Wednesday, July 25, 2012

ETIKA YANG KE 11

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Emas adalah sumber kekayaan dan menjadi pertaruhan kepada banyak hal pentadbiran sesebuah badan yang mengelolakan nadi ekonomi sesebuah negara atau dan badan berkanun

Melihat kepada nilainya yang tinggi maka ramai yang mencuba untuk memilikinya dengan apa cara jugapun terutama kepada bangsa barat dan timur untuk di jadikan sebagai alat menguasai dalam perkara ekonomi dan memerintah

Apabila kita menyedari bahawa emas adalah sumber kekayaan maka umat islam khususnya dan umat lain amnya hendaklah berikhtiar dan berusha untuk memilikinya dengan cara yang di benarkan oleh hukum, tidak bererti setelah mengetahui bahawa emas itu bernilai tinggi maka kita melakukan sesuatu untuk mendapatkannya dengan cara luar peraturan

Di kalangan umat islam yang mula-mula membuka mata ialah Raja-raja dan pemerintah-pemerintah serta di kalangan orang berada, mereka yang tidak berada dan tidak berkemampuan hanya mendengar dan melihat sahaja, oleh yang demikian satu usha hendaklah di cadangkan bagaimana golongan ini dapat di bantu

Adapun tanda-tanda Emas itu ber Etika ialah

1. Bernilai tinggi
2. Menjadi rebutan golongan berada
3. Menjadi sumber nilai kewangan
4. Menjadi pertaruhan segala urusan yang berkaitan
5. Menjadi jaminan kepada pernilaian cagaran
6. Menjadi nilai kepada pertukaran mata wang
7. Menjadi nilai kepada perdagangan
8. Menjadi tarikan penjanaan ekonomi
9. Menjadi bahan tenoloji angkasa lepas
10.Kekal dan tidak hilang kualiti dan harga

Kerana itu emas akan terus di perdagangkan hingga masa yang tidak di tetapkan

No comments:

Post a Comment