Assalamu'alaikum Wr,Wb
ETIKA yang kedua ini saya inging membawa tuan dan puan kepada maksud ETIKA yang berlandaskan perhubungan di antara manusia dan Allah s.w.t, apabila Allah s.w.t menjadikan manusia awal maka Allah berkehendakkan kepada manusia mengenaliNya, kehendak Allah ini adalah suatu yang sangat FITRAH kerana tidak mungkin manusia yang di jadikan oleh Allah tidak mengenaliNya
Manusia yang tidak mengenali Allah bererti manusia tidak ber ETIKA kerana melanggar kehendak Allah untuk mengenaliNya, tujuannya ialah supaya manusia dapat memahami dirinya sebagai HAMBA kepada Allah, ternyata apa yang di lakukan oleh Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan adalah sikap yang tidak ber ETIKA, ternyata dalam sejarah Nabi Musa terpaksa mengadu kepada Allah kerana sikapnya yang tidak bermoral
Setiap manusia di ajar oleh Allah s.w.t supaya hidup ber ETIKA dengan mengurniakan kepada manusia dengan kod ETIKA yang bernama Al Quran dan kitab yang terdahulu daripadanya,kerana itu lah Rasullullah saw menyatakan bahawa salah satu PUSAKA peninggalannya ialah Al Quran, dan siapa yang tidak berpegang kepadanya adalah sesat, selain daripada itu adalah sunahnya
Apabila manusia menjadi sesat bererti manusia tidak berpegang dengan ETIKA, ertinya mereka hilang maruah dan cara hidup yang sebenar, sesungguhnya Al Quran itu adalah alat perhubungan di antara hamba dan Tuhannya, ini juga bererti sesiapa di antara manusia yang tidak menggunakan Al Quran sebagai panduan maka mereka itu adalah makhluk yang tidak ber ETIKA dan akan menjadi hina serta hidup tidak berkualiti
Sesungguhnya terlalu ramai manusia yang hidupnya menjadi hina kerana tidak mengenal Allah dan peraturan Allah, kerana itulah Allah s.w.t tersangat murka kepada orang yang melakukan syirik terhadapNya. Di dalam Al Quran Allah s.w.t menerangkan bagaimana setiap sesuatu itu datang daripada Allah, sekalipun sesuatu itu datang daripada manusia, ini menunjukkan bahawa setiap gerak dan diam sekalian alam adalah daripada Allah kerana itu ujud rukun Iman dan Islam
Allah juga menerangkan bahawa Allah dan manusia tidak bercerai, tidak bercerai di sini bererti manusia sentiasa di pelihara,di gerakkan,di tentukan oleh Allah dengan menetapkan segala takdir sama ada baik ataupun buruk itu adalah datang daripada Allah, yang menjadi persoalannya sekarang ialah adakah manusia memahaminya segala bentuk perhubungan di antara Allah dan manusia itu mengandungi kod ETIKA

No comments:
Post a Comment