, saya berpandangan bahawa HAQIQAH AS SALAH bukanlah MAJAZ (maksudnya nas yang tidak di ertikan dengan makna yang hakiki) sebab ia adalah maklum kepada orang islam yang sejati

Cuma HAQIQAH AS SALAH ini perlu di lihat dari sudut hukum kepada diri yang benar melakukan solat tersebut, umpamanya jika manusia itu di perintahkan bersolat maka mereka perlu tahu siapa yang sebenarnya melakukan solat tersebut sebab itu agama menetapkan hukum qalbi , qauli dan fi'li yang semua hukum ini di laksanakan oleh makhluk manusia yang ampunya diri, kerana itulah juga maka setiap manusia perlu mengenal dirinya yang sebenar diri yang ada pada batang tubuh badannya dengan istilah diri terdiri (jasadnya) diri terperi Ruhul yaqazah ataupun istilah hati yang terdiri dari roh+Akal+nafsu (qalbi) dan diri sebenar diri (Ruhul Hayat) ataupun nyawanya, semuanya ini wajib melaksanakan solat tanpa kadho kecuali uzur syara'ie, dan perlulah faham juga dengan maksud LA HAULA WALA pada dirinya

Sesungguhnya QUWWATAILLA BILLAH itu adalah menguasai akan dirinya pada keseluruhannya ertinya diri yang LA HAULA WALA itu di kuasai sepenuhnya oleh QUWWATA ILLA BILLAH yang difahami oleh kebanyakan orang tasauf sebagai DIRI TAJALLI yang bermaksud semua perkara perlaksanaan kerja ibadat itu di sempurnakan oleh qudrat dan iradah Tuhan Yang Maha Esa dalam kefahaman bukan lah bermaksud PENJELMAAN TUHAN akan tetapi atas ketentuan Tuhan semata mata, dan jika ada yang memahamkan bahawa HAQIQAH SOLAT ini sebagai kerja nyawa semata-mata (solatul daim) saya sangat tidak bersetuju pula sebab tidak mungkin hilang af'al kerana istilah HAQIQAH SOLAT tidak sekali-kali menidakkan kerja ruhul yaqazah dan peranan jasad sebagai sebagai menunjukkan af'al daripada Allah s.w.t

Terlalu ramai orang yang mengatakan bahawa HAQIQAH SOLAT hanya di kerjakan nyawa semata-mata, ini tidak benar sama sekali, pandangan mereka apabila sebut sahaja HAQIQAH SOLAT maka ia semata-mata solatul daim ataupun shuhud wahdah fil kasrah dan shuhudul kasrah fil wahdah (pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu) jika amalan ini di lakukan oleh nyawa semata-mata maka mereka perlu faham tentang maksud kasrah (banyak) apa yang banyak dan siapa yang di maksudkan yang banyak itu ? Tuhan hanya satu dari yang satu pada maksud WAHDAH

Bersambung ...

No comments:

Post a Comment