Assalamu'alaikum Wr,Wb
Manusia di akhir zaman adalah manusia yang telah banyak membuat kerosakkan di muka bumi, sama ada manusia itu sedar ataupun tidak itu terpulang pada nilaian lembaga akalnya, semua manusia yang waras dan mampu melihat dan menilai keadaan tersebut pasti mengakuinya, namun di sebabkan terlalu banyak suasana tamadun yang batil di perkenalkan dalam kehidupan manusia menyebabkan manusia terlupa untuk menilai keadaan tersebut, lalu manusia melihat keadaan kehidupannya tiada berbeza dengan kehidupan haiwan malah lebih buruk daripada haiwan ternakkanDi mana-mana kita pergi di seluruh ceruk rantau dunia ini pasti kita dapat melihat manusia sedang di sebukkan oleh dunia, ada yang sedar dan ada pula yang tidak sedar langsung, namun hakikat itu akan di akui apabila umur sudah lanjut dan badan sudah tidak terdaya untuk mengejar tamadun, maka di sinilah datangnya penyesalan yang selalu lambat sampai untuk menyedarkan manusia, lalu kadangkala manusia tidak berkesempatan untuk menyesal dan bertaubat serta mencari bekal untuk berjumpa dengan Tuhannya, lalu dalam keadaan apa manusia mahu berjumpa dengan Tuhan? di mana Tuhan yang sepatutnya hendak di cari sedangkan tidak pernah ilmu di tuntut tentangNya
Jika umur masih lagi di panjangkan oleh Tuhan dan ada ikhtiar untuk menjadi hamba Allah yang soleh, itu sudah cukup baik untuk mengenali diri dan Tuhan supaya sifat tidak sedarkan diri selama hidup yang telah di lalui itu tidak berulang, cukuplah jika segala kesedaran membuatkan kita kembali untuk mengenal diri dan Tuhan
Cuba kita fikirkan bagaimana Tuhan telah memasukkan kalamNya di dalam Al Quran ayat satu dari surah Al Insan yang bermaksud "Tidakkah sudah datang dari masa yang telah berlalu yang tidak dapat di sebut-sebut" yang mana pada ketika itu manusia belum lagi di jadikan oleh Tuhan, selepas itu sikap semula jadi yang ada pada Tuhan yang diriNya suka untuk di kenali maka Allah s.w.t menjadikan makhluk yang pertama, iaitu awal makhluk
Ada pandangan yang mengatakan awal makhluk ialah Nur Muhammad, ada pula yang mengatakan Akal, Qalam, Nur dan ada juga yang mengatakan Roh, dan dari pandangan-pandangan ini kita di beritahu selepas mempelajari dan menilai kata maksud, maka kita dapati bahawa awal makhluk ialah HAKIKATUL MUHAMMADIYAH iaitu diri kemanusiaan yang batin yang belum lagi di lengkapkan oleh Allah dengan sifat Qudratnya,Iradatnya dan ilmunya, ia semata-mata DIRI SEBENAR DIRI kemanusiaan, yang mana kemudiannya di kenal sebagai DIRI SEBENAR DIRI, dan diri inilah yang di maksudkan sebagai NAFSAHU iaitu diri yang untuk tangga permulaan bagi mengenal RABBAHU
Adapun diri yang dikatakan NAFSAHU itu ia berkeadaan tidak menyerupai apa juapun dan di kenali juga sebagai SIRULLAH (Rahsia Allah) ia telah di tetapkan oleh Allah sebagai makhluk pertama untuk di kenali walaupun ia bertarap rahsia Allah, dan dia juga di kenali sebagai LA YAKHLUQU bukan YAKHLUQU, di peringkat inilah kita perlu berhati-hati untuk mengenalinya kerana keadaannya yang mirip berkadaan tidak berupa apa jua pun namun dia adalah makhluk, dan setiap makhluk wajib di fikirkan kerana agama ada memberitahu "FIKIRKANLAH TENTANG MAKHLUK ALLAH DAN JANGAN FIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH"
Sekian dulu untuk renungan rengkas dan bertanya kepada orang yang arif
No comments:
Post a Comment