Salam
MENGENAL AHLI ALLAH DAN AHLI SYAITAN
Istilah yang di atas adalah suatu ketetapan daripada Allah s.w.t sebagai ingatan kepada manusia yang bertaraf sebaik-baik kejadian, sebenarnya walaupun Allah s.w.t menetapkan bahawa manusia adalah di antara makhluk Allah yang paling sempurna namun di antara manusialah yang paling hina kerana ada di antara manusia yang bertarap haiwan dan syaitan
Manusia yang di kurniakan oleh Allah akal perlulah mengenal dan menilai diri mereka tanpa ada kepentingan diri sendiri, manusia juga perlu menyelamatkan diri mereka dengan mengubah sikap bagi keselamatan diri dan keluarga mereka dengan menjadikan diri mereka sebagai ahlullah atau ahli Rabbani sebagaimana firman Allah كونوا ربا نيين بما تعلمون الكتاب وبما كنتم تد رسون (Jadilah kamu orang Rabbani, dengan mengajarkan kitab, dan mempelajarinya) Ali Imran 79
Ayat yang di atas Allah s.w.t menegaskan kepada manusia supaya kamu (manusia) menjadikan diri mereka sendiri sebagai ahlullah dengan mengajarkan kitab iaitu al quran serta mempelajarinya, mengajar kitab al quran yang di tetapkan oleh Allah sebagai Huddan bukalah suatu yang mudah melainkan mereka terpaksa mempelajarinya dengan seorang yang arif tentang selok belok Asbabul nuzulnya serta sejarah quran itu secara menyeluruh yang berteraskan bahasa arab, tidak boleh bahasa yang lain melainkan tafsiran dan terjemahannya
Orang alim Rabbani apabila telah mempelajari kitab dan mengajarnya maka berhaklah mereka di panggil kumpulan Allah (Ahlullah) yang telah di tetapkan oleh Allah hati mereka (Ruhul Yaqazah) dengan roh yang baik dan akal yang sempurna dan merekalah juga di kenali sebagai Hizbullah اولئك حزب الله الا ان حزب الله هم المفلحون (Mereka itu adalah penyokong Allah, ketahuilah bahawa penyokong Allah itu adalah orang yang menang) Al Mujaddalah 22
Sementara itu ada lagi satu kumpulan manusia yang di tetapkan oleh Allah sebagai kumpulam syaitan jenis manusia dan jenis haiwan iaitu kumpulan yang tidak mahu menyampaikan isi al quran secara sebenar sekalipun mereka itu bergelar ahli kitab atau ahli yang cuba memutar belitkan isi kitab dengan mengelirukan ilmu nahu kerana tidak mempelajari tajwid yang terdapat pada al quran, mereka ini di sifatkan oleh Allah sebagai manusia yang telah di kuasai oleh syaitan, sebagaimana firman Allah menyatakan:
استحوذ عليهم الشيطن فأ نسهم ذكر الله أولئك حزب الشيطن ألا أن حزب الشيطن هم الخسرون (Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran Allah, mereka itu adalah kumpulan syaitan, dan kumpulan syaitan itu adalah kumpulan yang rugi) Al Mujaddalah 19
Dan firman Allah lagi :
ان الذين يحا د ون الله ورسوله ، أولئك فى الاذ لين (Sesungguhnya mereka yang menentang Allah dan Rasulnya, mereka termasuk golongan yang amat hina) Al Mujaddalah 20
No comments:
Post a Comment