Assalamu'alaikum Wr,Wb
PANDUAN SOLAT AHLI-AHLI TAKWA
Sembahyang jenis ini hanya di lakukan oleh golongan ahli taqwa, selain cara yang biasa kita ketahui maka perkara yang wajib di fahami selain daripada tersebut ialah seperti berikut:
1. Mereka yang telah mengenal dirinya dan Tuhannya
2. Mereka yang telah faham tentang maksud Qalbi
3. Mereka yang telah faham maksud Muhammad dan Ahmad
4. Mereka yang telah faham maksud Al Insan Kamil
5. Mereka yang telah faham tentang La hau la wala Quwwata Illa Billah
6. Mereka yang telah faham tentang hukum Qalbi
7. Mereka yang telah faham Solatihim da imuun
8. Mereka yang telah faham maksud fana dalam solat
9. Mereka yan telah faham tentang matlamat solat
SATU PERISTIWA TENTANG SOLAT
Pernah berlaku satu peristiwa yang di ceritakan oleh seorang kasyaf hati kepada penulis (saya) semasa ia singgah di sebuah masjid kerana hendak bersembahyang maka ramailah yang sedang hendak bersedia untuk melaksanakan solat, secara sepontan saja pandangan orang yang kasyaf hati itu melihat ramai yang di dalam saf itu telah di isi oleh haiwan yang merupakan helang dan beruk, lalu si kasyaf hati itu meluru kehadapan ketempat Imam dan membisikkan sesuatu
Selepas saja si kasyaf itu membisikkan sesuatu maka Imampun memberitahu kepada sidang jama'ah tersebut:
Sidang jama'ah sekalian! sebelum kita mengangkat takbir maka kita hendaklah beristighfar bersungguh-sungguh kepada Allah mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa-dosa kita insya Allah !
Setelah Imam membuat pengistiharan tersebut maka solatpun di mulakan, sebelum si kashaf itu memulakan akan mengangkat takbiratul ihram maka tiba-tiba saja si kasyaf itu melihat Imam sembahyang itu berkepalakan helang dan berbadankan beruk,, lalu si kasyaf tersebut meninggalkan masjid tersebut
Satu minggu kemudian maka imam itu jatuh sakit lalu di lawati oleh si kasyaf tersebut, apabila sampai di rumah imam tersebut aka si kasyaf itu di jemput masuk, lalu iapun masuk, lalu si imam itu mengadukan hal dirinya yang selalu bermimpi bahawa dia sudah menjadi haiwan yang berkepalakan helang dan berbadankan beruk, lalu si kasyaf itu memberitahu imam tersebut supaya memperbetulkan nafi dan asbat kamu
No comments:
Post a Comment