Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 33

Assalamu'alaikum Wr,Wb

IBADAT INSAN ATAU NYAWA, ATAU DIRI SEBENAR DIRI
Mengikut apa yang kita terangkan pada awal pelajaran yang berkaitan dengan AlKhalaq dan Al Khuluq maka kita pasti bahawa Al Khuluk itu adalah INSAN batin manusia yang mempunyai nama dan istilah yang berbagai nama, seperti Insan, Nur Muhammad, Nyawa, Nafas, Sirullah, Ruhul Hayat, Ruhul Izafi dan lain-lainnya, namun ia tetaplah satu iaitu INSAN

Insan menjadi nyawa kepada jasmani manusia, di negara barat yang mengikuti pelajaran Sofi mengenali Insan ini sebagai Nafs, dan ada pandangan ahli tafsir yang mengatakan bahawa Insan ini sebagai jiwa, (akan tetapi saya kurang setuju, saya lebih setuju jika Jiwa itu di tafsirkan sebagai Nafsu) yang di seru oleh Allah supaya memasukki SyurgaNya seperti yang terdapat pada surau Al Fajar ayat 27 atau perkataan Nafsin yang terdapat pada surah Al Mudassir ayat 38 itu di tafsirkan kepada maksud DIRI (Nafsin)
Insan batin kita itu ia tidak berupa apa juapun, ia sangat mashur dengan gelaran Nafsahu pada ayat " Man 'arofa Nafsahu faqod 'arofa Robbahu" bagaimanakah penerimaan masyarakat pada hari ini tentang istilah tersebut? terpulang kepada masyarakat itu sendiri kerana amalan batin ini sangat sensitif kepada orang awam, ini kerana bukan mereka hendak menyalahkan sembarangan akan tetapi kerana ada yang berfahaman yang tidak menepati syarak

Adapun cara INSAN itu beribadat adalah mengikut nafas (Insan) itu sendiri, ia melibatkan dua cara iaitu cara syari'at dan cara hakikat, cara syari'at berkonsefkan keluar dan masuk, masuk Hu dan Keluar kalimah Allah, sementara cara Hakikat ialah Naik Hu dan Turun Allah, sesungguhnya amalan ini di namakan amalan SHUHUD yang di ambil daripada ayat SHUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, SHUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH (Pandangan yang satu kepada banyak dan pandangan banyak kepada yang satu) Wahdah ertinya satu (ESA) dan Kasrah ertinya banyak (Asmak)
Adapun konsef amalan syari'at ini ada berbagai-bagai cara namun perkataannya tetaplah sama, demikian juga dengan amalan cara Hakikat yang melibatkan peringkat rendah, menengah, dan tinggi yang mana ia di amalkan mengikut Nas Al Quran, sebagai contoh apabila kita membaca ayat 1 pada surah Al Ikhlas iaitu Qul (katakan) Hu Allahu Ahad, Allahu Shomad (tempat sekalian bergantung harap) ertinya Asmak (nama-nama yang husna, sila rujuk Al A'araf 180, dan jangan sebut terbalik, misalnya Allah Hu, sebab ayat Al Ikhlas itu sebut Hu dulu kemudian baru Allah, dan amalan ini memerlukan maqam

Amalan ini di kenali sebagai Musyahadah, yang mana Insan yang beranasirkan Nafas, Nufus, Ampas dan Tanafas, sila rujuk Al Quran pada surah Bani Isroil ayat 7, 15 dan 25. Adapun Insan itu pada awalnya sebelum ia mempunyai jasmai maka ia beranasirkan Wujud, Ilmu, Nur dan Shuhud, asal Wujud daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmak dan asal shuhud daripada Af'al, ertinya daripada Allah, dan perkataan Allah itu adalah rangkuman istilah Zat, Sifat, Asmak dan Af'al maka itulah Allah yang mengandungi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah

Pengtahuan ini sudah tidak lagi di ketengahkan oleh kebanyakan orang sebab tidak ramai yang sanggup mengajar ilmu ini, kalau adapun tersangat jarang macam orang kahwin empat, he, he, he, he . Ma'af gurau je! Ok ! Jika istilah apa yang kita bincangkan dalam ilmu ini menjurus kepada diri kebatinan maka ia wajib di pelajari dan di kenali sebagaimana firman Allah menuntut kita supaya mengenalinya sebagaimana firman Allah dalam surah At Thoriq ayat 5 yang bermaksud "Maka hendaklah manusia itu memikirkan daripada apa ia di jadikan?
Kepada orang awam mereka lebih focus kepada syari'at iaitu ilmu jasmai, sedangkan jasmani itu hanya menjadi saksi saja kepada Rohani, sebagaimana firman Allah menyatakan dalam surah Al Qiyamah ayat 14 yang bermaksud "Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, anggota di sini bermaksud diri jasmani atau di kenali juga sebagai diri terdiri (Jasmani)

Bersambung.....

2 comments:

  1. Salam kepada tuan punya blog. Saya teramat ingin belajar ilmu mengenal diri ini. Telah banyak blog yang saya lawati dan ilmu yang saya pelajari tetapi saya takut tersesat. Dimana kah saya boleh belajar ? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Blog ini sekadar koleksi bacaan saya, salah atau betul saya tidak bertanggungjawab.
    Belajar lah Syariat Sekadar Fardhu Ain dahulu...Kemudian Baru mulakan langkah..

    ReplyDelete