Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 22

Assalamu'alaikum Wr,Wb
ILMU IFTIQAR INI PENTING DI FIKIRKAN DENGAN TELITI KERANA IA TERSANGAT SENSITIF KEPADA SESETENGAH PEHAK, ILMU INI MERANGKUMI SOAL MENGENAL MANUSIA ZAHIR DAN BATIN DAN PERHUBUNGANNYA DENGAN TUHAN DAN ALAM YANG LAIN
Soalan:

J
ika tidak silap pada pelajaran yang lepas ada di nyatakan bahawa diri manusia itu ada bahagian-bahagian dan istilahnya yang tersendiri ?

Jawapan:

B
enar ! bahagian tersebut ialah bahagian yang zahir dan bahagian yang batin, yang zahir di namakan jasmani dan bahagian yang batin di nanamakan ROHANI, sementara istilahnya pula di berikan nama Diri terdiri, Diri terperi dan Diri sebenar diri

Soalan:

A
pakah maksud diri terdiri,Diri terperi dan Diri sebenar diri tersebut ?

Jawapan:

M
aksud diri terdiri itu ialah Jasmani, maksud diri terperi itu ialah Ruhul Yaqazah, maksud diri sebenar diri itu ialah Ruhul Hayat, adapun jasmani itu ialah himpunan anggota jasmani yang terdiri dari kulit,daging,tulang,bulu dan roma, lendir, semua jenis lemak,urat dan saraf dan lainnya, sementara Ruhul Yaqazah (Roh menjagakan) terdiri daripada Roh,Akal dan nafsu serta kelengkapannya, sementara Ruhul hayat ialah nyawa atau Nafas dan komponennya, apabila bersatu semuanya itu maka lengkaplah menjadi seorang manusia

Soalan:

A
pakah fungsi Ruhul Yaqazah dan dia di letakkan dimana ?

Jawapan:

Adapun fungsi Ruhul Yaqazah itu ialah menjagakan manusia daripada tidur sebagaimana firman Allah menyatakan bahawa " Allah telah menerima jiwa ketika matinya dan jiwa yang tidak mati di dalam tidurnya...... (Az Zumar 42) dan maksud firman Allah " Allahlah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan Dia mengerti apa yang kamu kerjakan pada siang hari .....(Al An'am 60)

Soalan:

B
agaimanakah perjalanan Ruhul Yaqazah di dalam batang tubuh manusia yang sebenarnya ?

Jawapan:

Secara rengkasnya apabila Roh,Akal,Nafsu (Ruhul Yaqazah) itu keluar daripada batang tubuh atas izin Allah maka manusia itu di katakan tidur lena, maka berlakulah mimpi atau tidak mimpi, dan apabila ia masuk kembali kedalam batang tubuh atas izin Allah maka manusia itu terjaga, istilah ini juga di namakan menidurkan dan menjagakan, semua ini atas izin Tuhan, sila rujuk kepada kedua surah tersebut pada kitab suci Al Quran dari surah Az Zumar ayat 42 dan Al An'am ayat 60

Soalan:

B
agaimanakah tentang fungsi Ruhul Hayat ?

Jawapan:
Ruhul Hayat ataupun nyawa dia tidak boleh keluar daripada batang tubuh manusia, sifatnya sekali masuk dan sekali keluar daripada batang tubuh manusia, jika ia keluar maka tamatlah riwayat manusia itu dan putuslah hubungannya dengan dunia ini, masa pertama masuk pada peringkat jasad bayi di dalam kandungan ibu sekira berusia i20 hingga 125 hari setelah jasad bayi itu menjalani masa tiga kegelapan, dan masa dia keluar adalah apabila ia sampai tempuh untuk menjadi khalifah di bumi

Soalan:

A
pakah benar bahawa pernah Ruhul Yaqazah itu tidak masuk-masuk kedalam jasad manusia sekalipun Ruhul Hayatnya belum lagi keluar daripada jasad ?

Jawapan:

A
pakah maksudnya KOMA? Pada dasarnya ia sangat jarang berlaku, akan tetapi jika maksudnya KOMA maka kita akan ceritakan nanti pada bab Jasmani dan jika Allah berkehendak maka ia tidak mustahil merlaku, kerana itu islam menggalakkan kita berdo'a supaya Ruhul Yaqazahnya kembali mendiami tubuhnya

Al hamdulillahillazi rodda 'ala ruuhi wa 'afani fi jasadi (maksudnya : Segala pujian bagi Allah yang telah mengembalikan Rohku kepadaku (jasad) dan yang telah menyegarkan pada tubuhku) Ibus Sunniy
Soalan:

A
dakah lagi dalil mengatakan bahawa Rohani itu sebagai makhluk diri yang sebenarnya ?

Jawapan:

J
ika kita teliti ayat 2 dari surah Al A'ala yang bermaksud : Tuhan yang telah menciptakan (sekalian makhluk) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menciptakan makhluknya (Rohani) serta menyempurnakan kejadiannya (lengkap zahir dan batin) dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya (jasmani dan Rohani) Ini menunjukkan bahawa bentuk jasmani itu di cipta mengikut kesesuaian Rohani, dan ulamak berpandangan ia berbentuk Muhammad (manusia yang sempurna (Aku jadikan insan itu sesempurna-sempurna kejadian ! )



No comments:

Post a Comment