Thursday, July 26, 2012

MENGENAL DIRI YANG KE 44

Assalamu'alaikum Wr,Wb

PENILAIAN AWAL TENTANG NUR MUHAMMAD
Berhubung dengan konsef Nur Muhammad pada artikal yang lepas pada dasarnya adalah telah di iktiraf tetapi ia perlu di huraikan dengan nas-nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw kerana perkara Nur ini berkait dengan Allah, Adam dan Muhammad serta Insan Kamil, tambahan pula ia melibatkan perumpamaan pada ayat Al Quran terutama pada surah An Nur ayat 35, surah Al Anbia ayat 107, surah Al Maidah ayat 15, surah Al-Insan ayat 1, Surah Ibrahim ayat 1, surah Al Hijr ayat 29, Surah Yunus ayat 108 dan ayat 87 dari surah Al Baqarah dan banyak lagi terdapat di dalam hadis yang soheh

Antara penilaian awal dapatlah kita rumuskan sebagai berikut:

1. Nur Muhammad berasal daripada Nur Allah (Nurullah) dalam martabat Wahdah dan hendaklah di buat analisa

2. Memahami erti Zat, Asmak,Sifat dan Af'al Allah pada keilmuan Rububiyah dan Uluhiyah

3. Jangan di kaitkan Nur Muhammad ini dengan batang tubuh Rasullullah saw

4. Erti Qadim dan juga baharu (muhadas)

5. Erti istilah Nur kepada alam dan sumber sekalian alam

NUR MUHAMMAD SATU ANALISA
Manusia pada dasarnya di jadikan Tuhan terdiri dari dua unsur

1. Unsur ghaib ialah Rohani
2. Unsur jasmani ialah jasad

Unsur ghaib di kenali sebagai Rohani dan unsur zahir di kenali sebagai jasmani, asal kejadian kedua-dua anasir ini di jadikan Tuhan tidak sama, asal usul kejadian unsur ghaib ini di jadikan Tuhan daripada alam yang tinggi dan bernilai tinggi, sementara asal usul kejadian unsur yang zahir daripada alam yang rendah, kedua-dua unsur manusia ini tidaklah boleh di pisahkan kerana salah satu daripadanya saling perlu memerlukan di dalam kehidupan manusia, pada unsur yang ghaib inilah wujudnya istilah Nur Muhammad ini, bukan daripada unsur zahir

Di dalam Al Quran pimpinan Ar Rahman menyatakan perkara yang berkait dengan hakikat Nurullah itu pada surah An Nur ayat 35 yang berkait dengan Nur Muhammad saw yang bermaksud:

" Allah itu adalah Nur yang menerangi langit dan bumi, bandingan NurNya adalah sebagai sebuah maskat (kurungan pelita) di dalamnya ada pelita, sedangkan pelita itu di dalam kaca (glob) glob kaca itu pula jernih bagai bintang seperti mutiara, lampu itu di nyalakan dengan minyak zaitun dari pokok yang banyak menefa'atnya, iaitu pokok zaitun yang bukan terdapat di timur ataupun di barat, yang mana minyaknya hampir menerangi walaupun tidak di sentuh oleh api (pelita) Nur di atas Nur, Allah memimpin NurNya (agama islam) kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah mengadakan perumpamaan bagi manusia, dan Allah itu mengetahui tiap-tiap sesuatu "

Ayat yang di atas Allah s.w.t menyatakan ayat perumpamaan, ertinya bukan semua orang dapat menterjemahkannya akan tetapi walaupun ayat di atas sebagai perumpamaan namun ia tetaplah ayat hudan iaitu petunjuk kepada arah tuju kepada kehidupan dan pegangan hidup manusia

Allah s.w.t memberikan perumpamaan tentang NurNya kepada seluruh alam ciptaanNya, dan istilah yang perlu di fahami ialah :

