SAMBUNGAN DARIPADA PELAJARAN YANG KE 89
Secara rengkasnya kita telah terangkan ilmu yang dapat kita perolehi daripada kalimah لا اله الا dan sekarang kita akan bawakan pula ilmu yang berkait dengan kalimah الله didalam kalimah لا اله الا الله iaitu ilmu mengisbatkan الله (mengakui Allah) yang terletaknya banyak rahsia ilmu yang berasal daripadanya kerana ilmu daripada kalimah الله inilah lahirnya ilmu yang menyatakan ujud ZatNya, SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya
Pada perengkat awal dulu saya telah nyatakan bahawa ilmu kalimah لا اله الا الله ini adalah berasaskan sifat dua puluh, ertinya sesiapa yang tidak faham tentang ilmu sifat dua puluh maka adalah sukar baginya untuk mengulas N3 saya ini kerana itu ramai yang membuat ulasan mengikut cara mereka sendiri yang kadangkala hujah mereka terkeluar dari fakta ilmu yang disampaikan, pun begitu sekiranya mereka mengulas ilmu ini berasakan tafsir Al Quran maka mereka akan berjumpa juga dengan ilmu ini akan tetapi kebanyakan mereka hanya mengambil dari sudut terjemahan Al Quran sahaja kerana itu mereka akan bertemu dengan jalan yang berliku-liku
Ilmu daripada kalimah لا اله الا الله ini meliputi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang pengertiannya terkumpul kepada kalimah رب العلمين (Tuhan yang menjadikan seluruh 'alam) Kerana itulah dikatakan bahawa sekiranya tujuh petala langit dan bumi diletakkan disatu timbangan sedangkan kalimah لا اله الا الله itu di letakkan disatu timbangan yang lain maka kalimah لا اله الا الله itu lebih berat dari tujuh petala langit dan bumi, demikianlah luasnya keilmuan لا اله الا الله tersebut, ertinya ilmunya meliputi seluruh alam baik alam yang ghaib maupun alam yang nyata
Kalimah الا pada kalimah لا اله الا الله itu adalah kalimah asbat (Terima) sementara kalimah الله pada kalimah لا اله الا الله adalah kalimah mengasbat (Menerima atau mengakui) Iaitu mengakui ujud Diri Tuhan yang bernama Nafsiyah, Ujud Kebesaran Tuhan yang dinamakan Salbiyah (Sifat yang menarik atau sifat keagungan yang hak bagi dirinya sahaja) Sifat Ma'anawiyah iaitu sifat Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu sifat Yang berdiri pada Zat Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada Tuhan) ertinya sifat makhluk, ini bermakna apabila kita sebut perkataan الله maka sebenarnya ia merangkumi ZatNya SifatNya, AsmakNya dan juga Af'alNya jadi yang inilah yang wajib kita faham dan terima ilmuNya
Nafsiyah adalah bertaraf Zat, Salbiyah bertaraf Zat, Ma'anawiyah bertaraf Zat sementara Ma'ani sahaja yang bertaraf sifat kerana ia adalah makhluk ertinya dengan ilmu ini maka ujudlah diantara keilmuan Tuhan dan juga hambaNya yang dijadikan oleh Allah رب العلمين (Tuhan yang mencipta alam atau makhluk) Kerana itu maka berkumpullah rahsia ujudnya ilmu diri Tuhan keagungan dan kebesaranNya serta makhlukNya yang kita boleh dapati hanya didalam kalimah لا اله الا الله jadi jika kita perhatikan bahawa keilmuan makhluk hanya ada pada kalimah الا sahaja, sebab itulah kalimah الا (Melainkan) itu adalah tidak mutlak kerana ia adalah alam ataupun makhluk yang hanya mengharapkan kepada Tuhan yang Esa dalam semua aktiviti kehidupan semua alam (makhluk)
sambung ...
No comments:
Post a Comment