Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 32

Assalamu'alaikum Wr,Wb

MENERUSKAN PENGETAHUAN KITA PADA BAB IFTIQAR

Kali ini kita akan teruskan pelajaran kita pada bab Nyawa atau nafas atau Nafs

Pada pelajaran lepas kita telah sentuh soal Roh secara rengkas sebelum kita luaskan kefahamannya secara luas pada pelajaran akan datang

Nafas atau Nyawa ataupun Nafs adalah makhluk yang awal di jadikan Tuhan sebelum makhluk yang lain di jadikan, ada pandangan alim ulama yang mengatakan bahawa yang awal di jadikan Tuhan ialah Nur, ada juga yang mengatakan Roh, ada pula yang mengatakan Qalam, dan ada juga yang menyatakan Akal, so yang mana satu?

Berdasarkan kenyataan sebuah hadis qudsi ada menyebut begini:

Awwalu ma kholaqallah Ruhi, wa awwalu ma kholaqallah Nuri, wa awwalu ma kholaqallahul qalama, wa awwalu ma kholaqallahul 'aqla, pal murodu minha syai un wahidun wa huwal Haqiqatul Muhammadiyah

Maksudnya:
Yang pertama yang di cipta oleh Allah ialah RohKu, dan yang pertama di jadikan oleh Allah ialah CahayaKu, dan yang pertama yang di jadikan oleh Allah ialah qalam, dan yang pertama yang di cipta oleh Allah ialah akal, pada dasarnya Ruh, Cahaya, Qalam atau Akal pada dasarnya adalah satu iaitu Hakikatul Muhammadiyah

Siapa Hakikatul Muhammadiyah itu? Pada dasarnya juga bahawa Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Insan Batin atau diri kemanusiaan yang batin, atau diri sebenar diri manusia itu yang tiada kaitnya dengan jasmani manusia, Hakikatul Muhammadiyah ini adalah makhluk yang tiada berupa apa juapun, dan dia bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu (Kaman la yakh luqu) dia bukan Zat Yakhluqu rujuk Al Quran An Nahl 17
Asal Hakikatul Muhammadiyah atau Insan batin manusia daripada sifat hayat yang kemudian di kenali sebagai INSAN, dan insan itu anasirnya daripada Nafas, Nufus, Ampas dan Tanafas, yang datang daripada Allah yang bersumber daripada ujud, Ilmu, Nur, Shuhud dan dalilnya di nyatakan sebagai:

ANA MINALLAH WAL MUKMINUNA MINNI
Maksudnya:

Aku daripada Allah dan orang mukmin daripada aku
Ingatan:
Untuk mempelajari konsef kerohanian ini perlu bersabar dan perlu berguru dengan guru yang murshid kerana ilmu ini melibatkan istilah yang agak banyak, sebagai contoh istilah nafas, nufus ampas dan Tanafas jika kita lihat dalam Al Quran ia bermaksud diri sila rujuk surah bani Israil tentang Nafas misalnya di sebut nafsin, Nufus di sebut sebagai Nufusun, ampas di sebut sebagai Amfusikum, yang di sebut di sini adalah mengikut bahasa loghat melayu namun jika mempelajarinya eloklah mengikut nahu Al Quran

Insan hanya sekali masuk dan sekali saja keluar daripada jasad, kali pertama semasa kita dalam kandungan ibu dan kali yang kedua ialah pada akhir hayat kita iaitu apabila kita meninggalkan dunia ini

Insan batin yang juga di kenali sebagai nyawa ia di sebut juga dengan Ruhul Hayat, padanya nafsu, akal dan Roh tidak beserta dengannya dan dia di katakan tidak berdosa kerana nafsu tidak besertanya dan dia bertaraf malaikat dan dia juga di kenali sebagai Ruh Izafi


No comments:

Post a Comment