Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 26

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ILMU INI SEBAHAGIAN DARIPADA ILMU IFTIQAR

AKAL SANGAT MENAWAN HATI

MENGIKUTI ILMU INI PERLU BERTENANG SAMBIL MENGIKUTINYA SATU PERSATU

Kita mulakan dengan asas-asas ilmu Akal
Akal adalah sebahagian daripada komponen ROHANI dan juga sebahagian daripada komponen RUHUL YAQAZAH, Akal di tempatkan oleh Allah pada tempat yang paling selamat iaitu di dalam otak, dan otak di letakkan di dalam tempurung tengkorak, tengkorak di salut oleh kulit kepala, dan kulit kepala di lindungi oleh rambut, tempatnya di letakkan pada tempat yang paling tinggi dan selamat iaitu pada tingkat atas pada tubuh manusia

Akal sangat menawan hati yang tugasnya menjalankan amanah Tuhan yang berasaskan kalimah tauhid LA ILLAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, pada otak manusia terdapat beribu urat dan saraf, jika salah satu daripada ribuan saraf ataupun urat itu putus maka fungsi gerakkan Akal itu terencat dan keupayaan untuk berfikir menjadi lemah dan kaku

Akal mempunyai lembaganya tersendiri bagi menilai suasana berbagai-bagai peristiwa di muka bumi ini, lembaga Akal itu di kenali sebagai Manik, Fikir, Sukma, Budi dan Rasa, setiap lembaga Akal masing-masing dengan peranannya, kerana itu manusia perlu faham bahawa setiap lembaga Akal itu adalah punca memahami segala ilmu yang datang bagi membena ketamadunan manusia dalam perkara keinsanan dan ketakwaan

LEMBAGA AKAL DAN PERANANNYA

1. MANIK
Adalah nur lembaga akal yang tugasnya menangkap dan memahami sesuatu berita yang tersurat dan juga tersirat dengan cepat dan tepat, ia bermula daripada panca indra yang di lihat dan di dengar dan akan segera di sampaikan dan di simpan pada manik saban waktu di sepanjang hayat manusia serta dapat di ingat kembali apabila peti simpanan di buka dan di kenang akan sesuatu peristiwa walaupun pada masa yang telah lama berlalu

2. FIKIR
Fungsinya ialah untuk menilai sesuatu berita yang datang ataupun berita yang telah di rakam dan di simpan pada manik, fikir juga dapat menilai serta membuat keputusan sama ada berita itu benar atau sebaliknya mengikut panduan

3. SUKMA
Fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan belas kasihan serta menanggung suatu sikap berkesedaran dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang dapat mengubah sesuatu alam
4. BUDI
Fungsinya melahirkan sikap bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga Akal (manik dan sukma) yang melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara yang bukan lahir dari di paksa-paksa dan ia terbit dari sikap dan akhlak

5. RASA
Fungsinya adalah melahirkan sikap bertanggungjawab apabila di amanahkan sesuatu tanggungjawab ataupun perintah, dan ia membawa sikap yakin, sabar, tegas dan nekad, ia tertakluk kepada peranan nafsu yang baik dan keimanan yang luhur

Pada keseluruhannya lembaga Akal ini berhubung rapat di antara pengaruh nafsu dan juga Roh, ini di sebabkan ia berada di dalam kumpulan Ruhul Yaqazah, ilmu yang di perolehinya adalah datang daripada alam yang nyata dan juga dari alam yang ghaib ataupun datang dari alam keliling atau melalui mimpi-mimpi mahupun perkhabaran

No comments:

Post a Comment