Wednesday, July 25, 2012

ETIKA YANG KE 10

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Manusia apabila telah mengenal pasti alam yang bernilai tinggi maka mereka akan berebut-rebut untuk memilikinya, di antara alam tersebut maka alam Jamaadlah mengandungi sumber kekayaan yang sangat banyak, alam ini terdapat di darat dan lautan, ada yang berjumlah banyak dan ada yang berjumlah sedikit

Alam yang berjumlah banyak kebanyakkannya terdapat di negara-negara milik orang islam seperti emas hitam (Minyak) akan tetapi yang menguasainya adalah orang-orang bukan islam, ini kerana orang islam mudah di tipu oleh orang bukan islam dengan mengumpan mereka dengan berbagai perkara kelemahan

Alam yang agak banyak juga yang bernilai tinggi iaitu emas, emas ini jadi sumber kekayaan yang mampu di miliki oleh kebanyakan orang, dia adalah sejenis logam yang bersifat kekal dan tidak hakis oleh suasana cahaya dan masa, emas ini banyak di kuasai dan di miliki oleh orang yang bukan islam

Batu permata yang bernilai tinggi kebanyakannya terdapat pada negara yang ramai penduduknya kurang bertamadun dari segi teknoloji kerana itu banyak di antara permata ini juga di kuasai oleh orang yang bukan islam

Di antara umat islam yang memiliki sumber kekayaan di atas kebanyakannya ialah orang-orang kaya, pemerintah-pemerintah, buat masa ini emas jarang di miliki oleh umat islam yang hidup sederhana kerana harganya yang agak tinggi

Emas kebanyakkannya di miliki dan di simpan di bank-bank perushaan setelah pehak yang menaja sumber nilai ini menggantikannya dengan kertas yang kemudiannya di iktirap di kalangan orang yang bermuslihat untuk membolot emas, perak, permata dan sebagainya, oleh kerana itu ramai di kalangan orang islam hidupnya hanya mahu mencari wang setelah pemikirannya di jajah dengan konsef kertas yang di nilai

Kebanyakan manusia tidak berpandangan jauh tentang emas dan logam yang lain kerana kumpulan kapitalis barat dan timur telah meracuni pemikiran umat islam dari berbagai-bagai bangsa di Planet bumi ini, maka tersungkurlah umat islam sebagai umat yang kelas ketiga dan seterusnya, sementara Yahudi menduduki tangga pertama dan Nasrani tempat kedua

Kita tidak merasa hairan jika kedua-dua bangsa ini menjadi pemilik bahan ini kerana mereka adalah mewarisi nabi dan Rasul yang terdahulu dengan kita umat islam dan di sinilah bermula Firaun yang memiliki emas yang banyak (semasa Nabi Musa) namun apa yang kita kesalkan ialah mengapa kebanyakan emas ini terdapat di negara umat islam akan tetapi yang menjadi kaya ialah mereka yang tinggal di luar negara tersebut, ini menunjukkan berlaku kebodohan

No comments:

Post a Comment