Kurungan itu adalah sebagai langit-langit kepada bumi, seperti planet Mercury, Marikh, Jupitar, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto dan sebagainya, sementara pelita di ibaratkan sebagai agama yang memberi dan memacu cara kehidupan, kaca di ibaratkan sebagai bumi, bintang pula adalah sebagai bumi yang telah di terangkan oleh agama, mutiara itu sebagai Al Quran, minyak pula sebagai Muhammad Rasullullah s.a.w yang datangnya daripada pohon zaitun yang mana minyak itu mengeluarkan cahaya walaupun tidak di sentuh api, apabila minyak itu di berikan mutiara (Al-Quran) maka berperananlah Muhammad Rasullullah saw menyampaikan amanat Allah kepada manusia dan jin serta alam ciptaan Tuhan yang lainnya

Pohon Zaitun pula tidak terdapat tumbuh di timur ataupun di barat, ini menunjukkan bahawa semua nabi-nabi dan rasul-rasul di lahirkan di timur tengah dan buka di timur dan juga barat yang mana mereka ini semua dari zuriat Adam dan ataupun nabi Nuh. Selain daripada itu Zat itu sendiri bernama Nur (Asmaul Husna) dan apa yang di ceritakan di atas semuanya hakikat Nurullah (Al Quran pimpinan Ar Rahman. Bolehkah kita ibaratkan Muhammad itu sebagai Nur ? Jawapannya boleh kerana firman Allah di dalam surah Al Maidah ayat 15 menerangkan yang bermaksud:

" Sedah datang kepadamu daripada Allah cahaya (Rasullullah) dan kitab yang menerangkan (Al Quran)
Ayat yang di atas sudah bersepakat jumhur ulamak menyatakan bahawa Nur itu adalah Muhammad dan Al Quran itu juga sebagai Nur demikian juga bahawa Allah itu juga adalah Nur. Di dalam surah Al Anbia ayat 107 yang bermaksud:

" Tidak Kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan memberikan rahmat kepada sekalian alam "
Untuk menilai ayat di atas maka besar kemungkinan mengandungi maksud yang cukup jelas:

1. Allah mengutus Muhammad saw sebagai utusan Allah s.w.t untuk memberikan rahmat kepada seluruh alam, ertinya rahmat yang di sampaikan oleh baginda Rasullullah saw itu bukan sekadar kepada manusia sahaja akan tetapi juga kepada alam-alam yang lain juga sama ada yang terdapat di langit ataupun di bumi, yang sudah mendapat rahmatnya ialah manusia, sementara manusia pula adalah khalifah yang memelihara alam-alam bumi dan seluruh isinya dengan ajaran Al Quran ? Bagaimana dengan alam yang terdapat di langit ?

2. Allah telah mengutus manusia supaya memberikan rahmat kepada seluruh alam termasuk juga manusia yang menjadi pewaris rasul dan nabi dan nabi adalah di lantik oleh Tuhan yang telahpun berakhir, namun alam wajib terus mendapatkan rahmatnya, ertinya kerja nabi dan rasul harus di teruskan oleh manusia melalui ajaran Al Quran, akan tetapi bagaimana alam-alam yang terdapat di langit memperolehi rahmat daripada Tuhan

Semasa zaman Muhammad Rasullulah saw apabila berlaku peristiwa Israk dan Mikraj mungkin langit memperoleh rahmat daripada peristiwa tersebut akan tetapi bagaimana zaman sebelum Rasullullah ? Bolehkah kita katakan zaman sebelum baginda Rasullullah alam yang lain tidak mendapat rahmat atau terputus rahmat ? Atau bolehkah kita andaikan bahawa ayat di atas bukan di khususkan kepada baginda Rasullullah sahaja akan tetapi di khususkan kepada manusia juga sebagai jenis Muhammad dan bertugas sebagai khalifah, ertinya manusia itu adalah Muhammad juga

Bagaimana status manusia sebagai Nur Muhammad ? Kepada nabi Muhammad sudah tidak boleh di pertikaikan lagi bahawa dia adalah sebagai Nur Muhammad ( Al Maidah ayat 15)

No comments:

Post a Comment