Monday, July 30, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 88

Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 87 PADA MENYATAKAN ILMU  LA ILLAHA


Didalam ilmu  لا اله  (Nafi dan Nenafi) sehingga ini suasana mungkin keadaannya seperti disuatu zaman makhluk belum lagi wujud, dan disebut zaman ini sebagai zaman La Ta'ayun (Suatu zaman yang tiada kenyataan) Iaitu tidak ada khabar berita dan cerita tentang makhluk yang dijadikan oleh Allah kerana makhluk  yang mula-mula ujud belum lagi dicipta oleh Tuhan, zaman ini juga disebut oleh Allah didalam surah Al Insan ayat 1 FirmanNya:

هل أتى على الأنسان حين من الدهر لم يكن شيأ مذكورا

Maksudnya:  Bukankah telah berlalu kepada manusia  disatu ketika dari masa (Yang beredar) sedang ia (masih belum ujud lagi) dan tidak menjadi suatu benda yang dapat disebut-sebut (mengapa orang mushrikin itu engkar)

Ayat yang diatas Allah s.w.t menerangkan telah ujud disatu zaman masa dahulu yang mana manusia belum lagi dicipta oleh Allah sama ada manusia batin ataupun manusia zahir, zaman tersebut tidak ada cerita dan berita sebab makhluk belum lagi dicipta, zaman itu diceritakan oleh Allah dalam surah ini supaya manusia tahu bahawa mereka sebelumnya belum ujud dan makhluk yang lainpun demikian juga sebab itu dikatakan suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (La Ta'ayun) Yang ujud hanyalah Zat dan sifat KeagunganNya sahaja

Kemudian kita pergi kepada tahap kedua pada zaman La Ta'ayun ini iaitu zaman ujudnya sifat Jamal Allah yang mana untuk permulaan zaman  كنت كنزا مخفيا  (Yang terpendam dan tertutup) Iaitu 'Ayan Sabitah (sesuatu yang berada didalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh makhluk) Yang berdasarkan kepada ujudnya kalimah  اله  (Tauhid Uluhiyah) Yang ada didalam cita-cita Allah supaya semua makhluk mengabdikan diri kepadaNya serta mengenaliNya

Kemudian kita pergi kepada seterusnya cita-cita Allah ini iaitu  فأ حببت أن أعرف  (Aku ingin ditemukan dan dikenali) Seterusnya   فخلقت الخلق لكى أعرف   (Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu) Dengan cita-cita supaya makhluk yang dijadikanNya mengabdikan diri kepadaNya, sebagaimana FirmanNya didalam surah Az Zariat ayat 56

وما خلقت الجن والأنس الا ليعبدون
Maksudnya:   Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan mengabdikan diri (mereka) kepadaKu

Semua ini didalam 'ayan sabitah sebelum Allah menjadikan makhlukNya yang pertama iaitu didalam ilmu Allah dan cita-citaNya, kemudian barulah perlaksaan penciptaaNya dilaksanakan dan makhluk yang awal dijadikan oleh Allah  para ulama bercanggah pandangan ada yang mengatakan Nur Muhammad, ada juga yang mengatakan Roh,Akal dan juga qalam, jadi didalam N3 ini saya rangkumkan pandangan ulama tersebut begini:

اول ما خلق الله روحى، وأول ما خلق الله نورى، وأول ما خلق الله القلم، وأول ما خلق الله العقل، فالمراد منها شئ واحد وهو الحقيقة المحمدية

Maksudnya:  Yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah RohKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah NurKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah QalamKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah Akal,Roh,Cahaya, Kalam dan Akal pada dasarnya adalah satu iaitu Hakikatul Muhammadiyah

Siapakah Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Nur Muhammad, Insan juga disebut orang, Nyawa juga disebut orang, Ruhul Hayat juga disebut orang, Diri Sebenar-benar diri juga disebut orang, setelah makhluk yang awal dijadikan Tuhan  lalu Allah lengkap awal makhluk ini dengan Roh, Akal dan juga nafsu yang kemudiannya dikenali sebagai Rohani yang mengikut fitrahnya akan mendiami jasad manusia untuk tempatnya beribadat  iaitu dengan mencipta Adam manusia (jasmani) yang awal secara menual bukan secara KUN kerana sejarah penciptaan Adam adalah mengikut peringkat demi peringkat

Bersambung .....

No comments:

Post a Comment