Monday, July 30, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 89

Salam

SAMBUNGAN  DARI PELAJARAN YANG KE 88 BERKAIT DENGAN  LA ILLAHA


Setelah makhluk yang awal dicipta oleh Allah maka ia ditetapkan oleh Allah setiap makhluk dibawah peraturan dalam keadaan tiada daya dan upaya iaitu  لا حول ولا   (Tiada daya dan upaya)   demikianlah fitrah semua makhluk yang dicipta oleh Allah termasuklah bangsa Jin dan Malaikat yang tidak dapat di lihat. Apabila makhluk awal tersebut telah dicipta maka Allah menempatkannya disuatu alam yang dinamakan alam Roh, kemudia Allah jadikan pula empat anasir anasir alam yang nyata daripada NurNya iaitu tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul adhom, dari empat anasir inilah ujudnya penciptaan alam yang nyata

Adapun bentuk anasir alam yang nyata tersebut bukanlah seperti yang kita fikirkan, ia mungkin berupa zat-zat yang halus, atom, molikul-molikul atau elektron, atau ion atau neutron dan sebagainya, dalam istilah agama disebut sebagai jirim, jisim, jauharul fardhi dan jauharul basit, maka daripada sinilah Allah membentuk alam yang nyata dengan cara perperinkat-peringkat seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Al Fussilat ayat 9 hingga 12. Maka dengan ujudnya makhluk maka makhluk adalah dibawah peraturan keilmuan  الا  iaitu satu peraturan tidak mutlak melainkan dikuasai dan ditadbir oleh Allah, kerana itulah dikatakan bahawa kalimah  الا  itu adalah berdarjat sifat Qahar sebagaimana firman Allah dalam surah Al An'am ayat 61

وهو القا هر فوق عباده ويرسل عليكم حفظة

Maksudnya:  Dan Dialah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (dari kalangan malaikat) 

Ayat yang diatas jelas menyatakan bahawa Allahlah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya, ini bererti segala makhluk ciptaan Tuhan adalah didalam kekuasaan Allah dengan maksud Dia mentadbir, mengatur, memerintah, mencipta dan sebagainya. Adapun sifat Qahar yang terdapat didalam keilmuan sifat 20 letaknya adalah pada kalimah  الا  dan ia mengandungi empat sifat ma'ani iaitu sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat sementara maksud Ma'ani pula ia berkehendakan kepada Zat (Tuhan) dalam istilah bahasa lama disebut sebagai berdiri sifat kepada Zat ertinya setiap yang berkehendakan kepada Zat itu adalah makhluk

Dengan hujah diatas dapatlah kita fahami bahawa kalimah  الا   pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah maqam makhluk kerana ia tidak mutlak, dalam bahasa biasanya ia bermaksud MELAINKAN  dengan erti jika diambil daripada ilmu tafsir bahawa mutlak itu bermaksud  Muunujukkan sesuatu hal yang tidak tertentu tanpa dikaitkan dengan sesuatu, 

Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf  makhluk maka jenis apakah makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada makhluk apa ? Iradat terdiri daripada makhluk apa ? Ilmu terdiri daripada makhluk apa  dan Hayat terdiri daripada makhluk jenis apa, Adakah makhluk ini merupakan keperluan penting bagi kehidupan semua makhluk termasuk manusia ? Maka bergurulah dengan orang yang arif tentangnya, apa yang kita maklum segala sumber kehidupan wajib ada empat perkara sifat tersebut


No comments:

Post a Comment