Monday, July 30, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 63

MERAGUI TAKDIR
Meragui takdir daripada Allah swt adalah berdosa dan boleh merosakkan keimanan seseorang dan seterusnya boleh menjadi sesat yang nyata kerana ada kemungkinan sebahagian manusia menyalahkan ketentuan takdir Tuhan, tambahan pula jika ada yang membaca firman Tuhan di dalam surah An Nahl ayat 93, Firman Allah:
Maksudnya: Jika Allah berkehendak tentulah Dia menjadikan kamu satu umat akan tetapi Dia akan sesatkan siapa yang dikehendakiNya, dan Dia berikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki, sesungguhnya kamu akan di Tanya apa yang kamu kerjakan.
(An Nahl 93)
Ayat di atas menunjukkan kekuasaan Tuhan untuk menentukan takdir seseorang tersebut sama ada Tuhan hendak sesatkan ataupun tidak, sepintas lalu kelihatan berlaku buruk sangka terhadap Tuhan kerana ketidak adilanNya terhadap konsef takdir Tuhan terhadap hambaNya, ada di kalangan hambaNya yang merasa keciwa dengan ketentuan ini seolah-olah ada pilih kasih diantara seorang hamba dengan hambaNya yang lain, persoalannya adakah adil sifat kasih sayang Allah yang sedemikian rupa? Bagaimana penilaian Allah terhadap sekalian hambaNya? semuanya ini wajib di jawab mengikut ketentuan Tuhan di dalam banyak amaranNya di dalam Al Quran, dan kepada orang-orang yang beriman sepatutnya mereka tidak meragui akan keadilan Tuhan dan mereka perlu membaca diri sendiri terlebih dahulu sama ada mereka sudah menepati hidup sebagai seorang hamba kepada Tuhan atau hidup sebagai sekutu syaitan dan hawa nafsunya yang jahat lagi syirik, cuba kita tinjau ayat-ayat ketentuan Tuhan terhadap manusia sehingga menyamakan manusia seolah-olah dikelasifikasikan sebagai haiwan dan syaitan sebagaimana firmanNya,
Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat binatang yang melata disisi Allah ialah orang kafir kerana tidak mahu beriman.
(Al Anfal 55)
Ayat yang di atas di tujukan kepada orang-orang yang tidak mahu beriman kepada perkara keimanan, ini bererti hanya orang kafir yang tidak mahu beriman, jika mereka beriman tentulah mereka tidak di tuduh sedemikian rupa dan tentulah mereka melaksanakan peraturan Tuhan dengan sewajarnya dan Allah juga berfirman di dalam Al Quran,
Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu syaitan dari jenis manusia dan Jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang menarik untuk menipu manusia, jika Tuhan menghendakki, nescaya mereka tidak mengerjakannya maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan
(Al-An’am 112)
Firman Allah swt di atas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan syaitan jenis manusia dan syaitan dari jenis keturunan Jin sebagai musuh kepada Nabi-nabi sebagai ujian terhadap mereka dalam menjalankan Tugas amanah daripada Tuhan, Nabi-nabi yang diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan cara kehidupan yang telah di tetapkan oleh Allah dengan peraturanNya dan mengikut kesesuaian asal anasir manusia itu ternyata mendapat tentangan daripada kedua-dua jenis syaitan tersebut semata-mata kerana keangkuhan dan ketakburan sikap mereka yang semula jadi daripada Allah sebagai ujian kemantapan keimanan terhadap manusia yang beriman, dan di sinilah rahsia kejadian setiap sesuatu alam itu wajib di ketahui oleh orang-orang yang beriman dan Allah tidak menjadikan sesuatu jenis makhluk itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang tersirat yang perlu di fahami oleh manusia, ertinya manusia wajib memahami kerja mereka dan syaitan perlu memahami kerja mereka, namun apa yang dapat kita lihat ialah hanya syaitan sahaja yang patuh dengan kerja mereka sementara manusia tidak memahami tugas mereka sebagai seorang manusia, sebab itulah rahsia dari Tuhan yang mengatakan jika Tuhan menghendaki nescaya merka tidak mengerjakannya, ertinya kerja permusuhan syaitan itu adalah restu daripada Allah juga untuk menguji manusia sejauh mana manusia hidup secara manusia sebagaimana yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi, jika apa yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi itu tidak di ikut atau di remeh temehkan atau di provokasikan maka izin Tuhan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia adalah tinggi dan Tuhan pasti berkehendakkan atau mengizinkan kepada syaitan untuk menjadikan Nabi-nabi sebagai musuh, sebab itulah juga Allah menyatakan “Demikianlah Kami jadikan setiap Nabi itu musuh” dan selepas Nabi-nabi pewaris Nabi-nabi pula, golongan inilah pada peringkat awalnya menerima ujian yang awal daripada Allah, dan tidak kurang daripada mereka itu (dari pewaris nabi) kecundang kerana kepentingan jawatan dan kehidupan, cuba kita bayangkan apa akan terjadi jika golongan yang bukan dari kalangan Nabi-nabi dan pewarisnya yang di uji pada peringkat awal pengembangan agama daripada Allah tersebut maka sudah tentu manusia semuanya akan menjadi syaitan, kerana itulah manusia patut menghormati ulamak, jangan sampai ada manusia yang memandang bodoh dan jijik terhadap golongan ini kerana ketayap dan songkoknya yang lusuh, namun kerananyalah roh ajaran Nabi-nabi itu melindungi kamu dan di akhirat nanti kamu akan dapat melihatnya walaupun di dunia ini kamu mencemuhnya.

No comments:

Post a Comment