Salam
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 91
SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 91
Apabila kita perhatikan bahawa kalimah لا اله الا الله itu adalah tempat berkumpulnya asas-asas aeluruh ilmu disana maka manusia wajib memahaminya betapa luasnya ilmu yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada manusia cuma manusia sahaja yang berfikiran sempit untuk memahamkannya sedangkan Allah menerangkan bahawa tiada yang tidak disentuh oleh Allah didalam al Quran tersebut, apa yang penting bagi manusia ialah mempelajari ilmu al quran tersebut dengan yakin tanpa ragu
Tidak ada manusia yang benar-benar faham ilmu al quran tersebut dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t kerana itulah Allah utuskan nabi dan rasul untuk memberi kefahaman isi kandungan al quran itu kerana nabi dan rasul berguru dengan malaikat dan Allah dan cukuplah bagi manusia untuk menimba ilmunya kerana nabi dan rasul adalah lebih tepat kefahamannya dari kita sebagai manusia biasa yang serba kekurangan namun jagalah akidah dengan sebaik-baiknya
Daripada kalimah لا اله الا الله itu lahirlah ilmu yang disebut sebagai Rububiyah dan juga Uluhiyah iaitu ilmu yang menerangkan tentang Tuhan dan hambanya, dari kedua-dua ilmu ini maka para pewaris nabi memberikan dua asas ilmu yang wajib diketahui oleh semua hamba Tuhan iaitu ilmu اول الدين معرفة الله (Awal agama mengenal Allah) dan juga ilmu mengenal diri من عرف نفسه فقد عرف ربه (Barangsiapa mengenal dirinya maka mereka mengenal Tuhannya) maka mengenal Tuhan itu bermula dengan mengenal rahsia kalimah لا pada kalimah لا اله الا الله dan mengenal rahsia kalimah الله pada kalimah لا اله الا الله iaitu sifat Jalal dan juga sifat Kamal mengikut ilmu sifat 20
Adapun ilmu mengenal diri kita boleh perolehi daripada kalimah الا pada kalimah لا اله الا الله dan kalimah yang mengaitkan perkataan tuhan dan keilmuan serta penyembahan kita boleh perolehi daripada keilmuan اله pada kalimah لا اله الا الله mengikut kaedah ilmu sifat 20 dan semua nas yang berkait dengan ilmu ini mestilah di rujuk kepada al quran dan hadis nabi s.a.w supaya maksud tujuan ilmu ini tidak lari dari akidah dan kebenarannya dan setiap nas yang berasaskan al quran dan hadis nabi apabila ditolak setelah jelas kebenarannya adalah menjadi kafir dan juga sesiapa yang mengatakan ada kepimpinan lebih baik dari kepimpinan Rasullullah maka mereka juga adalah kafir inilah maksud nas yang terdapat didalam al quran
Didalam ilmu ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya Tuhan yang disembah dan si penyembah maka berlakulah ikrar dan janji diantara hamba dengan Tuhan, kerana itulah ayat pada surah al A'araf 172 terdapat perkataan قا لوا (Mereka berkata) بلى (Betul) شهد نا (Kami menjadi saksi) Bolehkah diantara manusia tafsirkan maksud "Kami menjadi saksi ? Siapa yang menjawab pertanyaan daripada Allah "Kami menjadi saksi ? Maka daripada jawapan tersebut lahirlah perkataan اشهد ان (Naik saksi aku) Saksi apa ? Saksi pada menyatakan dengan ikrar لا اله الا الله dengan menyatakan ganti diri yang berikrar dengan menyebut اشهد ان pada kalimah tauhid tersebut itulah tafsir yang menyebabkan lahirnya ikrar kita dialam Roh dan inilah TASYAHUD UNTUK PENGHORMATAN KEPADA TUHAN DAN RASUL
Penghormatan terhadap Rasul dengan menyebut محمدا رسول الله dengan menyebut ikrar اشهد ان kerana penghormatan kepada Muhammad yang telah dilantik oleh Allah sebagai PesuruhNya ini bererti kita mengiktiraf ketentuan Allah kepada Muhammad s.a.w andainya kita tidak berikrar demikian maka tidaklah ada ertinya perkataan قالو بلى شهد نا pada ayat Al A'araf 172 tersebut, maka قا لو بلو شهد نا itulah yang bermaksud اشهد ان (Naik saksi aku) inilah fitrah ilmu yang lahir dari alam Roh tersebut terhadap diri kita sebelum Allah menjadikan jasad manusia yang dimulai dengan penciptaan Adam dan Hawa oleh Allah dan demikian jugalah maksud فا علم انه (Fa'alam an nahu) pada menyatakan tauhid لا اله الا الله , tahukah kita apa maksud انه ? Siapa yang mengikrarkannya ? Kerana itu janganlah kita melonggarkan keyakinan kita terhadap Allah dan RasulNya dan kepada diri kita juga
Sesungguhnya kita ini adalah lemah yang sentiasa didalam kekurangan dan kepincangan didalam soal ilmu, tidak guna kita mempertahankan keaiban dan kelemahan kita dalam berhujah tentang apa yang kita kurang arif tentang ikrar diri kita kepada Allah dan RasulNya
Kerana itu Allah berfirman didalam al quran surah An Nisa ayat 64 dan 65
وما أرسلنا من رسول ألا ليطاع بأ ذ ن الله
Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus seorang Rasulpun melainkan supaya ia di ta'ati dengan izin Allah
Dan FirmanNya lagi:
فلا وربك لا يؤ منو ن حتى يحكموك فيما شجر بينهم
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara kamu
No comments:
Post a Comment