Wednesday, July 25, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 19

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ILMU IFTIQAR DALAM SOAL JAWAB
sambungan.....
Apabila ramai di kalangan manusia yang tidak mengenal diri mereka sendiri maka ia membuatkan kebanyakkan manusia berperangai bermacam-macam sehinggakan ramai di kalangan mereka merasa hairan tentang sikap diri sendiri yang mereka sendiri merasakan tidak selesa dengan sikap mereka ini kerana kebanyakkan mereka tidak mengetahui punca-puncanya

Soalan:

Setelah kita mengetahui bahawa Allah telah menjadikan sumber alam yang nyata dari anasir tanah Nurani, air Nurani, tanah Nurani dan api Nurul Adhom, apa berlaku selepas itu ?

Jawapan:

Oleh kerana Allah telah menjdikan makhluk yang ghaib untuk beribadat kepadaNya maka Allah jadikan pula tujuh petala langit dan tujuh petala bumi untuk tempat makhluknya beribadat, sila lihat di dalam Al Quran pada surah FUSILAT ayat yang ke 9 hingga ayat yang ke 12 yang mana Allah menyatakan proses Dia menjadikan tujuh petala langit dan juga tujuh petala bumi

Soalan:

Setelah tujuh petala langit dan bumi di jadikan, Apakah yang terjadi dengan langit dan bumi tersebut ?

Jawapan:

Setelah Allah siap menjadikannya maka planet bumi menjadi pilihan bagi Allah memuatkan makhluk untuk di tadbir, makhluk itu ialah makhluk jenis JIN sebagai percubaan sama ada ia dapat memelihara planet bumi tersebut dengan sebaiknya, akan tetapi ternyata dia gagal berbuat demikian kerana mereka membuat kerosakkan di bumi, lagipun jika lojik akal memang JIN tidak boleh menjadi khalifah di bumi kerana anasir kejadiannya tidak sesuai dengan planet bumi namun Allah lebih mengetahui tentang rahsianya, lalu Allah kirimkan Azazil mengetuai segala malaikat memerangi mereka, apabila JIN di kalahkan maka mereka hilang kuasa, kemudian mereka bertempiaran lari ke lautan, Gunung, Bukit dan Gua, di tepian pantai, di pulau dan sebagainya sehinggalah sekarang ini

Soalan:

Selepas bumi tiada khalifah, Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:

Selepas itu Allah s.w.t memanggil Azazil (JIN) dan para Malaikat serta berfirman " Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi. lalu Malaikat bertanya Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahan darah dan berbunuh-bunuhan ? Pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? lalu Allah berfirman " Sesungguhnya Aku lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui, demikian kenyataan Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 30

Soalan:

Mengapakah Allah s.w.t memberitahu kepada para Malaikat apabila Dia hendak menjadikan seorang manusia yang bertaraf Khalifah ?

Jawapan:

Kerana Malaikat akan terlibat secara langsung mengendalikan kejadian awal manusia tersebut dan akan menjadi pegawai Allah mengendalikan manusia semasa manusia menjadi khalifah kelak

Soalan:

Mengapakah Malaikat begitu berani bertanyakan kepada Allah tentang penciptaan manusia awal sehingga mereka seolah-olah membantah Allah hendak menjadikan manusia ?

Jawapan:

Sebenarnya pertanyaan Malaikat ini adalah pertanyaan fitrah yang menunjukkan bahawa di bumi sudah ada yang mentadbir bumi dan telahpun membuat kerosakkan, sedangkan para Malaikat sebenarnya tidak mengetahui apa kelebihan manusia yang Allah hendak jadikan khalifah itu dan berperangai yang macam mana, Malaikat seolah-olah khuatir jika manusia kelak berperangai seperti JIN yang telah membuat kerosakkan

Soalan:

Apakah maksud Tuhan menyatakan kepada para Malaikat "Sesungguhnya Aku mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ?

Jawapan:

Maksudnya ialah para Malaikat tidak mengetahui rahsia ROHANI yang di tempatkan oleh Allah di alam ROH dan sesungguhnya ROHANI adalah di antara makhluk Allah yang di asingkan daripada makhluk Allah yang ghaib lain kerana taraf ROHANI itu adalah Ammar Rabbi, ianya tentu lebih baik daripada taraf Malaikat

Soalan:

Kemudian daripada itu, Apakah yang telah terjadi ?

Jawapan:

Selepas Allah berjumpa dengan para Malaikat termasuklah JIN pada ketika itu, maka Allah pergi pula berjumpa dengan ROHANI di alam ROH seperti yang telah di nyatakan oleh Allah di dalam surah Al A'araf ayat yang ke 172 yang bermaksud " Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka mereka semua menjawab Benar ! Engkau Tuhan Kami ! dan kami menjadi saksi ! yang demikian jangan supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak sesungguhnya Kami ini lalai!
Soalan:

Apakah maksud ROHANI itu menyatakan kami naik saksi ?

Jawapan:

Maksudnya ialah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH iaitu kalimah syahadah yang kita ucapkan sekarang ini, ia juga bermaksud bahawa kita telah naik saksi di hadapan Tuhan dengan kalimah tersebut di alam ROH, dengan ini ia bermaksud juga bahawa kalimah naik saksi tersebut telah kita ucapkan daripada mulut kita sendiri di hadapan Allah di alam ROH, itulah pertama kalinya kalimah tersebut kita ucapkan sebelum Allah jadikan jasmani manusia (Adam) dan itulah pertama kalinya sejarah kalimah LA ILLAHA ILLALLAH itu di dengar, iaitu di alam ROH

Soalan:

Bagaimanakah ROHANI itu mengenali Tuhan mereka di alam ROH ? Sedangkan kita sekarang ramai yang tidak mengenali Allah, cuma mampu menyebut sahaja ?

Jawapan:

Inilah suatu keajaiban yang ada pada manusia, pada hal jika mereka mengaji dan mengkaji sebutan kepada orang yang telah mati maka kita katakan bahawa " Inna lillahi wainna ilaihi roji'un ! (Sesungguhnya kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepadaNya) oleh yang demikian apabila ROHANI itu memahami bahawa dia daripada Allah maka tiada masalah dia mengenal Tuhannya, sebab itu lah kalimah azan itu sentiasa di ingatkan kepada bayi yang baru lahir dan seterusnya di laungkan setiap waktu masuk solat supaya setiap manusia memahami akan maksud dan tujuannya bukan sekadar mendengarnya sahaja

Bersambung.....

2 comments:

  1. Alhamdulillah ... sekian lama mencari blog atau tulisan seperti ini, Insya Allah saya susuli dengan talaqi bersama ustaz yang arif.. (setakat bab ini Alhamdulillah)
    dan terasa terisi kekosongan jiwaku..
    terima kasih..

    ReplyDelete